Friday, 2 December 2011

Sesi bahasa yang mengarut

Assalamualaikum.



Sebagai pemilik laptop yang mempunyai perhubungan internet yang tidak terhad, mengemas kini status di fesbuk menjadi aktiviti harian aku mungkin. Dah beribu-ribu status aku tulis di fesbuk mungkin. Kebanyakan status aku berbaur lucah  jiwang. Ada juga yang berbaur politik, semangat kesukanan, dan tidak kurang juga merepek tahap jin mabuk minum air Sungai Klang.

Apabila status aku yang berbaur jiwang itu muncul di wall fesbuk, maka ramailah yang mengatakan aku ini seorang yang jiwang. Aku biarkan sahaja. Lantak kau lah. Tapi jangan cakap atau percaya yang aku jiwang sebab hati aku sudah dimiliki. Aku belum berpunya. Jangan jatuhkan saham aku.

Aku seorang yang suka bermain dengan kata-kata dan aku gemar susun kata-kata sehingga ada 'roh' dalam status aku itu, walaupun sebenarnya bukan roh apa pun. Roh askar Jepun yang mati disimbah kuah senggang panas mungkin. Itu gambaran untuk roh yang agak kucar-kacir yang terkandung dalam kata-kata yang aku susun atau aku main.

Menulis secara terus atau direct itu bagi aku satu benda yang mudah seperti mana laras bahasa yang aku pakai ketika menulis entri ini. Jika aku menulis menggunakan laras bahasa yang tidak berlapis, maksudnya akan sampai begitu sahaja.

Ya, mungkin ada yang menganggap apa kejadah aku merepek ini. Sama juga kalau aku mendengar chef-cher bercerita tentang teknik masakan. Bagi aku kenapa tak campak saja semua bahan dalam periuk. Kacau-kacau kemudian siap. Atau gadis-gadis yang bercerita soal bedak asas mana yang sesuai untuk disapu pada pipi. Kenapa tak pakai saja bedak Carrie Junior perisa blueberry macam aku?

Itu sebagai contoh.

Aku seorang yang suka berlapis dalam penulisan. Tidak pada percakapan. Kerana aku bercakap selalu tiada tapisan apatah lagi lapisan. Air liur tidak bertapis dan kata-kata yang tidak berlapis. Sebab aku cakap jarang lapik mulut dengan tisu. Oleh itu, boleh nampak kesan air liur yang bersembur dari lidah aku secara jelas.

Tetapi penulisan yang berlapis boleh membawa seribu interpretasi. Interpretasi itu yang akan menentukan pemikiran seseorang itu bagaimana. Bagaimana cara orang itu memahami kata-kata berlapis ini. Aku yakin dan sangat pasti, setiap orang ada interpretasi sendiri.

Aku bagi contoh:

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Biar bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Ku bukan milikmu.

- Yuna, Penakut - masuk AJL 26-

Ayat di atas sangat terus. Tak perlu nak fikir banyak. Ayat ini tidak berlapis namun rohnya adalah sangat deep.

Hurm, tak best. Kita cuba versi English pula.

I only pray you never leave me behind

Because good music can be so hard to find
I take your head and hold it closer to mine
Thought love was dead, but now you're changing my mind

-stereo heart-

Baris kedua itu ada lapisannya yang tersendiri. Metafora yang sangat cantik bagi aku. Baris pertama, ketiga, dan keempat hanya sebagai pembayang, bukan pemaksud. Sebab pemaksudnya ada pada baris kedua. Dan interpretasi anda yang akan memberi maksud untuk ayat itu.

Kawan aku sebagai seorang pengkaji bidang retorik pernah cakap lagu ini mempunyai metafora yang sangat unik. Aku setuju. Sebab aku nilai lagu ini melalui interpretasi orang terhadap lagu ini.

Cuba pula ayat atau lirik di bawah:

My heart's a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note
Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

Nampak seperti direct atau terus sahaja ayat di atas tapi masih ada lapisan. Lapisan yang tak begitu dalam namun metafora yang unik. 

Ya, aku setuju dengan kawan aku itu.
___________________________

Entah apahal aku meracau pasal ni pun aku tak tahu. Tapi lagu ini memang best tahap puaka. Aku suka gila lagu ini.


p/s: Aku dah mula layan lagu English. Antara puncanya adalah adik aku. Dan housemates aku. Dan punca lagu stereo heart. Dan siapa-siapa lagi.

1 comment:

ab rahim zainudin said...

As a linguistic student that study tahlil kitab, dalalah, semiotic etc, we believe that ppl act and write things for reasons. And we're not judging u for no reason too. huhuh, or when we are joking around, you are the one who take it seriously.

Sometimes less is more.

Yang penting skang ni kena cari punca lagu stereo heart tu (sbb dah 4 kali kot lagu ni dijadikan entri, again dalalah..)

just my 2 cents.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...