Monday, 16 January 2012

Syaitan bukan lagenda

Assalamualaikum.


2010

Malam itu memang riuh. Cuti musim panas. Ramai tengah layan movie. Lagenda Budak Syaitan. Lakonan Farid Kamil dan Lisa Sughihani (Surihani). Ada yang duduk bersandar di dinding, ada yang berbaring, ada yang baring atas perut kawan yang sedap dibuat bantal, dan pelbagai lagi posisi yang amat ghairah ganjil.

Aku? Akulah yang baring atas perut kawan tu. Kepala aku tak besar, tak berat. Sebab tu aku tak besar kepala dan tak berat sebelah. Nampak tak kaitannya tu?

Oleh kerana ramai kata muka aku ada iras-iras Farid Kamil, itulah sahaja sebab aku melayan filem Melayu ini. Umpamanya akulah yang sedang berlakon itu. Walaupun hakikatnya, aku amatlah kekok di hadapan kamera apatah lagi wajah aku bukan jenis yang fotogenik.

Namun aku tetap bersyukur kerana wajah aku juga bukan tergolong dalam jenis fotogedik. Jenis fotogedik ni kalau orang tengah makan sate sambil tengok gambar wajah fotogedik, memang tak sedar dengan lidi sate sekali dia kunyah. Punyalah menyampah yang amat. Selalunya wajah fotogedik ni adalah gadis-gadis yang terlebih gadis dan juga jejaka yang seakan-akan gadis.

Tamat tayangan, semua menggeliat macam urat pinggang tergeliat. Ada buat gaya kucing comel, ada buat gaya kambing malas mandi, ada buat gaya lembu meragut rumput, ada buat gaya ular menyusur, dan pelbagai gaya yang menggoda memualkan.

Aku?

Aku bangun sambil buat bunyi kuda. Sambil kaki kanan membuat rembatan kuda kepang.

Seorang senior aku masuk ke dalam bilik. Kaki kanan aku yang masih di udara betul-betul tepat ke arah hidung mancung beliau. Aku yang punya gelabah terus menurunkan kaki dan letak di lantai. Tepat memijak seekor lipas yang baru keluar dari bawah katil untuk mencari sesuap nasi. Tiada rezeki buatmu wahai lipas.

Senior: Lagenda Budak Syaitan. Jiwang cerita ni. Tak cara betul.

Aku: Support filem tempatan.

Senior: Kalau jadi betul-betul kat kau, apa macam?

Aku: Mahu tak syok, Lisa Surihani tu. Siapa tak nak?

Senior: Bukanlah. Lisa tu kalau nak berebut dengan kau pun aku sanggup. Pasal cerita ni lah. Kalau kau dah lama dengan orang tu tiba-tiba tak jadi, frust gila kot.

Aku: Abang ada tengok saya frust ke gila ke?

Senior: Apahal pulak kau ni tiba-tiba je? Kau pun sama macam ni ke? Tak cayalah aku.

Aku: Tak percaya saya nak cakap apa.

Senior: Eh, kau ni biar betul? Gila lah. Tak sangka pulak aku.

Aku: Betul ke tak betul, memang jadi pun. Takde apa pun yang gila.
_____________________________

Semakin umur meningkat, semakin besar ujian dan cabaran Allah datang sesuai dengan kemampuan diri sendiri. Apalah sangat ujian kecil macam tu? Ada lagi ujianNya yang lebih menguji keimanan daripada sekadar kisah Lagenda Budak Syaitan.

Syaitan tu dah memang lagenda dalam menghasut manusia. Nak buat cerita biar padu sikit kasi betul-betul syaitan itu adalah lagenda.


p/s: Reda itu ikhlas. Pasrah itu menyerah. Haa, yela tu. Menyampah pulak aku. Kahkah!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...