Sunday 29 April 2012

Dahi gadis itu

Assalamualaikum.


Pagi yang cerah, kini sudah panas. Aku dah lapar, perut ku mengamuk. Jenis muda-muda belia bangsa macam aku ni tak elok bangun pagi sangat. Daripada merenung dapur yang penuh periuk belanga dalam sinki, baik aku tidur. Sarapan pagi pun takde bini yang nak sediakan.

Bila dengar kat pagar rumah macam kecoh-kecoh, tahulah aku bahawa jam sudah pasti lebih 9 pagi. Rumah depan pejabat cukai ni ada jugak baiknya walaupun sah-sahlah ada tak baiknya jugak. Orang parking kereta block pintu rumah kau. Nak sepak pintu sampai kemek tak banyak pulak duit aku nak bayar balik. Habis bengang pun aku jentik batu dalam ekzos kereta. Saja nak dengar Mercedes mata belalang start enjin ada bunyi.

Aku menapak ceria ke kedai runcit sebelah rumah. Pagi-pagi dah nak masam muka apa cer bang? Nak kata gaduh dengan bini, bini pun takde lagi. Kucing yang melintas depan aku, aku kenyit mata. Burung yang berterbangan di atas kepala, aku lambaikan tangan. Anjing yang takut-takut tengok aku, aku tunjuk penumbuk. Lintang-pukang anjing tu lari sampai naik atas pokok kaktus.

Sampai je kat kedai runcit, banyak pulak orang. Aku sebagai insan yang sabar orangnya, aku tak tunggu lama. Yelah, sabar pun kalau kau tak pandai nak gayakannya, jadi sabar tak bertempatlah kekdahnya. Aku terus capai roti bulat kegemaran sepanjang zaman. Roti tu atas rak tinggi sikit.

Sebagai lelaki Melayu yang tinggi tak berapa nak menunjang sangat, aku pun jengkitlah nak capai roti tu. Entah camne pulak masa aku landing kat lantai, ada gadis Arab bawah aku.

Pap!!!

Siku aku tepat menaji dahi seorang gadis Arab yang tidak bertudung. Jenis siku yang tak berlemak, adalah tajam -tajam sikt. Kira kalau aku siku hidung Ambiga, berdarah lah jugak hidung minachi tu. Gadis tu hampir terlepas barang-barang di tangannya.

Aku dengan rasa bersalah, cuba mengambil barang gadis itu. Gadis itu hanya tersenyum. Aku pun risau jugak. Apahal pulak kena siku pon nak senyum? Kalau dia senyum sebab nampak bulu ketiak aku ke, aku tak kisah sangat. Benda normal seorang lelaki sejati. Aku risau kalau dia memang suka aku siku dahi dia. Kalau dah sampai tahap camtu, memang tak payah tunggu nak jengkit. Aku nampak memang aku lompat then taji terus hari-hari.

Lepas bayar, aku pun mintak maaf kat gadis itu. Gadis itu senyum simpul sambil tertunduk malu. Aku pun sengaja memegang siku aku yang berjaya menaji kepala gadis itu. Konon-konon sakit. Sambil berlalu, kami pun membawa haluan masing-masing.

_______________________________

Lelaki jangan sengaja tunjuk gagah depan gadis. Gadis ni tahu kita ni poyo ke tak. Macam gadis Arab tadi, aku rasa dia dah tahu tangan aku kuat mana masa kena taji kat dahi setepek tadi.

Yang aku tak tahu, dia memang suka kena siku dengan aku ke tak. Kalau dia suka, hari-hari aku tunggu dia kat kedai runcit dan tadah siku tiap-tiap pagi.



p/s: Nasib baik aku tak taji terus kepala dia. Jenis tak pakai tudung. Takut jangkit kutu pun ada. Kelumumur tak payah cakap lah. Kahkahkah!!


Monday 23 April 2012

down

Assalamualaikum.


Aku down sekarang ni. Aku tak sihat. Bahas (baca: thesis) aku tak update hampir seminggu. Aku hanya boleh duduk. Ini yang terdaya aku buat sekarang ni.

Aku belakangkan orang-orang yang terdekat dengan aku waktu aku sakit. Aku memang tak mampu nak buat apa-apa. Apa aku telan, mesti keluar balik dalam bentuk liquid. Kalau tak ikut atas, ikut bawah.

Nikmat Dia tarik sekejap. Atau mungkin Dia tarik sikit-sikit sampai habis. Atau mungkin juga Dia tarik terus tanpa aku sedia.

Sorry Diah. Aku tak bagitahu kau sebab aku tak larat nak on laptop. Ini pun aku baru larat nak duduk main laptop. Aku bagitahu ayah and mama pun masa diorang call aku. Kalau diorang tak call, diorang pun aku tak larat nak bagitahu.

_____________________________

Seriously, bila sakit camni, apa pun tak boleh nak buat.

Doakan aku cepat sihat macam dulu.

Terima kasih.



p/s: masih sakit. banyak masa aku habis dalam jamban dan atas katil.

Wednesday 4 April 2012

Sebab-sebab kenapa aku dah tak panas baran macam dulu

Assalamualaikum.


Tajuk panjang gila macam latihan membuat ayat ringkas masa darjah satu dulu. Kahkahkah! Walaupun aku rasa aku memang dah tak panas baran macam dulu, atau aku boleh kata sekarang ni pun aku langsung dah tak panas baran, tapi orang-orang kiri kanan aku masih cakap kadang-kadang muka aku masih ada saki-baki panas baran yang dulu-dulu.

Kau bayanglah, aku yang dah tak panas baran ni pun orang masih boleh cakap lagi, cuba kalau aku memang betul-betul panas baran? Muka Najib dan Rosmah pun aku tengok kecik besar kecik besar je. Hahaha!

