Kejadian berlaku hari khamis, 22 oktober 2009.
1:50pm: kelas us. Qorqozan baru tamat. Semua pelajar kelam-kabut ke bilik 36, subjek us. Hasawi.
1:53pm: awal pulak us. Hasawi masuk kelas. Aku pun letak beg dan menuju ke arah us. Hasawi. Maka, terjadilah perbualan berikut.
**************************************
Aku: Maaf ustaz. Saya tak solat zuhur lagi. Boleh saya keluar sebentar?
Hasawi: Kenapa kau tak solat sebelum masuk kelas aku? Sekarang ni masa kelas aku. Aku tak nak ada pelajar keluar.
Aku: Kami baru habis kelas. Terus saya masuk kelas ni. Sebab tu saya tak solat lagi.
Hasawi: Itu masalah kau. Bukan salah aku. Sepatutnya kau keluar awal masa kelas tadi. Bukan keluar masa subjek aku.
Aku: Ustaz yang masuk awal. Sekarang pun belum pukul 2pm.
Hasawi terdiam. Dia melihat ke arah jam stylonya. Lalu beranjak ke belakang.
Hasawi: Baik, sekarang 1:55pm. 5 minit saja masa aku bagi. Kau boleh keluar sekarang.
Aku: Terima kasih ustaz. Saya solat sekarang.
(dalam hati aku nak je jawab, "mana cukup ustaz. Subuh 5 minit boleh lah. zuhur habis laju pun 6-7 minit")2:01pm aku masuk semula ke dalam kelas.
Hasawi: Ingat! Ni kali terakhir aku benarkan. Lepas ni kau mesti keluar awal dari kelas sebelum kelas aku ni.
Aku: Terima kasih ustaz. Saya akan ingat.
(* dialog di atas telah diterjemah menjadi bahasa melayu. dialog asal adalah gabungan bahasa arab fushah dan bahasa arab darjah maghribiyah)______________________________________________________
Hasawi. Seorang pensyarah yang sangat ditakuti dan digeruni ramai pelajar. Sangat menitik-beratkan kesempurnaan dalam assignment. Tiada seorang pon pelajar arab berani lawan dia.
Hari itu berapa ramai arab tak solat. Hanya kerna takutkan dia. That's not my way. Sejahat-jahat aku pun, aku tak berani tinggalkan solat even aku sendiri tak tahu solat aku diterima atau tak. Semua itu kerja ALLAH. DIA yang tentukan.
Bukan aku nak berlagak dalam blog aku ni. Cuma aku gembira dapat berdebat dengan seorang pensyarah yang pelajar Arab tak berani lawan. Sebab takut kehilangan markah ketika exam, berapa ramai arab berani tak solat?? Nauzubillah...
Us. Hasawi hanya seorang manusia yang memberi anda semua markah. Bukan dia penentu kehidupan anda di alam barzakh. Aku juga manusia. Kau juga manusia. Kita sama-sama hamba ALLAH.
p/s: aku jarang cakap dalam kelas. tapi hari tu aku memang semangat berbalah dengan ustaz sambil disaksikan dak2 arab yang tak solat. nak kene ajar diorang ni. HUH!!!!