Tahun 2010 @ Rabat
Musim sejuk
Minggu itu sejuk makin mencengkam. Kepala rasa beku menyebabkan proses berfikir menjadi sangat lembab. Nak kira satu campur satu pun boleh salah. Aku berjalan laju bagi memanaskan badan. Ustazah ini punya gaya, sesiapa yang masuk selepas dia masuk, masuklah kau ke neraka.
Kelas dia bermula pada pukul 11am. Aku telah mengharungi tempoh kelas yang saangat panjang pada hari itu.
8-9:30: Kelas Saraf.
9.30-11: Kelas Arud qafiah
11-12:30: Kelas Sastera.
Selepas 3 jam mengharungi suhu yang sangat sejuk, tepat jam 11am, proses perkumuhan berlaku. Aku terpaksa menunggu ustazah itu masuk terlebih dahulu sebelum meminta izin untuk keluar.
Ya! Dia datang, dengan lenggang-lenggoknya.
Sebelum dia melangkah masuk, aku terus minta izin. Bagi dia cam muka aku betul-betul, aku setting muka paling suci agar dia benarkan aku ke tandas.
Permission accepted.
Minggu depannya...
Disebabkan kesejukan yang amat membekukan, aku menghidap selsema yang agak kronik. Dia punya kronik sampai lubang hidung aku bukan warna hitam. Malah menjadi warna hijau daun pokok pisang. Hingus penuh.
Aku tunggu dia lagi.
Buat proses yang sama dengan minggu lepas.
Mungkin anginnya tak betul, mungkin gaduh dengan suami, mungkin anaknya pecahkan pinggan kesayangannya, mungkin kucingnya koyakkan langsir idamannya, sekali dia sound setepek kata aku,
" KAU MEMANG TAK SUKA AKU MENGAJAR KAU KE? AKU MASUK JE, KAU KELUAR. AKU MASUK JE, KAU KELUAR.."
Disebabkan kepala aku dah pening akibat hingus yang sangat penuh di dalam hidung, ditambah lagi dengan jerkahan mengejut, aku mengambil tindakan drastik.
Aku rapatkan muka aku dekat muka ustazah itu dan aku angkat hidung aku betul-betul depan mata ustazah tu. Hingus yang menghijau indah itu betul-betul tunggu masa nak menitis atas kelopak mata ustazah tu.
Don't have to say anything. Just show your nose and your got the permission.
_____________________________
Aku memang tak boleh orang marah aku tak pasal-pasal.
Nasib baik ustazah tu rendah sahaja. Ngan-ngam aku tadah hidung aku depan mata dia.
Orang hormat kita, kita hormat orang. Simple.
p/s: Aku masuk kelas penuh bergaya sebab ustazah kenyit mata sahaja suruh aku masuk.

2 comments:
Ganas. =.="
Tak cukup ganas. Tengok dulu ustazah tu baru tahu siapa lebih ganas.
Post a Comment