Wednesday, 31 October 2012

hasil carian yang mengerikan

Assalamualaikum.


Inilah hasilnya kalau merepek dan merapu dalam entry blog.



Insan manalah yang cari benda ni di google???

Tuesday, 30 October 2012

sederhana

Assamualaikum.


Aku baru sahaja mengetahui kewujudan satu dunia yang bukanlah dunia yang fana, namun dunia ini adalah dunia ciptaan mereka yang mengalami kekacauan dalaman atau aku boleh kata, satu penyakit yang bukan penyakit hakiki, tapi lebih kepada konflik diri sendiri.

Aku tak nak ceritakan secara terperinci apakah dunia itu. Dunia itu bukanlah dunia yang indah untuk digambarkan dengan kata-kata kerana hidupan dalam dunia itu sendiri berperang dengan diri sendiri.

Sebagai orang luar yang ditarik masuk ke dalam dunia ini, aku ada beberapa saranan, nasihat, atau cadangan atau apa juga yang anda (mereka) mahu namakan.

1- bersederhana dengan semua orang. no more no less.

2- letakkan diri anda di tempat aku (orang luar yang ditarik masuk)

3- jangan harap apa-apa.

4- jangan salah sangka.

5- jangan banyak sangat fikir.

Aku tak tahu apa lagi cadangan. Aku tak suka guna istilah 'nasihat' sebab manusia biasanya tak suka dengar nasihat. Cadangan nampak lebih mesra. ???
__________________________________

Orang ini macam-macam ragam. Kau boleh tak suka ragam orang, tapi bukan orang. Contoh, kau boleh tak suka Rosmah yang membazir, tapi janganlah sampai tak suka Rosmah. Kita tak suka pembaziran Rosmah sahaja, bukan Rosmah itu sendiri.

p/s: bersederhanalah. yang sedang-sedang saja.

Tuesday, 16 October 2012

kongsi

Assalamualaikum.


Kalau tanya pakar motivasi, setiap masalah itu hendaklah dikongsi. Diceritakan kepada insan yang terdekat.

Aku pernah dengar cikgu aku cakap apabila ditanya, " Kenapa cikgu tak pergi kursus motivasi?"

Cikgu aku jawab, " Aku dah cukup bermotivasi. Kursus ni untuk orang yang takde motivasi hidup."

Bukan semua cakap pakar motivasi itu betul, kena ikut. Memang betul, tapi boleh jadi tak betul pada sesetengah keadaan. Pakar motivasi kata kita kena berani menunjukkan siapa diri kita yang sebenar. Dah kalau diri kau tu mengada-ngada kat rumah, jenis sampai rumah je ada orang gaji tolong bukakan stokin kau pakai gigi, kau nak bawak perangai diva kau tu ke serata alam?

Ini contoh sahaja.

Balik kepada point utama di atas. Kongsi masalah.

Aku bukan jenis berkongsi masalah dengan orang. Masalah ni sebenarnya boleh juga aku katakan sebagai rahsia. Sebab rahsia adalah masalah kerana masalah adalah sejenis rahsia.

Contoh: Wei, aku terberak dalam seluar. Tapi bau takde lagi sekarang ni. Takut bau naik je kejap lagi.

Ini adalah rahsia pada permulaan, namun telah menjadi masalah. Merahsiakan perihal keterberakan ini akan menjadi masalah. Masalah bagaimana mahu merahsiakan daripada pengetahuan orang.

Sebab itu bila ada rahsia, aku jarang nak cerita atau kongsi pada orang.

Sebab bila diceritakan, katalah orang itu berniat nak tolong kita tapi tiada kudrat  nak tolong, dia akan meminta tolong daripada orang lain pula. Kalaulah orang itu pun tak boleh nak tolong, akan berantai-rantai entah seberapa jauh pun tak tahu.

Asalnya daripada rahsia boleh jadi satu masalah lain pulak.

Aku tak gemar kongsi rahsia atau masalah aku pada orang bukan sebab aku ego. Cuma aku memang tak suka daripada satu orang je yang tahu, jadi berantai-rantai pulak yang tahu. Tiba-tiba benda yang aku plan secara rahsia tak jadi, dah jadi masalah lain pulak. Kecoh sana-sini.

