Thursday, 22 December 2011

Ketika malam itu (part 1)

Assalamualaikum.


2005 @ Sambestari

Malam itu aku lapar gila. Perut aku berbunyi tak agak-agak. Padahal aku dah beratur tambah nasi 2x ketika makan petang. Kenapa aku cerita aku beratur ambil nasi? Sebab nak cerita aku ini senior yang baik, yang tak potong line ketika ambil makanan di dewan makan. Baikkan aku? 

Aku nak study malam tu memang tak tenang langsung. Prep malam campur kelas lelaki dan perempuan. Nak pergi kantin memang tak lah. Sepanjang aku belajar kat sekolah, kantin adalah tempat yang aku jejaki hanya ketika hujung minggu sahaja. Itu pun sebab famili aku datang lawat. Aku tak reti makan dekat kantin. Tak tahu kenapa.

Nak cover bunyi perut memang tak boleh cover dah.

Kreuk! Kreuk! Kurrr!

Kawan sebelah aku memang dah tidur. Ada tanda sujud di dahinya. Dia memang rajin solat sunat pun. Dia juga rajin tidur. Aku bangun dan keluar dari kelas. Dari kelas aku di tingkat 4, memang boleh nampak Genting Highland jika langit malam cerah dan tidak berawan. Aku diri tegak dan tumbuk perut sendiri sekuat mungkin.

Gedebuk!

Kreuk! Kreuk!

Cis, bunyi lagi.

Gedebuk! Pelepow! Aku tambah lagi tumbukan.

.........................

Bagus, alhamdulillah. Bunyi perut dah tiada.

Elok aku tengok jam, tepat jam 10:15pm. Patutlah perut aku meragam lain macam. Kasihan perut aku sebab aku tumbuk dia bertubi-tubi. Maafkan aku perut.

Aku berlari-lari riang menuju ke dewan makan. Aku lalu belakang blok A dan bersebelahan dengan tong sampah. Memang bau tahi cirit daripada kuda alzheimer. Kepala aku berpusing-pusing tiada hentinya. Pening gila bau sampah.

Latar belakang yang gelap dan sunyi menjadi tema malam yang pekat itu. Bunyi cengkerik bersahut-sahut semakin perlahan. Suasana sepi dan gelam itu tiba-tiba bertukar meriah. Aku seolah-olah terdengar suara  dan bunyi daripada alam sebelah sana.  Seakan-akan hijab pendengaran aku telah terbuka.

Aku memaling ke arah suara misteri itu.



bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...