Tuesday, 22 November 2011

Batu

Assalamualaikum.

Apabila diasak atau diprovok, aku cuba untuk respons namun gagal. Kegagalan aku untuk respons terhadap provokasi menyebabkan provokasi itu datang berulang-ulang. Satu kali aku diprovok, satu kali aku tak respons. Dua kali diprovok, aku masih seperti itu.

Dan selama aku menulis blog ini, entah berapa kali aku diprovok pun aku tak tahu. Mungkin bukan provokasi, aku sahaja yang beranggapan demikian. Ataupun betul itu provokasi, tapi sebab aku tak respons, maka, begitulah seterusnya.

Diprovok. Dan diprovok. Dan diprovok.

Sebetulnya aku masih trauma dengan kisah silam aku. Bagaimana tatkala aku membalas respons terhadap provokasi aku suatu ketika dulu. Darah panas memang mengalir dalam badan aku. Begitu mudah aku menumbuk orang. Dulu. Dulu.

Lidah yang tak bertulang ini. Dekat dengan otak, jauh dengan hati. Apa yang terlintas, aku sembur tanpa fikir orang. Ya! Masih begitu sekarang ini. Cuma aku dapat rasa dah kurang menyembur seperti dulu. Sebab aku dapat rasa degupan jantung aku berdegup kencang dan padu ketika menahan lidah daripada menyembur seperti dulu.

Aku cuma berharap, aku boleh kekal sebegini. Maksud aku, kekal tanpa respons. Datanglah sejuta provokasi sekalipun, aku doa aku masih diam membisu. Menutup mulut dan hati. Aku takut. Aku cuak. Bayangan kisah silam itu tak pernah luput.

Namun, jika sampai satu masa, aku merespons terhadap provokasi yang menjelma, aku harap aku hanya akan bersin sahaja. Itu sahaja aku mahu. Bersin sekuat hati.
____________________________

 Bila bertubi-tubi datang, aku hanya berdiam-diam membatu.

Datanglah lagi, aku masih boleh membatu. Membatu. Dan membatu.

Sebab aku adalah batu. Batu yang terhakis dengan derasnya air, batu yang pecah dengan kuatnya hentakan, dan batu yang mampat dengan padatnya tanah.


p/s: Bersin aku pernah didengari sejauh 50m.

3 comments:

Paan said...

Bersin kat Biruni, kat Khaldun pn ble dgr.

jejaka senja said...

Tu dekat lagi. Tak cukup jauh. haha.

sabun said...

bersintu wat aku kagum.jauh tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...