Saturday 28 November 2009

~pembaharuan~

aku dah tukar link.
aku dah tukar tagline.
aku dah tukar quote.
banyak gak aku dah tukar.

perubahan dan kemajuan menuntut dan memerlukan pengorbanan.

nak buat rel tren atas jalan, sampai sanggup runtuhkan pintu gerbang yang dah berdiri menunjang langit selama lebih 30 tahun. kenapa sanggup robohkan mercu tanda dunia ilmu di Souisi? sebab pintu itu menghalang laluan rel tren itu. satu contoh kemajuan yang dahagakan pengorbanan.

kemajuan pergerakan agama islam hingga tersebar ke seluruh dunia. pengorbanan para sahabat nabi muhammad SAW meninggalkan kaum keluarga yang tercinta demi perubahan gaya hidup daripada jahiliyah kepada islamiyah.

perubahan diri sendiri. pengorbanan yang dah aku ambil dan aku masih merasai kesan itu. demi kemajuan dirinya, aku perlu berkorbankan. tak besar mana pengorbanan itu. tapi cukup untuk aku lihat dia maju dalam kehidupannya kini. alhamdulillah..


jejakasenja,
kamra, eid mubarak sa3id...

Sunday 1 November 2009

kata-kata itu sekadar suatu suara

" walau apapun jadi, kita tetap kawan baik sampai bila-bila"

Tak tau wujud lagi atau tak kebenaran kata-kata atas ni. masa berubah, begitu juga manusia. tiada manusia yang tak berubah. terimalah dengan hati terbuka bahawa manusia berubah seiring dengan masa.

Kata-kata hanya sekadar gelombang bunyi yang singgah di telinga dan diterjemah di otak. itu saja. tak lebih dari tu. dan kata-kata seorang manusia hanya sekadar gerakan lidah yang menghantar bunyi dari peti suara. hilang ditelan zaman.

Manusia akan bertemu manusia lain, dan manusia-manusia yang ditemui sebelum ini mungkin boleh luput dengan penemuan manusia-manusia baru. sila berlapang dada menerima hakikat ini..

Hormati prinsip hidup orang lain. setiap manusia tidak sama. jika orang itu ingin berubah, maka sokonglah mereka. beri bantuan. banyak bentuk bantuan dan sokongan yang boleh dihulurkan. jika bantuan itu agak berat dilakukan, mungkin itulah sebenarnya bantuan yang paling tepat dihulurkan.


kau dan aku sama-sama manusia

Kejadian berlaku hari khamis, 22 oktober 2009.

1:50pm: kelas us. Qorqozan baru tamat. Semua pelajar kelam-kabut ke bilik 36, subjek us. Hasawi.

1:53pm: awal pulak us. Hasawi masuk kelas. Aku pun letak beg dan menuju ke arah us. Hasawi. Maka, terjadilah perbualan berikut.


**************************************

Aku: Maaf ustaz. Saya tak solat zuhur lagi. Boleh saya keluar sebentar?

Hasawi: Kenapa kau tak solat sebelum masuk kelas aku? Sekarang ni masa kelas aku. Aku tak nak ada pelajar keluar.

Aku: Kami baru habis kelas. Terus saya masuk kelas ni. Sebab tu saya tak solat lagi.

Hasawi: Itu masalah kau. Bukan salah aku. Sepatutnya kau keluar awal masa kelas tadi. Bukan keluar masa subjek aku.

Aku: Ustaz yang masuk awal. Sekarang pun belum pukul 2pm.

Hasawi terdiam. Dia melihat ke arah jam stylonya. Lalu beranjak ke belakang.

Hasawi: Baik, sekarang 1:55pm. 5 minit saja masa aku bagi. Kau boleh keluar sekarang.

Aku: Terima kasih ustaz. Saya solat sekarang. (dalam hati aku nak je jawab, "mana cukup ustaz. Subuh 5 minit boleh lah. zuhur habis laju pun 6-7 minit")

2:01pm aku masuk semula ke dalam kelas.

Hasawi: Ingat! Ni kali terakhir aku benarkan. Lepas ni kau mesti keluar awal dari kelas sebelum kelas aku ni.

Aku: Terima kasih ustaz. Saya akan ingat.

(* dialog di atas telah diterjemah menjadi bahasa melayu. dialog asal adalah gabungan bahasa arab fushah dan bahasa arab darjah maghribiyah)

______________________________________________________

Hasawi. Seorang pensyarah yang sangat ditakuti dan digeruni ramai pelajar. Sangat menitik-beratkan kesempurnaan dalam assignment. Tiada seorang pon pelajar arab berani lawan dia.

Hari itu berapa ramai arab tak solat. Hanya kerna takutkan dia. That's not my way. Sejahat-jahat aku pun, aku tak berani tinggalkan solat even aku sendiri tak tahu solat aku diterima atau tak. Semua itu kerja ALLAH. DIA yang tentukan.

Bukan aku nak berlagak dalam blog aku ni. Cuma aku gembira dapat berdebat dengan seorang pensyarah yang pelajar Arab tak berani lawan. Sebab takut kehilangan markah ketika exam, berapa ramai arab berani tak solat?? Nauzubillah...

Us. Hasawi hanya seorang manusia yang memberi anda semua markah. Bukan dia penentu kehidupan anda di alam barzakh. Aku juga manusia. Kau juga manusia. Kita sama-sama hamba ALLAH.

p/s: aku jarang cakap dalam kelas. tapi hari tu aku memang semangat berbalah dengan ustaz sambil disaksikan dak2 arab yang tak solat. nak kene ajar diorang ni. HUH!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...