Tuesday, 27 March 2012

Pisang goreng

Assalamualaikum.


Sebenarnya aku memang tak berhajat pun nak update. Tapi sebab aku pun tak start lagi tulis thesis atas sebab-sebab yang aku taknak bagitau korang, aku tulislah entry ni. Aku tulis entry ni di dalam bilik baru. Aku dah pindah bilik sejak housemate aku pulang ke Malaysia.

Sayonara Shidan.....


2006 @ Shah Alam

Petang itu aku kempunan nak makan pisang goreng. Jenis kempunan yang tak boleh nak tangguh lagi. Jenis kempunan yang nampak semua benda pun jadi pisang goreng. Nampak selipar jadi pisang goreng, nampak remote tv jadi pisang goreng, nampak basikal pun jadi pisang goreng, sampaikan nampak gadis ayu pun jadi pisang goreng. 

Begitulah gambarannya betapa aku sangat kempunan pisang goreng pada petang yang hangat membakar itu.

Petang itu aku solat Asar tak berapa nak khusyuk. Memang betul-betul power pisang goreng ni punya rasa. Tengok dewan solat dah macam kebun pisang. Tengok imam dah macam pekebun pisang berjaya. Tengok jemaah dah macam pokok pisang bergerak. Paling tak khusyuk tengok karpet masjid dah jadi corak pisang goreng.

Lepas bagi salam, tak sempat imam nak pusing menghadap makmum, aku dah sampai kat pagar masjid. Aku tahu kalau imam tu pergi dulu, nanti dia potong line orang yang beratur. Nama je imam, tapi bila sampai bab pisang goreng, dah tak kenal siapa imam siapa Irma Hasmie. Kahkah.

Takdelah imam tu sekeji tu. Aku malas nak berebut dengan budak balik sekolah sebenarnya. Diorang memanglah beratur. Tu aku puji. Tapi yang aku rasa nak taji kepala sorang-sorang, jenis belikan untuk member. Yang member jenis kaki sotong, lembik tak tahan berdiri lama-lama masa beratur, kirim kat kawan. Kawan tu pulak beli bukan sikit, adalah macam dua kawah diorang tibai.

Tengah sedap aku berjalan penuh tertib, sambil membayangkan pisang goreng yang panas berasap aku gigit penuh nikmat, tiba-tiba ada sebuah kereta Satria putih berhenti di sebelah aku.

Seorang perempuan Cina berambut panjang sampai ke bahu, berumur awal 20an menurunkan tingkap kereta.

____________________________

PC: Helo, boleh tunjukkan jalan ke Pejabat Pendidikan Daerah?

Aku: (sumpah nak gelak sampai putus urat dengan Cina tu punya pelat).
         Saya nak ke kedai. Kita lalu jalan yang sama. Saya tumpang you sekalilah. Nak bagi direction pun jalan belit-belit.

PC: (dia pandang-pandang kawan sebelah dia)
        Takpalah. Terima kasih.

Aku: Ok, macam ni. You go straight, then turn left. After roundabout, you will see many factories on your left. There is a street right after the factories. There is your pejabat pendidikan.

PC: Oh, thank you so much.
_____________________________

Aku pun sambung jalan. Hati aku berbunga riang sebab tak ramai pun orang yang beratur masa aku sampai tu. Budak sekolah pun aku nampak dalam pagar lagi. Padan muka. Siapa suruh kau tak lompat pagar? Keluar ikut longkang ke? Takkan itu pun aku nak ajar?

Perempuan cina tu aku harap dia sampailah kat destinasi yang dituju. Siapa suruh taknak tumpangkan aku? Muka perogol sangat ke muka aku ni? Perompak ke?

Direction aku bagi tu adalah direction ke tanah perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. Aku harap kau jumpa pocong kat situ. Sebab Cina dah ada hantu pontianak.




p/s: Niat yang baik kadang-kadang dipandang serong. Jangan hampa sangat. Keadaan Malaysia memang macam ni. Tak percaya? Kalau tak, kenapa sampai sekarang hudud tak berjalan???