Rahsia itu bukan lagi rahsia jika ada orang kedua yang mengetahui rahsia kau. Walaupun orang yang kedua itu orang yang paling kau percaya. Sebab mulut manusia ini ada dua bibir. Kalau kau tahan yang atas, bawah tetap bergerak. Kau tahan yang bawah, atas yang bergerak. Kau takkan mampu menahan kedua-dua bibir itu untuk bergerak.

Samalah macam kau makan. Mana ada makan satu bibir je yang gerak. Kalau ada bagitahu aku.

______________________________________

Dulu suka lah nak pillow talk apa bagai. Sekarang talk on the pillow je la. (Mengigau) haha.

It's not about losing our trust at people. It's just the fact that the only person we can trust is ourselves.


p/s: Biarlah rahsia by Siti Nurhaliza. Rahsia bukan sekadar di hati. Lebih daripada itu ada rahsia yang lebih besar.


Sunday, 7 October 2012

hujan

assalamualaikum.


salah satu metafora yang cantik,

just like the clouds
my eyes will do the same
if you walk away
everyday it will rain,
rain rain...

p/s: harta yang diberi, boleh dipulangkan. kepercayaan yang diberi, jika dikhianati, hilang begitu sahaja..

Saturday, 6 October 2012

Zaman belia remaja

Assalamualaikum.


Surat berantai adalah salah satu bentuk khurafat alaf baru yang mengatakan bahawa mana-mana individu yang menerima surat dan tidak mnyebarkan atau menyampaikan surat itu kepada 20 atau lebih atau kurang individu lain, maka dia akan ditimpa malapetaka atau musibah (musibat???) dalam masa 3 hari.

Budak-budak dulu aku percaya benda bangang ni sebab waktu aku dapat sms yang macam surat berantai ni, lagi 5 hari kemudian aku akan ada jamuan makan kat rumah kawan aku. Aku dah beli seluar jeans baru semata-mata jamuan ni, takkan aku nak mati sebab tak forward sms tu kat 20 orang kawan yang lain.

Dalam keadaan yang nak 'mati' tu, aku still masih boleh memilih 20 orang kawan aku. Disebabkan aku pakai maxis waktu tu, of course aku forward 20 sms kat 20 nombor maxis je. Haha. Bangang. Dah nak mati pun boleh berkira lagi.

Lepas aku dah tahu surat berantai ni macam scam, aku syak scam yang dicipta oleh syarikat Maxis ataupun Celcom, Digi aku tak syak sebab dia tak famous zaman 2004 dulu, aku pun buat bodoh je setiap kali dapat sms berantai. Mula-mula dulu rajin jugaklah nak terangkan kat kawan-kawan aku yang still forward sms berantai ni. Dah sampai 20 orang forward benda sama, aku pun ambil keputusan tukar nombor.

Padahal aku tukar nombor bukan sebab sms berantai pun. Padahal boleh je delete sms tu, then settle lah. Biasalah belia remaja dulu. Suka tukar-tukar nombor handphone. Jika anda fikir aku tukar-tukar nombor handphone sebab aku playboy, boleh tadah muka korang kat depan aku supaya aku boleh jentik biji asam boy padu-padu kat dahi korang.

Belia remaja bangang-bangang dulu, bajet gaduh-gaduh dengan awek, pastu tukar nombor. Bongok tak?  Cakaplah korang tak pernah buat, memang penipulah. Haha. Gaduh je tukar nombor. Yang susah ayah aku lah. Memanjang je aku tukar nombor, pastu aku tak update dengan dia. Setiap kali aku balik rumah lambat, dia call tak dapat. Sampai rumah, kena marah. Padanlah muka.

Bongok kedua adalah kawan-kawan aku, kawan-kawan dia jugak. Dah kalau aku bagi nombor aku kat kawan aku, mestilah dia tahu jugak. Dia relax je tak tukar nombor, aku je yang bangang tukar-tukar nombor. Tu menunjukkan lelaki ni lambat matang. Otak dia pada usia muda adalah makan, tidur dan main. Jika tiba-tiba wujud seorang gadis dalam hidupnya pada usia yang belum matang, perempuan itu sebenarnya telah mengacau rantai kitaran hidup lelaki itu. Hahaha.

_______________________________

Aku tak update langsung bulan September. Seriously aku memang ada perkara yang tak settle lagi sampai sekarang.

Aku nak mengarut pasal benda lain sebenarnya, entah macam mana boleh end up jadi cerita lain. Namun pun mengarut. Haha.



p/s: sedang menunggu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...