Friday, 17 June 2011

Tabung masjid

Assalamualaikum.


Tahun 2007.

Hari itu hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari ini penting bagi aku. Hari Jumaat tiba, maka aku boleh mandi sunat Jumaat. Ini sajalah alasan yang paling kukuh untuk aku mandi. Bagi insan yang menghidapi sindrom malas mandi seperti aku, hari Jumaat adalah sangat baik. Tiada hari Jumaat, mungkin aku terlupa atau takkan mandi. Melainkan mandi wajib.

Lepas mandi sunat dalam tempoh tiga minit, aku pun bersiap ke masjid. Lepas SPM memang semangat pakai serban aku tebal lagi. Pukul 1:30pm azan, 1:20pm aku baru seterika. Punyalah semangat nak cerita. Lepas tertumpah minyak atar sampai suku botol, bau badan aku serupa syeikh Pakistan. Radius bau minyak atar itu adalah seluas 33 langkah.

Aku sampai masjid sebelum azan. Masa dalam masjid, cari port bawah kipas, depan aircond. Memang nyaman. Panas di luar masjid boleh aku lupakan sebentar. Lepas solat sunat tahiyatul masjid, aku terus lelap.

Nyiiing. Nyik. Nyot nyet...

Tabung masjid lalu depan aku. Sudah. Aku sesen pun tak bawak. Segan juga aku tak derma.

Dalam keadaan lelap, aku buat-buat tersentak dari tidur. Tangan aku seolah-olah tertolak tabung itu ke orang sebelah kanan aku. Siap dengan kaki aku tolak sikit sebab tabung tak berapa nak sampai ke orang sebelah.

Tabung itu tak bergerak. Lama.

Aku toleh orang sebelah kanan aku.

Aku rasa memang nak berdiri tegak nak bagi tabik hormat kepada lelaki sebelah kanan aku. Kalau boleh, aku nak tanggalkan sekali serban dan sarungkan ke kepalanya
________________________

Muka lelaki tu suci. Tambah murni apabila melihat cahaya yang terpancar daripada wajahnya kesan wudhuk yang sempurna. Lagi bertambah suci murni apabila muka dia tepat menghadap tabung tapi mata terpejam. Lagi tambah-tambah sesuci lebaran bila dia tongkat dagu.

Ini macam..

Comel tak saya?


p/s: Itu gambar Gus Dur. Aku tak berniat nak mengutuk allahyarham. Sekadar gambar simbolik.

p/s2: Tadi solat jumaat memang layan. Bau badan Arab ada ala-ala kari hangit. Perit gak hidung nak tapis. Menyesal potong bulu hidung. Takde filter.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...