Wednesday, 21 March 2012

Bukan bajet hot

Assalamualaikum.


Aku secara jujurnya tiada mood nak update blog ini. Tapi tak sangka sebab ramai (ramailah bagi aku sebab lebih daripada empat orang) yang tanya aku bila nak update, maka secara cergasnya aku updatelah jugak blog aku yang mengarut lagi merepek ini.

Gambar bawah ni masa raya haji lepas. Aku pun baru sampai dari Malaysia. Sebenarnya aku letak gambar bawah ni sebagai profile picture dekat facebook. Tak semena-mena ramai gila orang like. Aku secara jujurnya tak bajet langsung orang akan like sebanyak itu. Aku pun tahu je muka aku ni takdelah artis mana pun.

Aku tak tahu mana silapnya sampai gambar itu dil'ike' hampir 50 orang.

Jika anda betul-betul pembaca setia blog aku ni, bantulah aku mencari x-factor gambar di bawah ini. Sebab aku tengok ada je parut jerawat dekat pipi aku tu. Aku tanya ni bukanlah sebab aku bajet hot. Cuma bengong jugak memikirkan apahal ramai gila orang like.

Gambar-gambar lain takde pulak orang nak like sampai nak dekat 50.

Kalau nak kutuk pun boleh, tapi yang penting kalau anda jumpa x-factor gambar ni, bantulah aku. Kahkahkah!



Kalau tak nampak parut jerawat, boleh zoom.
______________________________

Mungkin lepas ni aku tak update dalam tempoh yang panjang sebab dah sibuk dengan thesis. Doakanlah aku dapat habiskan master bulan Julai ini.



p/s: Seram dan cuak tunggu result exam.

Tuesday, 6 March 2012

Kaunter E9

Assalamualaikum.


2009 @ KLIA

Aku sampai ke KLIA bersama keluarga tercinta. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Mata-mata manusia yang aku sayangi masing-masing lebam. Aku tahu mereka mengantuk. Aku sayu. Aku melihat orang-orang yang ke hulur ke hilir di dalam KLIA. Mata mereka juga banyak yang lebam. Ada yang dah macam kena penumbuk Sapok Biki pun ada. Yang lebam macam kena baling bola golf pun ada. Macam-macam jenis lebam.

Aku tiba ke KLIA ini bukanlah untuk menunggu kepulangan sesiapa. Bukan juga untuk melihat flash mob. Ketika itu flash mob bukan satu budaya atau trend yang into dalam jiwa anak muda seperti aku. Bukan juga untuk sekadar bersiar-siar. Kejadah apakah aku nak bersiar-siar di tempat yang tak menjual makanan seperti kepah masak lemak cili api?

Malam itu aku harus pulang semula ke Morocco untuk menghabiskan baki pengajian. Ayat aku ini sangatlah sopannya. Entah apa yang aku fikir ketika ini pun aku tak tahu. Bercuti di Malaysia memang akan melemaukan semangat untuk pulang semula ke Morocco. Ketika itu Datin Rosmah belum nak up lagi macam sekarang. Itu pasal aku malas nak tinggalkan Malaysia. Sekarang ni, aku nak pulang ke Malaysia bukan sebab Datin Rosmah. Bukan. 

Aku nak pulang sebab aku ada keluarga yang perlu aku balas jasa mereka. Ada keluarga yang perlu aku taburkan bakti aku sebagai anak sulung. Bukan anak sulung sahaja perlu balas jasa. Itu kenyataan yang bangang. Cuma ada satu perasaan yang hanya anak sulung sahaja faham betapa mereka itu adalah insan yang dilahirkan sebagai anak sulung.

Sambung balik.

Aku balik ke Morocco bukan keseorangan. Aku bersama seorang kawan lelaki dan beberapa orang gadis. Gadis? Bolehlah. Takkan nak panggil makcik pulak? Walaupun mungkin sesetengah daripada gadis itu telah mempunyai anak buah dan layak dipanggil makcik, tapi aku tak tergamak nak memanggil mereka makcik. Aku melangkah mendekati mereka penuh sopan. Langkah aku atur penuh kemas. Depan mak ayah gadis-gadis, takkan nak melompat-lompat seperti kanggaru pulak?

