Monday, 12 September 2011

0-0 (bahagian 13)

bahagian 13

Yusuf menghampiri Hasnae sambil menghulurkan sebatang pen untuk ditandatangani oleh Hasnae. Hasnae tidak mampu untuk menyambut pen itu sehinggalah dicubit Salwa agar mengambil pen itu. Setelah menurunkan tandatangan, Hasnae sempat menjeling ke dalam mata Yusuf. Yusuf membalas pandangan itu dengan mata yang redup.

 “ Sedia Hisham,” Yusuf menarik nafas panjang agar air matanya tidak tumpah.

 “ Aku nikahkan kau dengan Hasnae binti Hasan dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai,”  dengan tenang   Hisham menjawab, “ Aku terima nikahnya Hasnae binti Hasan dengan mas kahwin RM80 tunai,”dengan sekali lafaz sahaja, maka sahlah Hisham dan Hasnae sebagai sepasang suami isteri apabila dua orang saksi mengesahkan lafaz tadi. 

Tenang Yusuf membacakan khutbah nikah. Salwa sendiri yang berasa amat sedih melihat kawan lamanya itu. Selesai Yusuf membacakan khutbah nikah, maka semua hadirin pun bersurai.

“ Sop, nanti hujung bulan ni jemputlah ke rumah. Ada kenduri kahwin ,” Pak Hasan terus keluar dari ruang solat. Yusuf sekadar mengangguk lemah sambil tersenyum. Mengalir air mata Yusuf tanpa henti tatkala dia bersendirian di masjid.


“ Assalamualaikum. Sop, aku kagum dengan kau. Mesti kau sedih sangatkan sampai menangis camni?” Salwa memujuk Yusuf yang sedang bersujud syahdu.

 “ Aku tak sedih pun Wawa. Kalau aku sedih, maknanya aku sama seperti syaitan. Syaitan akan menangis apabila anak Adam mendirikan masjid ALLAH. Kau anggaplah tangisan aku ni sebab kalah dengan Hasnae. Dia kahwin dulu daripada aku. Aku ni pulak bujang tratangtang. Hehe…,” Yusuf bangun dari sujudnya dan mengajak Salwa keluar. Tak manis dipandang orang. Hanya mereka berdua di rumah suci ALLAH ini.

 “ Hasnae kirim salam tadi. Dia sedih sangat tadi. Aku pun tak sanggup tengok dia nangis. Nasib baik tak teruk. Aku betul-betul tabik spring kat kau. Dalam keadaan camni pun masih boleh buat lawak. Aku tahu kau sedih dan kecewa tapi aku seronok tengok kau dah berubah jadi alim camni. Tapi perangai memang tak berubah lagi la. Masih suka buat lawak macam dulu,” Salwa menghulurkan kad undangan perkahwinan Hasnae.

 “ Nanti kau temankan aku boleh tak? Kau dah kahwin belum? Nanti tak pasal-pasal aku gaduh dengan suami kau pulak bawak bini dia ke hulur ke hilir,” Salwa tergelak kecil lantas bersetuju. 

Salwa belum bertunang pun lagi kerana sibuk menjadi ketua keluarga kerana si ayah pergi menghadap Ilahi dan sebagai anak sulung, dia berasa tugas untuk menjaga  ahli keluarganya kini tergalas di bahunya lantaran ibunya yang telah tua.



bersambung..

Thursday, 8 September 2011

Frieza

Assalamualaiakum.


Budak lelaki 1: Kak frieza. oo kak frieza. Kami datang nak beraya.

Frieza: Comel la korang ni. Kenapa panggil nama akak frieza? Pakwe akak pun panggil akak fauziah je.

Budak lelaki 2: Nama akak panjang sangat. Fauziah Raziah Idayu bt. Engku Zainal Abidin. Kitorang akronimkan jadi frieza je la.

Frieza:Oo. pandai jugak korang ni eh. Tapi akak macam pernah dengar la nama frieza ni.

Budak lelaki 3: Alaa akak ni. Takkan tak ingat kot. Kalau tak ingat, saya ada gambar dia. Akak nak tengok tak?

Frieza: Boleh jugak. Eh, masuklah dulu. Duduk kat beranda ni dulu.

Budak lelaki 3: Haa kak. Ni lah gambar dia. Saya baru je beli komik ni dekat kedai Ah Yap tadi.




Budak lelaki 1: Ni baru page 5. Jap, ada lagi dekat page 12.


Budak lelaki 2: Haa kak frieza. Kat belakang sekali ada close-up, zoom in punya. Jap..


Budak lelaki 3: Eh kak, kitorang haus ni. Takde air ke?

Frieza: Kejap eh. Akak masuk dalam.

15 saat kemudian......

Budak lelaki 2: Kejapnya kak. Airnya mana?

Frieza: Nah, ambil duet raya ni. Balik. Balikkkkkkkkkkkk!!!
____________________________

Inilah wajah Fauziah Raziah Idayu binti Engku Zainal Abidin..


Sama tak?
___________________

Renungan Syawal ke 10.

Monday, 5 September 2011

0-0 (bahagian 12)

bahagian 12




“ Eh, Yusuf ke ni? Ni Pakcik  Hasan lah, ayah Hasnae. Wahh, jadi imam kamu sekarang ye? Sejuk perut ibu kamu. Lepas ini kamu tunggulah sekejap ye? Tengok Hasnae nikah,” terpancar wajah girang Pak Hasan melihat anak gadisnya bakal menamatkan zaman bujangnya.

 “ Insyaallah pakcik,” hampir terduduk Yusuf mendengar Hasnae bernikah pada petang ini. Yusuf mengambil dokumen yang diserahkan Pak Rahim untuk majlis akad nikah pada petang itu. Kini dia mengerti mengapa dia tiba-tiba sedih ketika solat tadi. Dia menguatkan hatinya sambil berselawat ke atas nabi Muhammaad SAW.

          “ Hasnae, abah jumpa Yusuf. Dialah imam asar tadi. Baik budak tu sekarang. Sejuk je mata ni tengok,” tiba-tiba badan Hasnae lemah. Cepat-cepat Salwa menyambut. Nasib baik tiada siapa yang nampak.

 “Wawa, dia kat sini. Patutlah aku macam kenal suara tadi,” Salwa mengelapkan air mata yang mengalir perlahan membasahi pip gebu Hasnae.

“ Hasnae, jangan nangis, rosak make-up. Nanti apa pulak orang kata? Sabar. Kuatkan semangat,” Semua hadirin telah mengambil tempat. Dengan penuh hormat, Yusuf mengambil tempat duduk sambil memegang fail.

 “ Eh, kamu ke tok kadi petang ni?”  Pak Hasan terkejut melihat Yusuf yang segak berpakaian serba putih itu.

 “ Ye pakcik. Imam besar balik kampung. Ada hal. Imam kedua pulak ada kursus. Jadi, sayalah tok kadi petang ni,” terang Yusuf secara ringkas.

Hasnae tidak dapat menahan permata jernih itu daripada terus mengalir. Salwa turut menangis. Dia amat memahami keadaan Hasnae. Melihat lelaki yang amat dicintainya dulu di hadapan mata. Menjadi pengesah untuk satu ikatan suci antara Adam dan Hawa. Tapi dia lebih kasihankan Yusuf. Begitu tabah lelaki itu berhadapan dengan situasi ini. Menjadi tok kadi yang akan menikahkan perempuan yang amat disayanginya untuk lelaki lain. Bermakna dia rela akan perpisahan ini.





bersambung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...