Assalamualaikum.
Petang itu aku menggelupur. Aku baru perasan kontrak rumah sewa aku tak buat lagi padahal kad pengenalan aku dah nak mampus tarikh luputnya. Berbekalkan sisa minyak daripada jemput-jemput bawang di tepi bibir, aku melangkah menuju ke rumah tuan rumah aku.
Jarak rumah aku dengan tuan rumah aku itu hanyalah dua kali nafas sahaja sebab tuan rumah aku tu duduk di tingkat atas. ِAku tekan loceng tuan rumah.
Ting tong!
Tuan rumah aku turun. Pintu dibuka perlahan. Tuan rumah aku pun tengah makan rupanya. Ada sisa makanan dekat hidungnya. Lagi lapar daripada aku rupanya.
Aku memalingkan mukaku daripada melihat mukanya. Ada pantulan cahaya matahari dari kepalanya. Jenis agak botak di bahagian depan. Campur peluh sikit. Petang tu pulak matahari bongkak memancarkan cahayanya. Mana tak silau?
Lepas bincang lebih kurang, dia minta nombor telefon aku. Katanya senang nak setting masa untuk settlekan kontrak ruma sewa. Aku pun layankan je. Arab ni kalau merancang kadang jadi, kadang tak. Kalau jadi tu jadi lain. Kalau tak jadi tu, jadi lain jugak. Kau faham tak apa aku type ni?
Dia terus miscall aku.
Oh, lupa nak bagitahu. Tuan rumah aku ni nama dia Mustafa. Tapi aku panggil Stupa, kira macam pakcik bernama Mustafa yang datang dari Terengganu.
Aku tunjuk henpon aku kat dia. Konon-konon nak confirmation lah betullah tu nombor dia.
" Stupa is calling...."
Ah sudah. Aku tengok muka dia dah lain. Macam mana aku boleh lupa aku dah save nombor dia.
Dia cancel call. Dia call kali kedua.
" Stupa is calling..."
Dia punya muka macam muka Rosmah tak dapat beli cincin tikam sebab dah biasa pakai cincin erm... Abaikan perumpamaan itu. Muka dia jadi lain.
"Stupa tu apa? Nama aku Mustafa.." dia dah naik suara.
"Kau tahu tak apa makna Stupa ni?" aku beralih kedudukan agar mata aku tak silau,
Dia diam tak membalas.
" Stupa adalah singkatan untuk Satu Papa. Di mana, ikut budaya kami orang Malaysia, bila kita memanggil seseorang itu dimulakan dengan nombor satu, itu satu penghormatan tertinggi. Papa? Itu adalah panggilan untuk seorang ayah. Macam kamu, kamu panggil ayah dengan panggilan Baba.."
Nafas aku dah habis. Aku ambil nafas kedua.
" Jadi maksud Stupa di sini adalah kami anggap kamu seorang ayah yang amat kami sayangi. Sebab tu aku letak nombor satu. Ayah nombor satu. Papa nombor satu. Satu Papa = Stupa.."
Tiba-tiba dia pegang dahi aku lalu mengucup bertubi-tubi. Sisa makanan di hidungnya berpindah ke rambut aku pula.
Dia senyum dan berkata, " Aku sayang anak-anak Malaysia.."
______________________________
Ketika itu aku sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri kita kerana memperkenalkan slogan Satu Malaysia. Memang boleh diaplikasikan untuk apa jua situasi.
Macam mana aku boleh goreng tuan rumah aku, macam tu lah agaknya kot pencadang slogan itu goreng orang lain.
Lantak kau lah. Janji kontrak rumah aku dah siap.
p/s: Mustafa itu nama atuk aku. Tapi aku tak terpikir pulak nak panggil Stupa. Mampus nak kena terajang?
1 comment:
mustafa dah sayang korang betul ni. for sure lah dapat cous-cous setiap hari jumaat kan..hehe
Post a Comment