Wednesday 28 September 2011

Pakcik itu tidak straight forward

Assalamualaikum.

Malam itu meriah. Khemah pelarian kahwin didirikan di perkarangan surau. Pelbagai juadah yang berkolesterol tinggi terhidang cantik di atas meja. Kerusi plastik putih tersusun kemas di setiap meja. 1 meja 4 kerusi. Namun, ada beberapa orang lelaki yang menyingsing lengan baju Melayu memindahkan kerusi ke meja lain. Tak sama geng barangkali.

Aku cuba masuk dengan golongan berumur. Aku duduk semeja dengan ayah aku, seorang pakcik yang aku agak sebaya dengan ayah aku, dan seorang brother yang aku rasa awal 40an.

Makanan di meja aku agak banyak. 1/3 aku rasa memang dari pinggang aku.

"Anak muda memang makan banyak. Tenaga banyak pakai.."

Pakcik itu bersuara. Mungkin zaman mudanya seperti aku. Ataupun lebih power dari aku kerana pinggannya juga kurang 2 senduk nasi dari pinggan aku.

Ayah aku sudah bangun. Brother tu pon dah bangun. Itu pun setelah iphonenya bergetar. Tanpa basuh tangan, dia terus menjawab panggilan sambil kuah kacang sate tercalit di pipi kirinya. Nak menunjuk iphone atau memang tak sempat. Wallahu a'lam.

Maka, bermulalah perbualan antara aku dan pakcik itu.
______________________________

Pakcik: Kamu berapa lama lagi kat sana?

Aku: 1 tahun lagi pakcik insyaallah.

Pakcik: Kamu kadang-kadang imam sini. Pakcik kadang-kadang ada, kadang-kadang tak.

Aku: Saya ganti je kalau ustaz Badrul takde. Bukan selalu pun. Saya bukan selalu solat sini. Maghrib Isyak je. Itu pun kadang-kadang.

Pakcik: Kenapa Maghrib Isyak je? Kamu kena datang selalu. Pakcik kerja. Lain.

Aku: ....................................

Pakcik: Kamu berapa tahun?

Aku: 22 tahun. Januari tahun depan 23.

Pakcik: Kamu habis nanti nak buat apa?

Aku: Cadangnya nak try mengajar. Kalau ada rezeki, bolehlah jadi pensyarah.

Pakcik: Bagus2.

Bla bla bla....... (apa entah pakcik tu cuba pancing aku. last-last sampai kepada point utama dia..)

Pakcik: Kamu dah kahwin ke? (sambil tenung cincin RM5 dekat jari manis kiri aku)

Aku: Eh, belum lagi. Tak habis belajar lagi.

Pakcik: Bukan budak overseas kahwin awal ke?

Aku: Bukan semua pakcik. Lagipun ada je students Malaysia kahwin awal.

Pakcik: Pakcik ada anak perempuan. Baya kamu. Tahun ni 21 tahun.

Aku: Oh..............

Pakcik: Pakcik nak kenalkan kamu dengan dia. Nak?

Aku: Bukan tak nak. Saya ni segan pakcik.

Pakcik: Nak segan buat apa? Pakcik ada.

Aku: Bukan sekarang kot pakcik. Tahun depan la saya kenal.

Pakcik: Janji? Nanti tahun depan kamu cakap lain pulak.

Aku: Saya tak bolehlah pakcik. Saya belajar tak habis lagi ni. Nak kenal-kenal ni saya malas. Lagipun saya kena balik sana balik. Nanti dah confirm saya kat Malaysia, no problem.

Pakcik: Pakcik saja test kamu. Tengok muka pun tahu kamu nak mengelak. Macam dah ada marka (baca: awek).

Aku: Marka takde. Marker pen banyak la pakcik nak buat planner.

Pakcik: Planner apa?

