Assalamualaikum.
Aku membalas senyuman seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu masuk Bank Rakyat Seksyen 9 Shah Alam. Dia sedang beratur menunggu giliran untuk berurusan. Adegan beratur ini memang aku puji rakyat Malaysia walaupun kadang-kadang ada yang macam syaitan juga.
Aku terus menuju ke arah kaunter pertanyaan. Kaunter itu lengang tiada pelanggan. Aku harus segera kerana ayah aku sedang menanti di dalam kereta. Pegawai yang bertugas senyum. Aku pun membalas senyuman itu. Bukankah senyum itu sedekah?
Aku lihat di atas kaunter itu ada poster ' Minggu Bahasa Kebangsaan'. Sebagaimana yang semua tahu, bahasa kebangsaan untuk Malaysia adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia.
Pegawai: Selamat pagi encik. Ada apa-apa boleh saya bantu?
Aku: Selamat pagi. Assalamualaikum.
Pegawai: Waalaikumussalam. Ya encik?
Aku: Jangan panggil saya encik. Saya lagi muda daripada akak. (dalam hati)
Aku: Saya nak kemas kini buku akaun saya. Dah 2 bulan saya tak kemas kini.
Pegawai: Maaf encik. Kenapa dengan buku akaun ni?
Aku: Saya nak kemas kini. Dah lama tak kemas kini.
Pegawai: Erm.... (sambil ambil buku akaun dan terpinga-pinga)
Aku: Saya nak update buku akaun ni. Boleh?
Pegawai: Oh, update. Boleh. Sebentar ya?
________________________
Aku puji pegawai itu sebab tak bertindak dungu dengan memberi slip keluar atau masuk duit.
Aku tak tahu nak salahkan kerajaan yang melancarkan kempen Bahasa Kebangsaan tapi tak bagi taklimat dulu atau nak salahkan pengurusan bank yang lalai tentang kempen itu.
p/s: Aku ambil masa 2 minit lebih untuk perkataan briefing.
No comments:
Post a Comment