Sunday, 15 January 2012

Tinggi

Assalamualaikum.


Sebagai lelaki yang berketinggian 169cm, semestinya aku merasa rendah. Rendah diri dan juga rendah tubuh badan. Tengok kiri kanan depan belakang ada yang lagi tinggi daripada aku. Aku akan berasa aku ni rendah, itu jika aku jenis manusia yang tak bersyukur dengan nikmat Tuhan. Haha.

Actually aku rasa tinggi aku ni ok je. Aku punya genetik memang daripada baka yang rendang-rendang sahaja. So, why should I expect I can be taller than how tall am I right now? Dalam famili aku yang paling tinggi, untuk setakat aku type entry ini. Sebab aku ada adik lelaki yang masih punya proses pertumbuhan yang aktif. Mungkin dia lebih tinggi daripada aku sekarang, atau masa akan datang.

Aku ada kawan-kawan lelaki yang lebih rendah daripada aku. Walaupun ramai juga yang lebih tinggi daripada aku. Itu aku boleh tahan kira. Aku pun dalam kelas memang lelaki yang paling rendah. Berjalan-jalan dengan mereka memang aku nampak tenggelam.

Dalam kelas aku jenis duduk belakang. Senang nak observe surrounding. Duduk depan kau tak nampak apa yang berlaku kat belakang. Duduk belakang kau boleh tengok semua benda. Oleh itu, aku sangat menentang kenyataan yang mengatakan pelajar yang duduk di belakang adalah pemalas. Sebenarnya kami merupakan orang yang sangat perihatin dengan keadaan sekeliling.

Tapi sebab aku rendah, bila duduk belakang, memang selalulah mendongak untuk tengok muka lecturer. Kenapa aku tak duduk je kat depan? Senang tak payah dongak-dongak? Sebab itulah caranya tak nak mengantuk dalam kelas. Aku tak percaya ramai orang boleh buat. Sebab aku pun duduk belakang sebab nak tidur. Kahkah!!

Aku ada perangai terkutuk sebenarnya. 

Aku kalau tengok ada perempuan macam tinggi, perkara utama yang aku pandang adalah imannya kakinya. Kalau jenis tinggi sebab pakai heels sampai 5 inci, memang aku senyum je lah. Jalan nak megah je kak oi. Kau tinggi pun sebab heels kau tu je.

Tapi memang ada perempuan yang dilahirkan memiliki genetik tinggi. Kawan aku dalam kelas ada seorang wakil bola keranjang universiti. Tinggi aku adalah tahap hidung dia sahaja. Memang tinggi gila minah seorang ni. Sampai kena kutuk dengan kawan lelaki lain sebab tinggi mengalahkan lelaki. Kahkah!

Dia ni bagi aku jenis reti bahasa. Dah tahu dia jenis perempuan tinggi menggalah, dia tak pernah pakai heels. Paling kuat pun dia pakai heels setengah inci. Wedge ke weeg ke apa nama entah. Selalu dia pakai converse je. Dan bertudung. Memang jelmaan Yuna. Cuma dia tak pakai legging. Bagus. Ahaha!

Tapi kalau perempuan tu jenis tinggi tak kurang 178cm, dah tu kau pakai pulak heels sampai 5-7 inches, memang terbaik lah kau kak. Jangan sampai terpeleot dah la. Maklumlah, pusat graviti kau jauh sangat. Dengan heels kau lagi, aku cuma harap kau dapat jalan penuh berhati-hati. Tak payah nak cat-walk sangat. Kau bukan jalan atas pentas Project Runaway.
__________________________________

Tinggi aku lepas untuk menjadi seorang askar wataniah. So, tinggi aku ni kira normallah. Syukur alhamdulillah. Memang patut pun bersyukur sebab ramai lagi golongan yang bantut yang mereka gembira sahaja dengan diri mereka. 

Can't we at least say 'Alhamdulillah' for who we are right now?


p/s: 'don't have to be taller to be macho, just be happy with your body, that's actually makes you look smart.' Ada dalam sms aku. Aku ubah sikit. Haha!

p/s: One happy family at KLIA.


Dari kiri: adik lelaki, ayah, aku, emak, adik perempuan.

4 comments:

saffiya_aleesya @ echa said...

bila baca entri ko mesti aku tergelak..ada je ayat2 ko yg kelakar..standard laa tinggi orang asia..kang tinggi terlebih payah plak nak cari wife..kang dapat wife had pinggang nampak pelik laa plak..jadi biar laa sedang2 aje..tak tinggi sangat tak rendah sangat..

saffiya_aleesya @ echa said...

comeiii laa muka adik perempuan ko..suka tengok..lembut jer!!!

jejaka senja (admin) said...

abang dia kasar. ahaha!

Unknown said...

mmg tinggi ko lepas nk masuk askar, tp awal2 kena reject sbb ko pakai spekk.. (sme cam aku dulu interview polis xlpas kes mata)aku 165cm je.. kahkahkah! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...