Saturday, 19 November 2011

Jerawat

Assalamualaikum.

Dulu masa aku sekolah menengah, aku diserang jerawat yang sangat teruk. Jerawat itu muncul dengan rakusnya di bahagian pipi kanan dan kiri. Sampai orang panggil aku traffic light merah bergerak. Dari jauh pun dah nampak warna pipi aku merah masa berjalan.

Merah bukan sebab blusher. Nope. Tapi merah sebab jerawat lah.

Bagi nak sedapkan hati yang tak berapa sedap, aku peganglah kata-kata yang agak bangang juga bila aku ingat balik, " Lelaki tanpa jerawat ibarat bola tanpa angin..".

Kalau tengok balik gambar-gambar aku masa sekolah menengah, macam ada guli merah atau gula-gula smarties warna merah melekat kat pipi aku. Padahal itu jerawat. Jerawat yang buat hati jadi gawat dan muka kelihatan ketat.

Jerawat ini agak hilang ketika aku melangkah ke tingkatan tiga. Aku mendapat kertas kecil yang diselitkan di dalam buku sejarah. Bukan sebab aku rajin baca buku sejarah. Tidak. Salah. Nehi. Tapi mungkin pengirim nota itu nampak bahawa aku selalu jadikan buku sejarah sebagai bantal di atas meja untuk tidur.
*(Buku sejarah adalah buku yang tertebal ketika itu)

Aku telah terpengaruh dengan ajaran sesat lagi menyesatkan bahawa jika tidur di atas buku, segala input akan masuk melalui helaan nafas yang disedut ketika tidur. Aku lupa yang nafas itu melibatkan proses sedut dan hembus. Banyak mana kau sedut, banyak tu lah kau hembus. At last, satu apa pun tak lekat dalam kepala.

Oh, nota itu berbunyi, " Jerawat kat pipi kau dah makin hilang. Tahniah. Tambah dengan spec frameless, kau nampak lebih educated.."

Ya, selama aku berjerawat, aku memang kelihatan seperti pelajar kelas pemulihan akhlak. Bangang lagi membangangkan. Masa jerawat, aku tak pakai spec. Elok lepas jerawat aku makin elok, which is aku sendiri pun tak perasan, tiba-tiba aku kena pakai spec.

Masa aku berjerawat teruk dan tak pakai spec, takde pun apa-apa nota bagi kat aku cadangkan produk kecantikan ke bagai. Dah kacak baru nak bagi note?

_________________________________

Muka aku memang ketat. Dulu, kini dan selamanya (mungkin).

Bukan seorang dua yang kata nak lempang muka aku, bukan juga 20 atau 30. Tapi lebih 100.

Muka aku memang muka minta tapak. Apa-apa tapak pun boleh.



p/s:Muka aku sekarang ada parut jerawat. Dan aku bukan kategori lelaki kacak. Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...