Sunday, 8 May 2011

My mama

Assalamualaikum.


Hari ini Hari Ibu. Selamat hari ibu kepada mama aku, Azidah binti Mustafa. Sebagai seorang anak mak, aku dengan bangganya mengaku aku agak manja dan mengada dengan mama.

Aku budak asrama. Jadi, aku tak banyak habiskan masa di rumah dengan mama. Sekarang ni pulak, aku belajar di luar negara. Lagi lah langsung tiada cerita mahu dikongsi pasal mama.

Mama. Mama aku putih. Ramai kawan perempuan aku suka tengok muka mak aku. Mereka kata tenang, sejuk hati. Tapi kenapa mereka tak suka tengok muka aku? Mereka kata muka aku amat kerek dan poyo.

Mama. Apa kenangan yang aku ada dengan mama?

Oh, mama pernah pukul peha aku masa aku drive dengan dia. Sebab aku drive macam orang dah tak tahan nak berak. Laju dan mencelah penuh rakus. Rasa comel pula kena pukul dengan mama sewaktu memandu tatkala umur mencecah 21 tahun ketika ini.

Mama. Dalam banyak-banyak aku sakit, ada sekali ni mama tak jaga aku. Yang lain mama akan jaga penuh teliti. Mama tak jaga aku masa aku sunat. Mama tak larat tengok darah. Mama tak daya hadap aku sunat. Itu saja. Sakit lain memang mama juara nurse of the year.

Mama. Duit raya dia tak pernah lupa nak bagi aku. Umur aku dah besar pun duit masih dapat. Sedap lagi bila mama taja tiket aku pergi balik. Padahal aku mengada. Kalau nak aku balik, tajalah tiket. Betul-betul mama taja. Rindu sangat kat aku lah tu.

Mama. Mama akan backing aku kalau kena marah dengan ayah. Kat peha mama aku baring lepas menangis kena marah dengan ayah. Dekat kaki mama aku selalu lepak kalau gian nak letupkan jari. Dekat rambut mama aku buat eksperimen kalau tiba-tiba meroyan jadi hair-styler

Mama. Aku pernah menangis sebab Mama. Hoi, keras-keras aku pun, gerenti lembut dengan seorang wanita.  Mama aku lah tu.

Mama, Selamat Hari Ibu.. =)


Saturday, 7 May 2011

Congkak dan karom

Assalamualaikum.


Tahun 2003.

Malam itu panas. Kipas jenama Pensonic berpusing perlahan. Walaupun aku dah tekan no3, kelajuan bilah kipas serupa kelajuan -13. Angin kentut aku pun lagi kuat. 

Oh, baru aku perasan. Bilah kipas sepatutnya berwarna biru laut. Bilah kipas ketika itu berwarna hitam dan kelabu. Menandakan habuk tebal menyelimuti bilah kipas tersebut. Patutlah perlahan.

Oh, patutlah berhabuk. Bilik ni memang jarang orang masuk. Apatah lagi untuk dijadikan bilik tidur. Maka, kerja pembersihan memang amat jarang dilakukan di dalam bilik ini.

Malam itu, orang-orang tak berapa remaja tidur kat ruang tamu beramai-ramai. Dah serupa lepat pisang bersusun dah aku tengok. Aku dan sepupu aku pulak dicampakkan  ke dalam bilik azab itu. Kepanasan bilik tu memang aku tak lupa sampai sekarang. Tak pakai baju pun peluh macam perah susu zirafah. Kalau boleh tanggalkan kulit badan, dah lama aku dah buat.

Nyamuk pulak macam ada parti liar malam itu. Seekor-seekor terbang macam mabuk minum arak 13 tong. Yang mendarat dan menyorok celah ketiak tak payah cakap banyak dia. Yang hebat, dapat survive. Terbang merentasi rimbunan bulu ketiak. Yang nasib tak baik, bergumpal sekali dengan daki ketiak.

