Saturday, 21 January 2012

Generasi

Assalamualaikum.


Aku ada satu tabiat wajib yang aku akan buat setiap kali hari lahir aku. Baru-baru ni pun aku buat cuma tak sama macam tahun-tahun sudah. Tabiat tak bermoral itu adalah, aku akan belai diri sendiri di spa dan membuat urutan badan di rumah urut amoi-amoi Cina yang seksi.

Kahkahkah!

Actually, setiap kali 19 Januari, aku akan cukur habis janggut aku sebagai hadiah untuk diri sendiri. Apa? Aku bukan ada banyak duit pun nak beli macam-macam. Alah, kau jangan nak samakan aku dengan kau lah. Kau bolehlah nak beli I-phone 5 kan? Sebab duit kau sama tebal macam perut kau.

Janggut aku ni aku tak pernah cukur habis licin kecuali pada tanggal 19 Januari. Biasanya aku trim atau nipiskan sahaja jika janggut aku sudah agak panjang sampai tersangkut di zip jaket. Cuma tahun ini, aku tidak cukur sampai licin janggut aku. Aku cuma trim sahaja.

Seiring dengan pertambahan usia, hurm, kenapa aku rasa ayat aku selalu berformatkan Bahasa Melayu kertas 2? Ok, sambung. raut wajah aku sendiri sudah menunjukkan tanda-tanda penuaan. Aku sememangnya tidak berminat dengan Olay Total White atau SKII yang dirumus khas untuk menentang tujuh tanda penuaan. Muka aku bukan sahaja kelihatan semakin tua, malah kelihatan semakin garang.

Ya, kalau anda pembaca blog ini secara kerap, anda akan tahu bahawa perkataan garang dan wajah saya adalah ibarat kenduri kahwin dan lauk ayam masak merah. Tak boleh dipisahkan. Ayam masak kurma pun tak dikira sebagai lauk pengantin.

Bila mak aku sendiri cakap muka aku garang, aku tahu muka aku betul-betul garang. Mak sendiri yang cakap. Dia sendiri yang tengok perubahan wajah aku daripada seorang bayi yang comel, kahkah, kepada kanak-kanak yang comot, kepada remaja yang poyo, dan sekarang ini, seorang lelaki yang garang raut wajahnya.

Mengikut kajian sejarah, sesebuah kerajaan atau kuasa itu hanya bertahan untuk tiga generasi sahaja. Lihat sahaja zaman Kesultanan Melayu Melaka, sampai sahaja kepada Raja Mahmud Syah, Melaka telah dijajah oleh Portugis pada tahun 1511.

Jadi, apakah kaitan Sultan Melaka dalam dengan aku? Memang tiada kaitan pun. Walaupun Melaka terkenal dengan cencalok, sampai sekarang aku tak pernah makan cencalok. Aku akan menjauhkan diri dari meja makan ketika ayah aku dengan senang hati menuang cencalok ke dalam pinggannya.

Bila aku buat analisis, muka aku ni walaupun dalam kategori garang, tapi tahap kegarangan aku adalah rendah berbanding ayah aku dan juga allahyarham atuk aku. 

Muka allahyarham atuk aku memang sangat garang. Ini diceritakan oleh mak aku betapa atuk aku dulunya sangat garang ketika satu majlis kenduri. Ini dikuatkan lagi dengan cerita ayah aku yang mengatakan atuk aku dulu adalah seorang mandor di MPPJ. Tahukah anda apakah tugas seorang mandor? Tak tahu? Cari kat google. Aku dah penat nak taip.

Kemudian, turun kepada ayah aku. Ya, ayah aku memang garang. Ini dikuatkan lagi dengan cerita beliau bahawa student di kolej beliau amat menggeruni beliau. Walaupun digeruni, ayah aku masih ditegur sapa oleh student-student jika berselisih. Ini menunjukkan bahawa tahap kegarangan ayah aku telah menurun sikit berbanding allahyarham atuk aku.

Generasi ketiga, of course it's me. Aku ni tak tahu part mana yang aku garang. Aku serius tercari-cari sisi atau sudut-sudut yang menunjukkan aku ni betul-betul garang. Ok, yang aku dapat detect buat waktu ini adalah raut wajah aku. Itu sahaja. Raut wajah. Lain-lain memang aku tak dapat nak detect. Kawan aku kata mata aku ni garang.

Mata garang?

Patutlah tiada gadis yang sudi menjadi kekasih aku. Dari mana datangnya cinta kalau bukan dari mata? Kemudian, dari mata, cinta itu turun ke hati. Kalau mata sahaja sudah garang, mana cinta nak datang dan turun ke hati.

_____________________

Aku yakin generasi lepas aku iaitu anak aku tidak akan kelihatan garang kerana ciri-ciri itu mungkin sudah pupus. Ini dikuatkan lagi jika aku ditakdirkan untuk bernikah dengan seorang gadis yang lemah lembut dan baik serta manis raut wajahnya. 

Maka, akan pupuslah warisan garang itu untuk beberapa generasi selepas itu.

Kahkahkah!!!



p/s: Garang-garang aku pun, aku pandai menjahit. Kau ada?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...