Friday, 2 December 2011

Malu

Assalamualaikum.


Aku memang seorang yang sangat pemalu sebenarnya. Kalau siapa-siapa yang betul-betul kenal aku, mereka akan tahu betapa aku bukan lelaki Melayu yang sejati. Lelaki Melayu sejati tidak malu seperti aku. Lelaki Melayu sejati tidak memiliki tahap malu yang begitu teruk seperti aku.

Aku bukanlah seorang yang sopan budi pekertinya walaupun tahap malu aku adakala melebihi paras malunya gadis Melayu Terakhir. Dengan gaya pemanduan yang amat syaitan sekali, perasaan malu aku tidak juga berkurang, malah boleh jadi meningkat berkadar langsung dengan kelajuan kereta yang taraf sultan iblis itu.

Walaupun aku pernah cuba menyembunyikan perasaan malu itu, rasa amat janggal ataupun very awkward sebenarnya. Pura-pura tak rasa malu, tapi hati berdegup macam nak meletup. Cover-cover pun muka obvious gila malu.

Luaran mungkin aku kelihatan sama sahaja seperti lelaki Melayu lain yang makan pisang goreng panas, ataupun tak basuh tangan lepas makan selama 1jam. Namun ada satu sisi yang menyebabkan aku tak berapa jadi jejaka Melayu sejati.

Malu. Aku tak tahu macam mana nak handle malu ini. Dah besar muka macam pakcik-pakcik pun malu lagi. Tengok budak-budak yang tak malu, aku pulak yang jadi malu. Malu. Malu. Malu.

Aku nak sangat jadi macam biasa tanpa rasa malu. Tapi aku tahu. Malu aku ini bukan sengaja aku buat-buat. Sebab aku hanya malu untuk cakap perkara yang aku simpan sendiri.

Aku malu nak cakap yang, erm...

Alah, malulah nak cakap.
_______________________

Menyampah pulak aku baca entri aku sendiri ni. Kalau kau pun menyampah, boleh bayangkan wajah aku dan lempang dengan tapak tangan yang dicuci sabun Dettol.


p/s: Kalau tak tahu muka aku macam mana, boleh rujuk sini. -----> wajah aku yang ingin dilempang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...