Monday 12 September 2011

0-0 (bahagian 13)

bahagian 13

Yusuf menghampiri Hasnae sambil menghulurkan sebatang pen untuk ditandatangani oleh Hasnae. Hasnae tidak mampu untuk menyambut pen itu sehinggalah dicubit Salwa agar mengambil pen itu. Setelah menurunkan tandatangan, Hasnae sempat menjeling ke dalam mata Yusuf. Yusuf membalas pandangan itu dengan mata yang redup.

 “ Sedia Hisham,” Yusuf menarik nafas panjang agar air matanya tidak tumpah.

 “ Aku nikahkan kau dengan Hasnae binti Hasan dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai,”  dengan tenang   Hisham menjawab, “ Aku terima nikahnya Hasnae binti Hasan dengan mas kahwin RM80 tunai,”dengan sekali lafaz sahaja, maka sahlah Hisham dan Hasnae sebagai sepasang suami isteri apabila dua orang saksi mengesahkan lafaz tadi. 

Tenang Yusuf membacakan khutbah nikah. Salwa sendiri yang berasa amat sedih melihat kawan lamanya itu. Selesai Yusuf membacakan khutbah nikah, maka semua hadirin pun bersurai.

“ Sop, nanti hujung bulan ni jemputlah ke rumah. Ada kenduri kahwin ,” Pak Hasan terus keluar dari ruang solat. Yusuf sekadar mengangguk lemah sambil tersenyum. Mengalir air mata Yusuf tanpa henti tatkala dia bersendirian di masjid.


“ Assalamualaikum. Sop, aku kagum dengan kau. Mesti kau sedih sangatkan sampai menangis camni?” Salwa memujuk Yusuf yang sedang bersujud syahdu.

 “ Aku tak sedih pun Wawa. Kalau aku sedih, maknanya aku sama seperti syaitan. Syaitan akan menangis apabila anak Adam mendirikan masjid ALLAH. Kau anggaplah tangisan aku ni sebab kalah dengan Hasnae. Dia kahwin dulu daripada aku. Aku ni pulak bujang tratangtang. Hehe…,” Yusuf bangun dari sujudnya dan mengajak Salwa keluar. Tak manis dipandang orang. Hanya mereka berdua di rumah suci ALLAH ini.

 “ Hasnae kirim salam tadi. Dia sedih sangat tadi. Aku pun tak sanggup tengok dia nangis. Nasib baik tak teruk. Aku betul-betul tabik spring kat kau. Dalam keadaan camni pun masih boleh buat lawak. Aku tahu kau sedih dan kecewa tapi aku seronok tengok kau dah berubah jadi alim camni. Tapi perangai memang tak berubah lagi la. Masih suka buat lawak macam dulu,” Salwa menghulurkan kad undangan perkahwinan Hasnae.

 “ Nanti kau temankan aku boleh tak? Kau dah kahwin belum? Nanti tak pasal-pasal aku gaduh dengan suami kau pulak bawak bini dia ke hulur ke hilir,” Salwa tergelak kecil lantas bersetuju. 

Salwa belum bertunang pun lagi kerana sibuk menjadi ketua keluarga kerana si ayah pergi menghadap Ilahi dan sebagai anak sulung, dia berasa tugas untuk menjaga  ahli keluarganya kini tergalas di bahunya lantaran ibunya yang telah tua.



bersambung..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...