Friday 7 October 2011

Kacau-kacau cincau

Assalamualaikum.


Sejak kebelakangan ini, hidup aku agak kucar-kacir. Dengan pemergian adindaku ke U.S.I.M, aku menjadi seorang lelaki yang serabut hidupnya terkontang-kanting seorang diri di rumah. Akibat keseorangan di rumah, macam-macam aktiviti maksiat mereng aku kerjakan.

Aku susun asam keping yang aku jumpa dah berkulat dan aku runtuhkan macam domino. Aku buat bentuk bulatan yang agak bangang bentuknya.

Aku pergi cari sarang semut lepas tu aku curah air panas. Entah apa kejadah aku buat gitu.

Aku bunuh lalat banyak-banyak lepas tu aku susun tepi tingkap. Aku jentik sekor-sekor pakai getah.

Aku cari kain-kain buruk lepas tu aku jahit sikit-sikit sampai jadi selimut besar. At last, aku koyakkan balik sebab bau puaka yang amat celaka.

Adoi, aku serius tengah bosan gila bah minggu lepas.

Aku pun dah rasa lain macam sejak dua menjak ni. Tapi aku cekalkan juga hati aku untuk terus buat kerja-kerja bangang daripada aku terus melayan jiwa kacau aku ni. Daripada aku nampak bodoh dan bangang layan jiwa lara kacau mengacau ni, baik aku buat kerja-kerja bengong ini.

Ohooooo hoi..
___________________________

Serius aku kena kawal balik ni. Ini semua salah pakcik ni. Dah lari tempo dah lagu hati aku ni. Patut lagu Bunkface atau Meet Uncle Hussin je. Ini jam sudah tukar channel putar lagu Max 24:7 Sofaz.

Haktuih!!!!!



P/s: Hari ini aku agak normal. Berkat hari Jumaat agaknya. Kurang sikit berkat sebab tak mandi sunat Jumaat. Hooaah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...