Aku: Wedding plan.
______________________________

Tepat jam 8:05 handphone aku berbunyi. Aku pun buat-buat bergegas angkat panggilan. Padahal aku dah setting alarm untuk kes-kes begini.

Teknik ni aku dah pakai banyak kali. Kadang-kadang jadi. Kadang-kadang tak jadi.


p/s: terkesan dengan suasana kawan2 yang dah berkahwin. kesian diorang dah tak boleh dapat duit raya. dah kahwin tak boleh dapat duit raya. padan muka.

Sunday 25 September 2011

0-0 (bahagian akhir)

bahagian akhir



        Malam itu Hisham dan Hanae membuka semua hadiah yang mereka terima ketika kenduri petang tadi. Bermacam-macam saiz dan bentuk yang ada membuatkan mereka tersenyum walaupun penat melayan tetamu dan rakan-rakan yng hadir pada hari itu.

 “ Semoga menjadi isteri yang solehah untuk Hisham. Redha Allah kini terletak pada redha suami kau. Berusahalah sebaiknya memelihara rumah ALLAH ini. Aku dah maafkan semua salah kau. Kau dah takde apa-apa hutang dengan aku. Sekarang dengan rasminya aku isytiharkan kita seri 0-0. Haha..,” Hasnae memeluk suaminya dan menangis di bahu suaminya. 

Suaminya membelai rambutnya denagn manja sehingga dia tenang kembali. Sepasang telekung dan sehelai jubah ungu diberikan oleh Yusuf untuk Hasnae. Kad ucapan itu diselitkan kembali di dalam kotak dan Hisham mengajak Hasnae untuk tidur memandangkan mereka berdua amat letih. Hasnae terlena dalam dakapan suaminya tersayang.

 “ Abang akan cuba yang terbaik untuk membahagiakan awak,” doa Hisham sebelum terlena memeluk Hasnae tercinta.

 “ Ya ALLAH, syukur atas ujianMu ini terhadapku. Kau maha mengetahui apa yang Kau rancangkan untukku. Tabahkanlah hatiku, agar aku bisa melupakan dirinya kerana telah tiada apa-apa lagi antara kami. Moga ENGKAU kurniakan aku apa yang terbaik bagiMU untuk diriku,” Yusuf berdoa sambil mengalir air matanya sehingga terlena dalam sujud terakhirnya ketika bertahajjud kepada Ilahi. Semoga tercipta lembaran baru dalam kisah hidup mereka.

                                                -sekian-




kisah ini telah tamat. aku ada lagi cerpen tapi tak tahu nak buat entri begini ataupun tak. mungkin aku patut berhenti daripada buat entri berbentuk cerpen.

Saturday 17 September 2011

0-0 (bahagian 14)

bahagian 15


“ Abang, saya harap abang dapat terima saya seadanya. Didiklah saya sebaiknya agar menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali untuk anak-anak kita nanti. Syurga saya kini berada di bawah tapak kaki abang,” Hasnae meluahkan isi hatinya kepada sang suami tercinta. 


Dia berazam menjadi wanita pertama dalam hidup suaminya dan menyemai cinta dan kasih sayang dalam dirinya untuk suaminya mengatasi segala perasaan yang pernah wujud di hatinya untuk Yusuf suatu ketika dulu. Hisham mengucup dahi Hasnae dan menghadiahkan ciuman cinta di pipi gebu Hasnae sambil tersenyum mengiakan permintaan isteri tercinta.

          “ Tahniah Hasnae, dah dirikan rumah ALLAH. Aku ni je ha. Entah bila la nak kahwin. Tunggu Puteri Gunung Ledang mencemar duli kot baru aku nak pinang dia. Haha..,” Yusuf menyerahkan sekotak hadiah kepada Hasnae ketika hadir ke kenduri kahwin sambil ditemani oleh Salwa dan Salma, adik kepada Salwa. Yusuf memeluk Hisham dan berharap agar Hasnae dijagainya sebaik mungkin.