Sebab-sebab aku dah tak panas baran macam dulu sebenarnya adalah:

1) Masa tu aku form one. Masa ini hormon pun tak stabil lagi. Masih bangang-bangang lagi. Keje aku tahu nak marah orang je. Ingat ada pangkat boleh buat semua benda. Tengok, ini adalah hasil didikan daripada pemimpin negara yang telah memberikan contoh tauladan yang salah kepada generasi muda. Pangkat dan kuasa adalah segala-galanya.

Maka, selepas dilantik ketua kelas pada sesi pertama aku masuk alam sekolah menengah, aku rasa aku dah hebat habis. Sekarang ni memang rasalah bangang gila aku masa tu. Kahkah! Nak jadi cerita, ada satu malam tu, aku saja-saja takde kerja dah nak buat, aku saja cari point nak marah budak.

Budak yang aku marah ni pun classmate aku juga. Lelaki. Aku saja marah dia gila-gila. Jenis tengking suara tinggi macam Shila Amzah. Tak sampai tiga saat, dia lari terus masuk tandas. Ambik kau. Tersumbat sinki tandas. Kawan aku tu muntah. Habis keluar semua makanan dia. Bau tomyam. 

Aku tengok tiba-tiba sedih. Rasa bersalah gila. Ingat nak main-main. Malam tu badan dia lembik terus. Aku yang dah rasa bersalah, terpaksalah membuat amal kebajikan kat dia demi menebus kesalahan aku.

Point: Tahap panas baran aku boleh buat orang muntah.

2) Masa ni aku dah habis sekolah. Still kawan lelaki jugak. Aku macam biasa, saja-saja buat-buat marah. Suara aku tinggikan. Entah macam mana, lepas aku tengking dia, dia datang dekat aku, jeling, then terus menangis.

Ya, kawan lelaki aku menangis lepas aku tengking dia. Aku ingat tak menangis dah lah. Masing-masing dah besar. Aku yang memang mengaku salah aku teruslah mintak maaf. Nasib baik kawan aku ni jenis sporting. Tak simpan dalam lama-lama.

Point: Tahap panas baran aku boleh buat orang menangis.

3) Masa ni aku sekolah. Kali ni perempuan. Hari tu birthday kawan aku, perempuan tu lah. Kawan-kawan perempuan lain semua pakat nak prank dia. Aku baru tahu rupanya budak perempuan sekolah aku masa tu merupakan gadis-gadis yang agak kejam juga di sebalik tudung labuh diorang masa tu. Kahkahkah!

Aku tak ingat apa diorang dah prank kawan perempuan aku ni. Tapi diorang dah pakat dengan aku suruh join pakatan prank tu. Aku sebagai gentleman pada asalnya menolak. Gila apa! Diorang suruh aku marah kawan perempuan aku ni sampai menangis. Ayat diorang selamba jer, " Kitorang tahu kau boleh. Muka kau tak marah macam sekarang ni pun kitorang dah takut. Kalau marah lagi best.."

Aku rasa nak tumit je muka diorang sorang-sorang waktu tu jugak. Lepas dapat jaminan apa-apa yang berlaku adalah di bawah tanggung jawab diorang, aku pun setuju je lah. Rupa-rupanya diorang plan nak jadikan aku finisher. Kiranya aku orang yang terakhir yang akan prank perempuan tu. Maka, aku dengan penuh tanggungjawab, berusaha melunaskan kerja aku sebaik mungkin.

Petang itu, aku panggil kawan perempuan aku tu depan bilik operasi siaraya. Oh, lupa nak cakap. Kawan perempuan tu penolong aku. Memang aku ada point baik punya nak prank. Aku sepahkan bilik operasi tu gila-gila punya sepah. Biar effect lebih sikit nampak aku tengah marah. Kahkah! Syaithon gila aku masa tu. 

Lepas dia datang je, aku terus balun cukup-cukup. Dia tunduk je pandang lantai. Aku tak ingat aku cakap apa tapi memang muka dia berubah daripada relax jadi wax. Putih macam lilin. Yang kawan lagi sorang yang dalam pakatan prank tu, konon-konon temankanlah. Padahal tahan gelak. 

Aku yang tengah berlakon marah terpaksa maintain marah. Nak gelak kang kantoi pulak. Sebenarnya tangan aku dah menggeletar masa tu. Tapi nasib baik aku kat dalam bilik, dia kat luar. Aku marah pun through tingkap je. Tak nampaklah tangan aku menggeletar dalam bilik.

Masa aku nampak dia dah start nak berair mata, aku panggil dia suruh dekat. Dia macam takut jugak. Tapi kawan prank lagi sorang bajet temankan. Aku keluarkan tangan aku ikut tingkap then bagi kad happy birthday.

Muka dia memang blur gila masa tu. Kawan prank dia tadi terus peluk then wish birthday jugak. Aku tengok jelah. Kalau laki takdelah nak sweet-sweet macam tu. Habis sweet pon kawan-kawan lupa atau buat-buat lupa atau tak tahu pun hari tu birthday korang. Kahkahkah!

Point: Aku marah main-main pun gadis boleh tertunduk ketakutan.

_________________________________________

Sebenarnya budak-budak rumah ni selalu cakap, " Kalau abang azim marah camnelah eh?"

Berdasarkan tiga kisah kat atas tu, bolehlah korang imagine sendiri kalau aku marah macam mana. Sebab semua yang aku marah tu semua sebaya. Sebaya pun, jadi jugak macam tu. Tu main-main, bukan betul-betul.



p/s: Jadi, kepada bakal isteriku, janganlah kau takut. Tu semua kisah silam aku je. Kahkahkah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...