Wednesday 28 September 2011

Pakcik itu tidak straight forward

Assalamualaikum.

Malam itu meriah. Khemah pelarian kahwin didirikan di perkarangan surau. Pelbagai juadah yang berkolesterol tinggi terhidang cantik di atas meja. Kerusi plastik putih tersusun kemas di setiap meja. 1 meja 4 kerusi. Namun, ada beberapa orang lelaki yang menyingsing lengan baju Melayu memindahkan kerusi ke meja lain. Tak sama geng barangkali.

Aku cuba masuk dengan golongan berumur. Aku duduk semeja dengan ayah aku, seorang pakcik yang aku agak sebaya dengan ayah aku, dan seorang brother yang aku rasa awal 40an.

Makanan di meja aku agak banyak. 1/3 aku rasa memang dari pinggang aku.

"Anak muda memang makan banyak. Tenaga banyak pakai.."

Pakcik itu bersuara. Mungkin zaman mudanya seperti aku. Ataupun lebih power dari aku kerana pinggannya juga kurang 2 senduk nasi dari pinggan aku.

Ayah aku sudah bangun. Brother tu pon dah bangun. Itu pun setelah iphonenya bergetar. Tanpa basuh tangan, dia terus menjawab panggilan sambil kuah kacang sate tercalit di pipi kirinya. Nak menunjuk iphone atau memang tak sempat. Wallahu a'lam.

Maka, bermulalah perbualan antara aku dan pakcik itu.
______________________________

Pakcik: Kamu berapa lama lagi kat sana?

Aku: 1 tahun lagi pakcik insyaallah.

Pakcik: Kamu kadang-kadang imam sini. Pakcik kadang-kadang ada, kadang-kadang tak.

Aku: Saya ganti je kalau ustaz Badrul takde. Bukan selalu pun. Saya bukan selalu solat sini. Maghrib Isyak je. Itu pun kadang-kadang.

Pakcik: Kenapa Maghrib Isyak je? Kamu kena datang selalu. Pakcik kerja. Lain.

Aku: ....................................

Pakcik: Kamu berapa tahun?

Aku: 22 tahun. Januari tahun depan 23.

Pakcik: Kamu habis nanti nak buat apa?

Aku: Cadangnya nak try mengajar. Kalau ada rezeki, bolehlah jadi pensyarah.

Pakcik: Bagus2.

Bla bla bla....... (apa entah pakcik tu cuba pancing aku. last-last sampai kepada point utama dia..)

Pakcik: Kamu dah kahwin ke? (sambil tenung cincin RM5 dekat jari manis kiri aku)

Aku: Eh, belum lagi. Tak habis belajar lagi.

Pakcik: Bukan budak overseas kahwin awal ke?

Aku: Bukan semua pakcik. Lagipun ada je students Malaysia kahwin awal.

Pakcik: Pakcik ada anak perempuan. Baya kamu. Tahun ni 21 tahun.

Aku: Oh..............

Pakcik: Pakcik nak kenalkan kamu dengan dia. Nak?

Aku: Bukan tak nak. Saya ni segan pakcik.

Pakcik: Nak segan buat apa? Pakcik ada.

Aku: Bukan sekarang kot pakcik. Tahun depan la saya kenal.

Pakcik: Janji? Nanti tahun depan kamu cakap lain pulak.

Aku: Saya tak bolehlah pakcik. Saya belajar tak habis lagi ni. Nak kenal-kenal ni saya malas. Lagipun saya kena balik sana balik. Nanti dah confirm saya kat Malaysia, no problem.

Pakcik: Pakcik saja test kamu. Tengok muka pun tahu kamu nak mengelak. Macam dah ada marka (baca: awek).

Aku: Marka takde. Marker pen banyak la pakcik nak buat planner.

Pakcik: Planner apa?

Aku: Wedding plan.
______________________________

Tepat jam 8:05 handphone aku berbunyi. Aku pun buat-buat bergegas angkat panggilan. Padahal aku dah setting alarm untuk kes-kes begini.

Teknik ni aku dah pakai banyak kali. Kadang-kadang jadi. Kadang-kadang tak jadi.


p/s: terkesan dengan suasana kawan2 yang dah berkahwin. kesian diorang dah tak boleh dapat duit raya. dah kahwin tak boleh dapat duit raya. padan muka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...