 “ Lepas ni aku dah tak boleh nak manja-manja dengan kau lagi. Siapa nak teman aku jogging petang-petang? Siapa nak teman aku shopping?” mengalir air mata Salwa kerana Hasnae kini telah menjadi isteri orang dan tidak boleh selincah dulu. 


Hari itu Hasnae dan Hisham nampak secocok denagn busana pengantin bertemakan warna peach. Pasangan pengantin itu mengiringi Yusuf dan Salwa ke kereta. Lambaian tangan Hasnae membuatkan hati Yusuf luluh namun diteguhkannya juga. Sambil tersenyum Yusuf meninggalkan perkarangan rumah Hasnae dan pulang ke Segamat.

 “ Sop, ku boleh drive tak ni? Biar aku drivelah . Risau aku tengok kau mengelamun dalam kereta ni. Aku tak nak jadi arwah . Kahwin pun tak lagi ni,” Salwa berseloroh namun dia amat mengerti perasaan Yusuf ketika ini.

“ Mana boleh. Ni kereta aku. Penat tau kumpul duit nak beli, senang-senang je kau nak bawak. Kau duduk diam-diam. Aku ok. Lagipun  kau tu lesen terbang. Tak caya aku. Haha..,” Salma turut tergelak kecil mendengar jawapan Yusuf. Salwa sangat kagum dengan Yusuf. Walaupun dia tahu Yusuf berasa amat sedih namun dia bijak menangani perasaan itu.

 “ Mungkin sebab kau lelaki dan otak gila kau tu tak baik lag ,” Salwa tersenyum sendirian.

Thanks Wawa temankan aku. Kalau tak memang aku tak pergi dah kenduri tu. Tapi makan  free punya pasal, terpaksalah datang. Tu pun kena kau dan Salma temanlah. Haha..,” Yusuf berlalu meninggalkan rumah Salwa.


bersambung..




p/s: selepas ini adalah bahagian terakhir.

Thursday 15 September 2011

Kenapa lelaki (aku) prefer perempuan bertudung?

Assalamualaikum.


Aku telah tepek 2 gambar. Anda semua bebas dengan pendapat masing-masing.



Actually masa aku search gambar, aku jumpa banyak gambar gadis Melayu. Atas dasar Melayu, aku tak jadi tepek gambar mereka. 

Aku juga search gambar gadis Melayu bertudung yang ketiak mereka kantoi basah berpeluh. Ada. Memang ada. Banyak pulak tu. Sekali lagi atas dasar Melayu, aku tak jadi tepek gambar mereka. Ada juga gambar daripada blogger-blogger gadis yang popular. Namun aku bukan jenis suka troll orang seperti segelintir blogger.

Maka, aku batalkan saja niat aku untuk memberikan contoh melalui gambar gadis Melayu bertudung.

Lagipun, apa beza kan? Melayu ke tak Melayu. Bertudung ke tak bertudung. Mereka tetap sama. Nampak jugak ketiak mereka basah berpeluh.

 
Actually aku ada jugak cari gambar gadis Melayu yang bershawl lah, berpashmina lah (* apa? ingat aku tak tahu ke? aku tahu pun sebab aku baca jugak kadang-kadang blog gadis-gadis yang dikatakan fashionista).

Tapi aku cuba berlaku adil. Kalau dah gambar kat atas tu aku tak letak gambar gadis Melayu, haruskah aku letak pula gambar mereka yang bertudung?

Nope. Aku bukan seorang yang bias. Lagipun, aku memang malas nak cari.
____________________________

Actually tajuk asal entri ini adalah Kenapa lelaki (aku) prefer perempuan bertudung labuh? Sebab for sure yang bertudung labuh ini confirm ketiak mereka terlindung.

Tapi disebabkan juga fashionista ini melakukan evolusi pemakaian tudung, aku pun padamkanlah perkataan labuh itu kerana ada jugak bukan tudung labuh yang cover ketiak mereka.


p/s: Actually aku agak skeptikal dengan gadis-gadis yang pakai tudung pelik-pelik. Berhias sampai nampak macam alien E.T.

