Sunday 29 April 2012

Dahi gadis itu

Assalamualaikum.


Pagi yang cerah, kini sudah panas. Aku dah lapar, perut ku mengamuk. Jenis muda-muda belia bangsa macam aku ni tak elok bangun pagi sangat. Daripada merenung dapur yang penuh periuk belanga dalam sinki, baik aku tidur. Sarapan pagi pun takde bini yang nak sediakan.

Bila dengar kat pagar rumah macam kecoh-kecoh, tahulah aku bahawa jam sudah pasti lebih 9 pagi. Rumah depan pejabat cukai ni ada jugak baiknya walaupun sah-sahlah ada tak baiknya jugak. Orang parking kereta block pintu rumah kau. Nak sepak pintu sampai kemek tak banyak pulak duit aku nak bayar balik. Habis bengang pun aku jentik batu dalam ekzos kereta. Saja nak dengar Mercedes mata belalang start enjin ada bunyi.

Aku menapak ceria ke kedai runcit sebelah rumah. Pagi-pagi dah nak masam muka apa cer bang? Nak kata gaduh dengan bini, bini pun takde lagi. Kucing yang melintas depan aku, aku kenyit mata. Burung yang berterbangan di atas kepala, aku lambaikan tangan. Anjing yang takut-takut tengok aku, aku tunjuk penumbuk. Lintang-pukang anjing tu lari sampai naik atas pokok kaktus.

Sampai je kat kedai runcit, banyak pulak orang. Aku sebagai insan yang sabar orangnya, aku tak tunggu lama. Yelah, sabar pun kalau kau tak pandai nak gayakannya, jadi sabar tak bertempatlah kekdahnya. Aku terus capai roti bulat kegemaran sepanjang zaman. Roti tu atas rak tinggi sikit.

Sebagai lelaki Melayu yang tinggi tak berapa nak menunjang sangat, aku pun jengkitlah nak capai roti tu. Entah camne pulak masa aku landing kat lantai, ada gadis Arab bawah aku.

Pap!!!

Siku aku tepat menaji dahi seorang gadis Arab yang tidak bertudung. Jenis siku yang tak berlemak, adalah tajam -tajam sikt. Kira kalau aku siku hidung Ambiga, berdarah lah jugak hidung minachi tu. Gadis tu hampir terlepas barang-barang di tangannya.

Aku dengan rasa bersalah, cuba mengambil barang gadis itu. Gadis itu hanya tersenyum. Aku pun risau jugak. Apahal pulak kena siku pon nak senyum? Kalau dia senyum sebab nampak bulu ketiak aku ke, aku tak kisah sangat. Benda normal seorang lelaki sejati. Aku risau kalau dia memang suka aku siku dahi dia. Kalau dah sampai tahap camtu, memang tak payah tunggu nak jengkit. Aku nampak memang aku lompat then taji terus hari-hari.

Lepas bayar, aku pun mintak maaf kat gadis itu. Gadis itu senyum simpul sambil tertunduk malu. Aku pun sengaja memegang siku aku yang berjaya menaji kepala gadis itu. Konon-konon sakit. Sambil berlalu, kami pun membawa haluan masing-masing.

_______________________________

Lelaki jangan sengaja tunjuk gagah depan gadis. Gadis ni tahu kita ni poyo ke tak. Macam gadis Arab tadi, aku rasa dia dah tahu tangan aku kuat mana masa kena taji kat dahi setepek tadi.

Yang aku tak tahu, dia memang suka kena siku dengan aku ke tak. Kalau dia suka, hari-hari aku tunggu dia kat kedai runcit dan tadah siku tiap-tiap pagi.



p/s: Nasib baik aku tak taji terus kepala dia. Jenis tak pakai tudung. Takut jangkit kutu pun ada. Kelumumur tak payah cakap lah. Kahkahkah!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...