Sunday, 1 January 2012

Siapa makan oren tak masak, dialah yang rasa masamnya

Assalamualaikum.


Selamat tahun baru 2012.

Aku punya azam, azam aku adalah aku tak mahu berazam. Itulah azam aku.

Lepas aku belek semula semua entry aku tahun lepas, aku dapati ada beberapa entry yang telah disalah ertikan oleh beberapa orang. Beberapa orang itu termasuklah adik aku. Aku tahu kau baca entry aku ini. Entry dalam blog ini satu sahaja yang berkaitan dengan kau. Haha. Ini entry itu --> aku tahu dulu aku jahat

Entry ini dah disalah ertikan oleh adik aku. Mungkin juga orang lain. Aku tak tahu. Yang aku tahu adik aku sahaja sebab dia mengaku sendiri. Haha! Tiba-tiba terasa tanpa sebab. Kebanyakan entry aku, aku tak suka cerita pasal orang sangat. Mungkin ada. Tapi 90% adalah diri aku sendiri.

Aku bukan nak kata kau menyibuk. Yang menyibuk itu aku. Aku dulu bukan seorang yang suka nak ambil tahu hal orang sangat. Aku suka buat hal sendiri. Tak nak campur hal-hal yang tiada kaitan dengan aku. Bila aku sedar aku ni tiba-tiba banyak tanya, aku seolah-olah menyibuk hal orang.

Itu nak tanya, ini nak tanya. Padahal tiada kaitan pun dengan aku. Saja nak tahu. Haa, aku sebenarnya bukan saja nak tahu. Mana ada aku saja suka-suka nak tahu. Itu maknanya aku memang dah menjadi seorang yang penyibuk.

Sebenarnya aku rasa ada lagi entry-entry aku yang dah disalah ertikan. Aku petik entry menyibuk sebab adik aku kata dia rasa dia menyibuk hal aku. Adik-beradik tak boleh macam itu. Aku seorang abang yang penyayang lagi pengasih. Kah kah!

Bertepatan dengan description blog ini, Helaian Imiginasi Hamparan Karutan, apa yang aku tulis kadang-kadang tak wujud pun. Aku gambarkan orang lain dan aku mengarut di blog ini seolah-olah aku yang mengalaminya. Ada beberapa entry yang sebenarnya hanyalah imiginasi aku semata-mata.

Aku menulis tanpa berfikir panjang. Sebab imiginasi tidak perlukan pemikiran. Karutan juga terhasil apabila tidak berfikir. Jangan terasa sangatlah. Terutama adik aku. Kau jangan terasa. Aku tak pernah fikir pun kau penyibuk. Sebab aku bukan jenis berfikir.
___________________________


Entry paling akhir untuk tahun 2011 itu betul-betul serius. Itu bukan imiginasi atau karutan. Aku cuma mencari waktu yang sesuai sahaja.

Tahun baru sudah tiba. Masa kematian semakin dekat.

Sekian.


p/s: Aku tak pernah ada azam. Aku cuma ada seorang kawan bernama Azam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...