Monday 12 September 2011

0-0 (bahagian 13)

bahagian 13

Yusuf menghampiri Hasnae sambil menghulurkan sebatang pen untuk ditandatangani oleh Hasnae. Hasnae tidak mampu untuk menyambut pen itu sehinggalah dicubit Salwa agar mengambil pen itu. Setelah menurunkan tandatangan, Hasnae sempat menjeling ke dalam mata Yusuf. Yusuf membalas pandangan itu dengan mata yang redup.

 “ Sedia Hisham,” Yusuf menarik nafas panjang agar air matanya tidak tumpah.

 “ Aku nikahkan kau dengan Hasnae binti Hasan dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai,”  dengan tenang   Hisham menjawab, “ Aku terima nikahnya Hasnae binti Hasan dengan mas kahwin RM80 tunai,”dengan sekali lafaz sahaja, maka sahlah Hisham dan Hasnae sebagai sepasang suami isteri apabila dua orang saksi mengesahkan lafaz tadi. 

Tenang Yusuf membacakan khutbah nikah. Salwa sendiri yang berasa amat sedih melihat kawan lamanya itu. Selesai Yusuf membacakan khutbah nikah, maka semua hadirin pun bersurai.

“ Sop, nanti hujung bulan ni jemputlah ke rumah. Ada kenduri kahwin ,” Pak Hasan terus keluar dari ruang solat. Yusuf sekadar mengangguk lemah sambil tersenyum. Mengalir air mata Yusuf tanpa henti tatkala dia bersendirian di masjid.


“ Assalamualaikum. Sop, aku kagum dengan kau. Mesti kau sedih sangatkan sampai menangis camni?” Salwa memujuk Yusuf yang sedang bersujud syahdu.

 “ Aku tak sedih pun Wawa. Kalau aku sedih, maknanya aku sama seperti syaitan. Syaitan akan menangis apabila anak Adam mendirikan masjid ALLAH. Kau anggaplah tangisan aku ni sebab kalah dengan Hasnae. Dia kahwin dulu daripada aku. Aku ni pulak bujang tratangtang. Hehe…,” Yusuf bangun dari sujudnya dan mengajak Salwa keluar. Tak manis dipandang orang. Hanya mereka berdua di rumah suci ALLAH ini.

 “ Hasnae kirim salam tadi. Dia sedih sangat tadi. Aku pun tak sanggup tengok dia nangis. Nasib baik tak teruk. Aku betul-betul tabik spring kat kau. Dalam keadaan camni pun masih boleh buat lawak. Aku tahu kau sedih dan kecewa tapi aku seronok tengok kau dah berubah jadi alim camni. Tapi perangai memang tak berubah lagi la. Masih suka buat lawak macam dulu,” Salwa menghulurkan kad undangan perkahwinan Hasnae.

 “ Nanti kau temankan aku boleh tak? Kau dah kahwin belum? Nanti tak pasal-pasal aku gaduh dengan suami kau pulak bawak bini dia ke hulur ke hilir,” Salwa tergelak kecil lantas bersetuju. 

Salwa belum bertunang pun lagi kerana sibuk menjadi ketua keluarga kerana si ayah pergi menghadap Ilahi dan sebagai anak sulung, dia berasa tugas untuk menjaga  ahli keluarganya kini tergalas di bahunya lantaran ibunya yang telah tua.



bersambung..

Thursday 8 September 2011

Frieza

Assalamualaiakum.


Budak lelaki 1: Kak frieza. oo kak frieza. Kami datang nak beraya.

Frieza: Comel la korang ni. Kenapa panggil nama akak frieza? Pakwe akak pun panggil akak fauziah je.

