Wednesday 20 April 2011

Ray-ban dan sebatang kayu

Assalamualaikum.


Petang itu sungguh menyegarkan. Burung berterbangan dalam posisi 4-3-3. Kucing berkejar-kejaran sambil mengelak digilis lori pasir. Anjing bermain-main tenteng di tepi jalanraya. Keldai berjalan lemah sambil dilibas oleh tuannya.

Angin agak kuat. Daun berguguran lalu tersangkut di celah rambut aku. Aku ambil daun itu dan aku kunyah. Pahit. Payau. Kelat. Aku sangat lapar ketika itu. Ok, aku tipu. Walaupun lapar, daun bukan makanan pilihan aku.

Aku ke kedai. Membeli sebatang kayu. Kayu itu sepanjang 1 meter. Aku memegang kayu itu penuh cermat.  Hujung kayu aku cecahkan ke jalan. 

Tiba-tiba angin bertiup lebih kencang. Pasir ikut sama berterbangan. Pandanganku menjadi kabur. Ada butiran pasir sesat termasuk ke dalam mataku. Ray-ban pantas aku pakai di mata. Lega. Cahaya yang terang-benderang mampu aku atasi dengan Ray-ban itu.

Mataku masih pedih. Aku tonyoh mata guna tangan kanan. Tangan kiri aku buat pegang kayu. Hujung kayu masih aku cecah ke jalan. Mataku terpejam rapat akibat kepedihan mata yang sangat pedih lagi perit.

" Gedegang!"

Aku jatuh ke tepi. 

Aku terlanggar seorang gadis. Gadis bertudung. Dia tak jatuh. Cuma terdorong ke tepi jalan.

Belum sempat aku bangun, gadis itu terlebih dahulu memegang tanganku dan menarik aku sehingga tegak berdiri.

" Maafkan aku. Aku tak perasan kau. Maaf," terik matahari bertukar menjadi tiupan dingin mendengar kata-kata gadis itu.

" Tak mengapa. Salah aku juga," aku menjawab penuh syahdu.

" Izinkan aku tolong kau. Kau hendak ke mana?" muka suci gadis itu memancarkan keikhlasan untuk membantu.

" Aku nak ke masjid," itu sahaja yang terlintas dalam kepala aku ketika saat indah itu.

" Mari aku hantarkan," gadis itu terus memegang lengan bajuku dan membimbingku ke masjid.
__________________________

Setelah mengucapkan terima kasih, gadis itu terus berlalu. Perbualan antara kami berdua adalah saat yang aku tak pernah jangka akan terjadi.

Hilang sahaja kelibat gadis itu melepasi pintu masjid, aku terus tanggalkan Ray-ban. Jantung berdegup memang kencang. Kayu yang aku buat macam tongkat orang buta memang betul-betul berjasa. Tambah berjasa lagi dengan penggunaan Ray-ban. Betul-betul bagi imej seorang buta berjalan di tengah panas terik.

Kalau gadis itu tahu yang sebenarnya aku tak buta, ikhlaskah dia membantu aku?

Yang buat aku risau, kalau gadis itu jumpa aku di mana-mana, apakah perasaan dia terhadapku?





p/s: Bukan aku taknak mengelak, cuma terkedu dengan kejadian mengejut itu.

2 comments:

Anonymous said...

terpaku dgan si penipu

eeziaf11 said...

ayat kau mmg terbaik sang punjangga..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...