Selamat Hari Bapa!
Aku pun tak pasti betul atau tidak. Tengok status facebook, macam ada macam tak. Baca entri sesetengah blogger, ada yang highlight, ada yang offlight.
Golongan lelaki memang cool. Makin senja makin cool. Makin lama makin cool. Makin tua makin cool.
Hari Ibu punyalah meriah macam Rosmah datang cuci tandas Tadika Kemas. Kau tunggulah highlight media macam mana kalau Bik Mama tu singsing lengan baju, buka gelang emas yang sampai ke siku tu semata-mata nak sental kesan najis di pinggiran jamban.
Itulah gambarannya apabila tiba Hari Ibu.
Gambaran Hari Bapa?
.............(sila isi apa yang anda mahu).............
Tak kisah. Kalau betul baru-baru ini adalah Hari Bapa, maka sudah semestinya entri ini khas untuk ayah aku.
Masa kecil dulu aku memang kuat memberontak. Serius banyak tak puas hati dengan ayah aku. Memang aku tak paham apa rasionalnya ayah aku buat begitu, buat begini. Banyak benda bodoh bebal serta bangang yang aku buat dari aku kecil sampai aku darjah 6. Naik tingkatan1 dah kurang bodoh.
Aku pernah lari dari rumah. (lari pergi menyorok dalam gelongsor belakang rumah. Gelongsor hancing. Tempat budak lelaki kencing masa main bola. Celaka)
Aku pernah buka pintu kereta masih kereta sedang bergerak laju.
Aku pernah mogok tak makan.
Aku pernah kuncikan diri dalam bilik selama 1 jam. (cukup lama dah tu masa kecil. Gila apa duduk lama-lama dalam bilik? Aku nak tengok kartun macam mana?)
Benda-benda bodoh ni aku buat sebab marah dengan ayah aku. Dulu. Masa kecil.
Sekarang aku dah mengerti. Pada usia 22 tahun, aku dah mula faham kenapa ayah aku buat begitu terhadap aku. Aku akan tersenyum seorang diri kalau ada kejadian yang aku rasa ayah aku pernah buat dulu.
Dulu aku tak puas hati kenapa ayah aku tak tutup je lampu bilik kalau aku tak tutup.
Aku tak puas hati kenapa ayah aku suruh duduk diam dekat rumah orang.
Aku tak puas hati kenapa ayah aku tak basuhkan je pinggan aku lepas makan.
Aku tak puas hati kenapa ayah aku bising kalau baju sekolah aku dah hitam walaupun baru hari Isnin.
Aku tak puas hati kenapa ayah aku tak susunkan je kasut aku atas rak.
Aku tak puas hati kenapa ayah aku tak angkatkan saja baju kat ampaian kalau dah tahu kering.
Dah. Nak senaraikan memang banyak lagi benda aku tak puas hati masa kecil.
Sekarang?
Aku rasa bodoh buat benda-benda bodoh tu masa kecil.
Sebab sekarang benda-benda ini lah yang aku akan bising kalau nampak depan mata. Aku ulang semua apa yang ayah buat dulu. Ayah ajar aku secara halus tentang apa itu tanggungjawab.
Terima kasih ayah.
_______________________________
Ayah lebih putih daripada aku |
p/s: Ada satu benda dari kecil sampai sekarang aku masih buat. Katil aku tak pernah kelihatan seperti katil. Lebih kepada tapak jualan pakain bundle.
p/s2: Mungkin sebab ayah jauh. Katil aku pun jauh dari bilik ayah. Tak kena marah. >=)
2 comments:
selamat hari bapa pada azim in the future..tp kalu nak jadi bapa, mesti kena ada ibunya dulu...spa dia agak2nya yek?
huhuhu. belum jumpa lagi ustaz. belajar pon tak habis lagi ni.
ustaz memang idola saya. saya nak ikut jejak langkah ustaz. masa bujang hanya sekali. gunakanlah semaksimum mungkin. ehehe.
Post a Comment