Assalamualaikum.
Kawan aku cakap, lelaki muka putih ini, memang perempuan usha lain macam sikit. Lain macam tu kira perempuan suka kepada lelaki yang berkulit putih. Tak percaya?
Lelaki Korea ada tak yang kulit sawo matang? Ada tak kulit terbakar macam lepas latihan kawad dari pukul 2 petang sampai 6 petang? Ada tak warna kulit macam Sivaji the Boss? Ada? Ada? Takde kan? Cukuplah satu bukti ini sahaja. Ini pun dah cukup kuat untuk membenarkan kata-kata kawan aku ini.
Oh, lupa. Kawan aku ni perempuan. So, dia bercakap berdasarkan pandangan peribdai dia.
Dia cakap lagi, disebabkan zaman sekarang yang dah banyak berlaku revolusi, maka, berlaku juga revolusi atau perubahan dalam diri perempuan zaman millenium ini. Kahkah! Zaman Millenium? Dah macam subjek Sejarah Tingkatan 4.
Dia kata perempuan zaman sekarang ada yang buat first move untuk dekatkan diri atau bahasa zaman sekarang, show up herself in front of their man. Maklumlah, nak jumpa spesis lelaki Melayu putih yang ala-ala Korea umpama beli ayam goreng bahagian kepak yang tak berbulu di pasar malam.
Maka, istilah perigi cari timba sudah tidak relevan bagi sesetengah 'gadis semasa'. Gadis Semasa yang dimaksudkan di sini adalah gadis yang hidup pada alaf 21 yang sudah tidak berpegang kepada mitos-mitos Melayu dongeng seperti:
1- Jangan nyanyi di dapur, takut dapat suami tua.
Suami tua duit banyak. Apa gadis itu peduli?
2- Jangan duduk atas bantal, nanti bisul punggung.
Nak buat pillow-talk lagi feeling duduk atas bantal. Bisul tu sapu krim je. Itu pun kalau ada. Punggung bersih suci mana ada bisul.
3- Jangan balik lewat Maghrib, nanti syaitan ikut.
Syaitan tak ikut masa bila? Setan ada syif ke ikut tak ikut?
4- Jangan bersiul-siul, nanti ular datang.
Tak payah tunggu siul, ular-ular lidah bercabang penipu banyak depan mata.
............................ dan macam-macam lagi.
Jadi, gadis semasa ini akan cuba tarik perhatian lelaki yang dia suka (mungkin lebih dari suka bagi mereka yang serius ingin mencari calon suami). Mana-mana lelaki yang secara tiba-tiba didampingi oleh gadis-gadis semasa ini, jangan rasa insecured. You are a lucky guy actually. Just be cool and start your observation either she can be your other-half or not.
Jangan lupa point di sini adalah kepada lelaki Melayu kulit putih ala-ala Korea sahaja. Aku agak tak setuju sebab setahu aku, gadis Melayu lebih cenderung kepada jejaka Melayu berkulit sawo matang. Sekali lagi, point kulit putih adalah pandangan peribadi dia sahaja. Yang Korea itu dia tak cakap. Aku tambah sendiri melalui pengamatan aku terhadap ketaksuban dan kebengongan gadis-gadis Melayu terhadap jejaka Korea yang malas mandi itu.
Aku tidak termasuk dalam dua-dua ciri di atas. Wajah aku tak berapa nak putih dan tak berapa nak sawo matang. Pucat macam Edward Cullen pun tak. Wajah aku mirip orang Vietnam menurut jurulatih silat aku dulu. Maka, Korea jauh sekali lah. Jadi, ini menguatkan hujah yang aku tak diminati gadis-gadis semasa.
Adakah aku sedih aku tak diminati gadis-gadis semasa?
Tak.
Secara peribadi, aku lebih cenderung kepada gadis-gadis Melayu yang masih kekalkan ciri-ciri masakan Melayu. Ketam masak lemak cili api. Misalnya. Ataupun udang sambal. Pergh! Walaupun aku tak boleh sangat makan pedas, tapi sekali-sekala buat lepas gian tak salah rasanya.
______________________________
Aku pun tak tahu kenapa suka buat entry pasal perempuan dan gadis sekarang ini.
Jangan risau. Aku masih lelaki Melayu tulen dan sejati lagi maskulin, sebab aku tak cukur bulu kaki pakai lilin Brazil (Brazilian Wax).
p/s: Aku tak makan pedas sebab perut cepat berangin. Kalau dah berangin, kenalah buang angin kan? Kalau keluar ikut atas boleh tahan kira. Kalau keluar ikut bawah? Tu memang tak tahan namanya.
2 comments:
entah laa tapi saya tak suka lelaki berkulit putih..nampak macam tak garang plak hehehe..lain org lain citarasanya..apa ada hal??
tahukah anda bahawa muka saya kelihatan agak garang dan saya berkulit putih walaupun tak berapa nak putih?
Post a Comment