Sepupu aku dah serupa mat ganja aku tengok malam tu. Sikit lagi dah nak jadi zombi. Mata merah, peluh keluar dari setiap liang roma. Seluar dia pun basah kuyup aku tengok. Kencing ke peluh aku tak tanya pulak.

Disebabkan malam yang azab tu kami tak dapat tidur, sepupu aku tiba-tiba dapat ilham. Dia plan nak pijak semua orang yang tidur kat ruang tamu sambil rentap bulu kaki yang panjang dan kerinting. Ok, aku tipu. Nak makan lesung batu sarapan pagi nanti bolehlah tarik bulu kaki nenek kami.

Malam yang berapi itu, kami main congkak. Lupa nak cakap. Sepupu aku tu laki. Tua setahun dari aku. Kami main congkak sampai bosan. Sampai guli tu kami main sumbat-sumbat dalam lubang hidung. Aku menang game sumbat guli dalam lubang hidung. Aku boleh maintain guli dekat lubang hidung adalah sampai 3 minit. Sepupu aku setengah minit tak sampai. Hidung mancung la katakan sepupu aku tu. Aku hidung kembang.

Lepas tu, kami main karom pulak. Ni game paling style. Sanggup makan biskut pakai kaki sebab nak fokuskan jari tangan untuk jentik. Memang berdentam-dentum bunyi buah karom kami jentik sekuat hati.

Dalam pukul 3 pagi, aku terdengar ada orang bagi salam. Aku baru teringat ada makcik aku dari Penang nak sampai. Aku selak langsir. Tiada orang pulak.

10 minit lepas tu, sepupu aku pulak selak langsir. Dia kata dia dengar orang mintak tolong.

Kami dah mula rasa tak sedap. Aku dengar orang bagi salam tapi tak dengar orang mintak tolong. Sepupu aku pulak dengar orang mintak tolong tapi tak dengar orang bagi salam.

Kami jentik buah karom pun dah mula melalut. Masing-masing tiba-tiba buat-buat rasa mengantuk.

Elok kami nak kemas papan karom tu, tiba-tiba pintu bilik terbuka.

" Eeekkkk......."

Satu kepala menjelma dengan rambut putih mengerbang lebat.

Aku dah ready nak hayun papan karom. Sepupu aku pulak dah ready papan congkak nak buat bantai.

" Budak bertuah. Orang tidur tengah malam kau boleh berperang malam-malam ni? Esok nak raya tahu tak? Nanti liat nak bangun pagi solat raya. Dah! Simpan congkak tu. Pergi tidur..!"
___________________________________

Nasib baik kami sempat tahan tangan masing-masing. Kalau memang jenis keturunan darah gemuruh, gugup tak memasal, memang dah jadi tajuk berita aku rasa.

" Seorang nenek terlantar di hospitak pada malam raya akibat dibelasah oleh dua orang cucunya. Kes masih dalam siasatan.."




p/s: Semoga nenek sihat selalu. Hari ibu tapi entri pasal nenek. Boleh kan?

Thursday, 5 May 2011

Krisis

Assalamualaikum.


Aku sekarang dekat cyber cafe. Internet rumah problem dah seminggu. Ini kali pertama aku pergi cyber cafe sepanjang 4 tahun duduk di sini.

Maknanya ini kali pertama aku berdepan krisis internet yang meruncing lagi mencucuk hati.

Cyber cafe ni punya telan duit tak perlu aku coretkan di sini. Tak sampai 100 kali tekan keyboard dah naik 1 dirham. Copek bonar den kobar kek kau. Padahal line slow yang amat. Haktuih lah pancung customer cara keji begini.

Dah. Aku bajet 5 dirham je ni. Dah sampai pun 5 dirham. 

Kalau tengok lepas ni satu hari sampai berbelas entri, faham-faham yo laa.
_________________________________

Aku boleh rasa macam mana customer Telekom Malaysia tertekan kalau servis tak bagus tapi bayar nak cepat.

Sabo je la ye tak?



p/s: makin banyak perkara berlaku sekarang. satu demi satu. sabar itu perlu bersatu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...