Budak lelaki 2: Nama akak panjang sangat. Fauziah Raziah Idayu bt. Engku Zainal Abidin. Kitorang akronimkan jadi frieza je la.

Frieza:Oo. pandai jugak korang ni eh. Tapi akak macam pernah dengar la nama frieza ni.

Budak lelaki 3: Alaa akak ni. Takkan tak ingat kot. Kalau tak ingat, saya ada gambar dia. Akak nak tengok tak?

Frieza: Boleh jugak. Eh, masuklah dulu. Duduk kat beranda ni dulu.

Budak lelaki 3: Haa kak. Ni lah gambar dia. Saya baru je beli komik ni dekat kedai Ah Yap tadi.




Budak lelaki 1: Ni baru page 5. Jap, ada lagi dekat page 12.


Budak lelaki 2: Haa kak frieza. Kat belakang sekali ada close-up, zoom in punya. Jap..


Budak lelaki 3: Eh kak, kitorang haus ni. Takde air ke?

Frieza: Kejap eh. Akak masuk dalam.

15 saat kemudian......

Budak lelaki 2: Kejapnya kak. Airnya mana?

Frieza: Nah, ambil duet raya ni. Balik. Balikkkkkkkkkkkk!!!
____________________________

Inilah wajah Fauziah Raziah Idayu binti Engku Zainal Abidin..


Sama tak?
___________________

Renungan Syawal ke 10.

Monday 5 September 2011

0-0 (bahagian 12)

bahagian 12




“ Eh, Yusuf ke ni? Ni Pakcik  Hasan lah, ayah Hasnae. Wahh, jadi imam kamu sekarang ye? Sejuk perut ibu kamu. Lepas ini kamu tunggulah sekejap ye? Tengok Hasnae nikah,” terpancar wajah girang Pak Hasan melihat anak gadisnya bakal menamatkan zaman bujangnya.

 “ Insyaallah pakcik,” hampir terduduk Yusuf mendengar Hasnae bernikah pada petang ini. Yusuf mengambil dokumen yang diserahkan Pak Rahim untuk majlis akad nikah pada petang itu. Kini dia mengerti mengapa dia tiba-tiba sedih ketika solat tadi. Dia menguatkan hatinya sambil berselawat ke atas nabi Muhammaad SAW.

          “ Hasnae, abah jumpa Yusuf. Dialah imam asar tadi. Baik budak tu sekarang. Sejuk je mata ni tengok,” tiba-tiba badan Hasnae lemah. Cepat-cepat Salwa menyambut. Nasib baik tiada siapa yang nampak.

 “Wawa, dia kat sini. Patutlah aku macam kenal suara tadi,” Salwa mengelapkan air mata yang mengalir perlahan membasahi pip gebu Hasnae.

“ Hasnae, jangan nangis, rosak make-up. Nanti apa pulak orang kata? Sabar. Kuatkan semangat,” Semua hadirin telah mengambil tempat. Dengan penuh hormat, Yusuf mengambil tempat duduk sambil memegang fail.

 “ Eh, kamu ke tok kadi petang ni?”  Pak Hasan terkejut melihat Yusuf yang segak berpakaian serba putih itu.

 “ Ye pakcik. Imam besar balik kampung. Ada hal. Imam kedua pulak ada kursus. Jadi, sayalah tok kadi petang ni,” terang Yusuf secara ringkas.

Hasnae tidak dapat menahan permata jernih itu daripada terus mengalir. Salwa turut menangis. Dia amat memahami keadaan Hasnae. Melihat lelaki yang amat dicintainya dulu di hadapan mata. Menjadi pengesah untuk satu ikatan suci antara Adam dan Hawa. Tapi dia lebih kasihankan Yusuf. Begitu tabah lelaki itu berhadapan dengan situasi ini. Menjadi tok kadi yang akan menikahkan perempuan yang amat disayanginya untuk lelaki lain. Bermakna dia rela akan perpisahan ini.





bersambung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...