Assalamualaikum.
Kita takkan tahu apa perasaan seseorang itu sehinggalah kita berada di tempat dia.
Kita takkan tahu apa perasaan seseorang itu sehinggalah kita berada di tempat dia.
Pendahuluan yang sangat emosi. Kahkah. Sekarang aku jadi penganggur. Kenapa buah anggur yang dijadikan sandaran? Kenapa tak buah kedondong? Genua'? Cempedak?
Kita cuba. Sekarang aku jadi pengedondong. Sekarang aku jadi penggenua'. Sekarang aku jadi pencempedak.
Sudah. Cukup.
Menganggur bukanlah indah. Tidak sesedap kalau kita menganggur buah (memakan buah anggur). Kini aku rasa kehidupan penganggur yang dikeji dan dicemuh oleh keluarga dan masyarakat. Mak ayah aku tak keji dan cemuh pulak aku. Aku syak ini pengaruh drama Melayu yag suka exaggerate plot sampai menggambarkan Melayu ni bangsa mulut longkang.
Disebabkan aku tidak enjoy hidup menganggur, maka aku buat sesuatu yang buang tabiat. Dan menyalahi tabiat dan prinsip hidup aku.
Prinsip itu adalah: Aku akan menghentakkan tumit kaki aku kat dahi gadis yang main smartphone (tak kisah apa-apa model pun) sampai tak kisah orang sekeliling dan memegang smartphone itu seperti smartphone itu adalah limited edition dan tidak boleh dibeli lagi jika aku campak ke lantai dan memijak-mijak smartphone itu.
Ok.
Itu masih dalam tabiat lagi. Nak jadi cerita, disebabkan kehidupan penganggur yang sangat bosan ini, aku bukan lagi setakat menghentak tumit kaki kat dahi mereka, aku juga telah menujukan lutut dan menaji dahi mereka menggunakan siku aku yang bertulang tajam akibat kekurangan lemak untuk menyaluti tulang-belulangku yang tajam-tajam belaka.
Ini semua imiginasi aku. Imiginasi aku setelah banyak tengok movie action akibat pengangguran tahap agung ketika ini. Berjalan-jalan di tengah kesesakan umat dan kesibukan manusia lalu terserempak dengan golongan gadis yang tak sedar dia memijak di Bumi nyata tetapi minda berada dalam alam maya kerana di tangan mereka ada smartphone.
Kahkahkah.
Aku sebenarnya bukanlah orang yang suka pergi berjalan ke tempat yang sama 2x. Tapi nak jadi cerita, aku dah pergi main salji di tempat yang sama sampai 3x sepanjang tempoh pengangguran aku ketika ini. Memang menyalahi prinsip hidup akulah kekdahnya.
Tempat main salji tu pulak bukannya macam Sijangkang pergi Klang. Tapi jarak dia macam Shah Alam - Ipoh tu. Kalau pergi macam Rosmah Mansor yang cuma duduk dan makan burger Abang Burn je takpe. Ini drive pulak kereta sewa yang sumpah terseksa dan terbayang menunggang kambing gurun adalah jauh lebih seronok.
Disebabkan aku dah pergi 3x ke tempat yang sama, maka cerita untuk setiap kali main salji pastilah berbeza.
Kali pertama aku pergi sumpah best. Kereta sewa pun sedap, salji pun sedap. Senang cerita semua sedaplah. Kahkah.
Kali kedua sumpah nak menyumpah. Dahlah memandu kereta sewa seperti menunggang keldai parkinson, umat manusia pulak sangat ramai sehingga berlaku kemalangan di medan salji. Tak best.
Kali ketiga sumpah sesumpah. Kereta tak teruk tak ok. Biasa-biasa. Salji memang non hado dah la. Kau pergi main salji waktu panas. Takkan nak harap salji macam winter sonata? Dapat salji macam motor jual aiskrim je la jawabnye.
Kepada yang meminta aku post entry pasal percutian korang main salji ni, aku ucapkan, " Padan muka dapat salji macam motor jual aiskrim kepal je. Kahkah. Tapi sumpah best main salji yang dah keras dan tak ramai umat manusia sebab korang boleh meluncur sejauh mata memandang tanpa gangguan dan sekatan yang akan mengakibatkan kemalangan.."
_______________________________
Aku sedang sakit pungkoq. Main salji 3x dalam tempoh yang singkat akan mengakibatkan pungkoq anda sengal-sengal dan sakit-sakit.
Moga-moga pungkoq aku cepat sembuh supaya aku dapat makan bersila dengan selesa.
p/s: Entah sampai bila aku akan tercongok kat sini???
1 comment:
Slamt enjoy penungguan utk hari2 terakhir di sana.
Sbb perbuatan 'menyalahi prinsip' itulah yg comfirm akan dirindui satu hari nnti bila dah blk malaysia 'kekdahnya'.....
Post a Comment