Hidup ini betul-betul macam roda. Tak kisahlah roda apa pun.
Kadang-kala kita di bawah.
Di atas.
Pecah. Pancit. Bocor. Tercabut. Patah rim.
Semua itu perjalanan hidup. Tika ini hidup aku mungkin sedang pancit. Belum nak bocor sampai kempis. Itu pun kalau aku berusaha nak pam semula hidup aku. Kalau aku biar pancit, sampai masa boleh pecah getah dan patah rim.
Roda itu bukan sekadar roda. Ada break yang akan kawal pergerakan hidup kita. Mungkin kita terlalu laju bergerak sampai hampir langgar sesuatu. Break itu yang jadi penyelamat. Lambat laun break itu akan haus dan tak mampu nak kawal pergerakan hidup kita.
Tika itu kalau tak ganti dengan break baru, boleh jadi aku akan langgar apa saja tanpa aku kisah, hingga sampai saat aku jatuh akibat kelajuan hidup yang tidak terkawal. Jika luka masih boleh sembuh. Kalau mati?
Roda juga ada rantai. Tanpa rantai, mana mampu roda bergerak bukan? Rantai karat tak berminyak, lama-lama roda tak boleh bergerak. Rantai ini penggerak roda. Kita perlu minyakkan roda sentiasa agar melancarkan pergerakan roda.
Roda mahal umpama roda basikal fixie sekalipun, tanpa rantai, apalah nilai pada basikal fixie bukan? Kau beli tayar warna magenta sekalipun, tanpa rantai yang kotor berminyak itu, fixie itu umpama fish fillet sahaja lagaknya.
Roda itu berkait dengan rantai dan break.
Hidup ini berkait dengan pegangan dan peringatan.
___________________________
Aku suka sebut slow-slow kayuh. Sebab senang nak break. Laju sangat takut terlepas simpang.
Bila di bawah, kau akan mengaduh dan mengenang nasib ketika kau di atas. Bila di atas, kau lupa kau pernah berada di bawah sehingga terjatuh semula ke bawah.
Bila di bawah, kau akan mengaduh dan mengenang nasib ketika kau di atas. Bila di atas, kau lupa kau pernah berada di bawah sehingga terjatuh semula ke bawah.
p/s: Basikal yang aku selalu naik dah rosak. Sekarang kena jalan kaki. Makin senang lapar musim sejuk ini.
2 comments:
basikal warna kuning ke? =D
takde basikal kuning. ada kaler magenta dan purple je. kaler magenta da hilang, tinggal purple je.
Post a Comment