Aku pandang kotak-kotak dan beg-beg gadis-gadis di atas troli mereka. Aku mula berasa tidak sedap hati. Kotak-kotak dan beg-beg mereka umpama mereka akan beranak-pinak di bumi Morocco untuk tujuh keturunan. Ada juga kotak yang bagi aku besarnya boleh memuatkan 18 buah tong gas. Aku cuma berharap bukan tong gas yang sebenar berada di dalam kotak itu.

Aku memaniskan muka yang tak pernahnya nak manis. Bersalaman dengan penjaga gadis-gadis. Aku bernasib baik kerana ada seorang lagi kawan lelaki yang akan pulang bersama-sama aku. Dia yang lebih banyak berinteraksi dengan gadis-gadis. Aku sekadar melihat dari jauh. Lebih tepat, sebenarnya aku melihat troli gadis-gadis. Aku sangat musykil. Adakah mereka benar-benar ingin beranak-pinak di Morocco?

Check in by group.

Istilah ini diguna pakai jika kita akan menaiki flight secara berkumpulan, DENGAN HARAPAN kita akan mendapat berat bagasi extra. Aku  awal-awal dah tak nampak apa-apa harapan. Namun, melihatkan anak mata gadis-gadis, mereka tersangatlah optimisnya bagasi mereka akan lepas. Aku membiarkan mereka check in dahulu. Jangan dibunuh semangat optimis mereka itu. 

Gadis pertama = 38kg.
Gadis kedua = 35kg
Gadis ketiga = 40kg.
........
........
........

Aku tak ingat berapa orang gadis yang balik sekali dengan aku ketika itu. Secara puratanya, berat bagasi mereka memang betul-betul power. Berat maximum 30kg. Sebab itu aku katakan mereka sangat optimis bagasi mereka akan lepas walaupun dah sah-sah lebih berat dengan kadar yang agak extreme.

Maka berlakulah adegan curahan air mata dan rayuan agar bagasi mereka lepas. Ada pula seorang lelaki yang aku kira abang kepada salah seorang gadis itu cuba berbincang dengan pegawai penerbangan. Aku hanya mampu tersenyum. Terlebih optimis mungkin. Gaya macam dapat, tapi akhirnya memang tak lepas juga bagasi gadis-gadis optimis ini.

Tiba-tiba ada seorang makcik, ini betul-betul makcik, bertegur sapa dengan aku.

Makcik: Assalamualaikum.

Aku: Waalaikumussalam.

Makcik: Kamu balik Morocco sekali ke dengan diorang?

Aku: Taklah makcik. Flight saya ke Finland. (dalam hati je aku jawab camni)
         Ye makcik.

Makcik: Barang kamu mana?

Aku: Ni. (sambil menunjukkan sebuah beg hitam beroda dua)

Makcik: Ni je?

Aku: Ye makcik. (sambil angguk dan garu kening)

Makcik: Budak lelaki memang sempoi kan? Bawa barang tak banyak pun.

Aku: Bukan sebab saya sempoi. Sebab saya dah tahu memang akan jadi macam ni pun kalau balik dengan gadis-gadis. Saya bawak 20kg je. Lagi 10kg ni untuk kes-kes macam ni lah makcik.

Makcik: Hehe.

Aku: Apa hehe hehe?
_____________________________

Selamat pulang kepada sahabat-sahabat Morocco aku yang dah tamatkan pengajian. Doakanlah aku pun dapat tamatkan pengajian seperti anda semua.

Kalau bawak balik barang tu, beragak-agaklah. Agak-agak banyak sangat tu, hantarlah pakai kargo Ustaz Faizal atau Kak Syirot. Aku bukan Saya bukan promot, saya bukan dapat komisyen pun. Cuma untuk kesenangan anda juga di masa hadapan.



p/s: Alf mabrouk alaikum.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...