Petang yang sedap ni aku nak tulis berkenaan isu anak dan ibu bapa. Aku bukan seorang pakar motivasi atau pakar perancang keluarga. Apatah lagi profesor sentaphatimaknak. Sekarang ini aku hanya ada keluarga asas, iaitu mak, ayah, dan adik-beradik. Aku belum punya anak, apatah lagi isteri.
Cuma, sejajar dengan peningkatan umur yang sudah menjangkau angka 22, aku rasa aku sudah memiliki pemikiran ke arah memiliki keluarga sendiri. Haktuih. Hidup tunggang-langgang, baju dengan selimut pun dah tiada beza atas katil tu ada hati mahu ada keluarga sendiri? Jangan bagi cucu kepada mak ayah anda kalau anda perangai serupa cicit iblis.
Bagi aku, anak itu memang seorang insan yang sangat perlu menjaga tingkah laku dan budi pekerti. Mana-mana individu yang menggalas peranan sebagai seorang anak, wajib berlaku baik sepanjang nafas tidak berbau. Apa aku merepek ni? Sepanjang helaan nafas beralun maksud aku.
Anak, kalau perangai serupa jeneral komander syaitan dan memangku title maharaja iblis, tetapi memiliki ibu ayah yang sangat baik dan soleh serta warak, masyarakat akan mengata mak ayah. Mak tak reti jaga anak dan ayah tak ingat anak-anak di rumah.
Anak, kalau perangai serupa malaikat dan mempamerkan sikap terpuji persis seorang nabi, walaupun memiliki mak ayah yang tiada rupa seorang mak dan ayah, masyarakat akan memuji mak dan ayah juga. Sejuk perut ibu mengandung dan kembang punggung ayah dapat anak baik macam tu.
Nampak? Apa-apa pun yang terjadi, mak ayah juga dapat keji atau puji.
Anak? Apa yang anak buat akan disandarkan kepada ibu bapa mereka. Anak buat jahat, mak ayah dapat nama. Anak buat baik, mak ayah pun dapat nama. Anak masuk lokap, mak ayah dapat nama. Anak keluar negara, mak ayah jugak dapat nama.
Oleh itu wahai anakku, jadilah insan yang berguna agar kau tak merasai tapak tangan dan tumit kaki ayahmu ini.
Ayat macam aku ada anak. Ayat pun macam aku ni akan jadi ayah yang garang.
________________________________
Zaman sekarang anak-anak ramai yang kurang ajar dengan mak ayah. Kalau sama-sama keluarga sahaja aku tak berapa nak kisah. Tapi kalau dah kurang ajar dengan jiran, memang tak pelik kalau ada yang sampai bergaduh sesama jiran.
Semua bermula dari meja makan dalam rumah. Sedap masakan mak, maka lembutlah hati ayah. Anak-anak pun tak nampak mak ayah bertekak, maka wujudlah keluarga harmoni.
Kesimpulannya, perempuan zaman sekarang kena pandai masak. Lagi-lagi masak lemak cili api.
p/s: Aku harap dapat bini pandai masak. Sebab aku pandai makan.