Monday, 14 January 2013

beberapa tips

Assalamualaikum.


Sebagai seorang manusia tipikal yang suka judge (hukum) seseorang dengan kadar 0.001 saat, aku cuba untuk menukar tabiat celaka ini. Maka, aku suka untuk memikirkan sesuatu apabila datang kecelakaan yang merosakkan akal dan fikiran itu.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda aplikasikan jika membran otak anda tiba-tiba mahu judge seseorang tapi anda berusaha bersungguh-sungguh untuk menafikannya.

Situasi 1 ( dalam kenderaan awam di mana ada penumpang yang anda lihat tidak mahu bangun dan memberikan tempat duduk mereka kepada yang lebih memerlukan)

Fikirkan yang.....

1- Seluar atau kain yang tak nak bangun itu berlubang di bahagian belakang yang memerlukan dia duduk bagi menjaga maruah dan kehormatan diri.

2- Dia mengalami cirit-birit yang teruk yang memerlukannya memampatkan punggungnya di kerusi agar tidak tercirit.

3- Dia baru sahaja makan di warung yang tukang masaknya tidak masak kentang dengan sempurna lalu menyebabkan perutnya berangin dan terkentut-kentut. Dia perlu duduk agar kentutnya tidak berbunyi dan bau terus meresap masuk ke dalam kerusi. (Itu pun kalau kerusi kain. Kalau plastik, padan muka)

4- Dia baru sahaja memasuki pertandingan silat yang menyebabkan kakinya tidak mampu berdiri lama.

5- Dia baru habis latihan kawad di sekolah atau universiti yang memerlukannya duduk agar dia tidak terus berkawad di dalam bas atau train jika dia berdiri.

6- Dia merupakan mangsa pick-pocket (penyeluk saku) yang trauma yang mewajibkan dia duduk agar sawan babinya tidak datang jika dia dirompak sekali lagi.

Situasi 2 (seorang yang bercakap bongkak atau seperti bercakap menggunakan kepala lutut)

Bayangkan yang...

1- Dia baru sahaja habis tengok drama Melayu dan menjiwai watak seorang pelakon daripada drama itu. Tipikal Melayu yang mudah terpengaruh dengan drama Erma Fatima atau Kabir Bahtia.

2- Dia ada presentation (pembentangan) dalam kuliah sebentar lagi dan perlu mengambil feel (semangat) agar mendapat markah yang tinggi ketika berdiri di hadapan pensyarah dan rakan-rakan. DL adalah target jangka pendek beliau.

3- Dia sedang diperhatikan oleh spy (perisik) yang memasang microphone tersembunyi di dalam bajunya yang memerlukannya untuk bercakap bongkak atau dia akan ditembak serta-merta jika berhenti berkata seseuatu yang membangangkan fikiran orang yang mendengarnya.

4- Dia seorang pakar motivasi terlatih yang menyamar untuk membuat kaji-selidik tentang reaksi orang ramai apabila berhadapan dengan individu bermulut longkang.

Situasi 3 (sebuah kereta yang meluncur laju di lebuh raya)

Setkan minda anda yang...

1- Dia dah nak terberak atau terkencing. (sangat common dan klise. Takpe, tulis jugak)

2- Bini pertama dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari bercuti di Bandung, Indonesia sedangkan bini kedua yang baru dinikahinya semalam tanpa pengetahun bini pertamanya sedang menunggu kek coklat siap dimasak di dalam oven. Dia perlu membawa keluar bini keduanya secepat yang mungkin sebelum bini pertamanya sampai.

3- Kekasihnya hendak fly ke oversea dan dia perlu mengambil kembali cincin pertunangannya di jari kekasihnya kerana dia bukan seorang yang mampu untuk meneruskan long distance relationship. (pengaruh drama Melayu)

4- Jirannya call bagitahu ada bangla jual carpet sudah sampai di kawasan perumahannya. Dia perlu sampai di rumah sebelum bangla itu sampai di rumahnya agar rumahnya tidak menjadi stor simpanan carpet akibat hobi isterinya yang suka mengumpul carpet.

5- Dia seorang mahasiswa yang telah terlambat untuk menduduki kertas final exam akibat menunggu tandas di rumah sewanya bersama 12 kawannya yang lain.
____________________________________

Cukup untuk setakat ini sahaja dulu. Jika ada permintaan lain untuk situasi lain, aku akan cuba berkongsi dengan anda beberapa tips bagi mengelak tabiat suka menghukum orang sesuka hati ini.

Tips ini hanya pandangan peribadi penulis. Bukan mewakili golongan yang suka cakap orang tu macam tu lah, macam ni lah. 



p/s: bawak-bawaklah tutup mulut tu. kalau bau durian takpe. ini bau dugong.

4 comments:

Anonymous said...

kalau nk judge org 2 xnak balik msia sbb ade kekasih kat sane cmane? =p

-nenekmudo-

Bangla Tambak Johor said...

Hi bro,

salam!!

masih di morocco ker?

terer kecek arab eh?

Teena Tna said...

Bersangka baik @ menyedapkan perasaan..kdg2 rase mcm lbih utk myedapkan hati..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

insanbiasabiasa.blogspot.com

Anonymous said...

Dpt tau owner blog ni dh lama tk update pasai lupa password blog sndri.igt la balik pswd tu bro.tk rindu nk tulis pepanjang lg ke haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...