Saturday, 25 June 2011

0-0 (bahagian 3)

Ada permintaan untuk aku panjangkan sedikit cerpen. Maka, aku penuhi permintaan itu.

0-0 (bahagian 3)


Hasnae hendak membaling batu ke arah Yusuf tapi segera ditegah Salwa. Salwa memimpin Hasnae berkumpul bersama pelajar-pelajar lain. “Nama abang Zarif tapi panggil Bro.Zaf je. Abang sorang je kali ni sebab kawan abang kahwin hari ni. Tak dapat temankan kita semua. Jadi, abang nak korang berpecah kepada kumpulan. 1 kumpulan 8 orang. Cikgu tolong saya tetapkan kumpulan. Saya tak kenal sangat budak-budak ni. Kenal Sop je. Cikgu letak dia satu kumpulan dengan saya boleh?” Yusuf terus berdiri sebelah Bro.Zaf sambil bergurau-senda. 

“ Hasnae, kamu sekali dengan Bro.Zaf. Senang sikit kamu nak daki gunung tu. Salwa, kamu tolong Hasnae tau?” Cikgu Latifah terus menetapkan kumpulan untuk pelajar-pelajarnya. Walaupun geram dan tak bersetuju dengan cadangan cikgunya, Hasnae diamkan sahaja memandangkan keadaannya yang tak berapa sihat.

“Sop, kau tolong aku pimpin budak pompuan tu. Aku kene lead dari depan la. Tak dapat nak bawak dia. Nanti tak bergerak pulak ekspidisi ni. Syafiq ni pun satu. Masa nila nak kahwin. Dahlah tak jemput aku. Melepas aku nak makan free. Nasib baik korang ni cantik-cantik semua,” sambil memimpin kumpulan itu, Bro.Zaf melihat-melihat kumpulan yang lain. Yusuf dengan malasnya membantu Hasnae yang agak pucat wajahnya itu . Salwa telah keletihan memimpin Hasnae memandangkan badannya lebih kecil daripada Hasnae. Tak berdaya lagi Salwa hendak membantu rakan baiknya itu.

“ Sop, aku tak nak kau. Aku lagi rela monyet kat atas pokok tu bawak aku daripada kau. Dahla busuk bau peluh, nanti kau kentut lagi habis pengsan aku. Siapa nak angkat aku kalau aku pengsan?” Puas hati Hasnae menghamburkan dendam-kesumat yang membuku sejak turun bas tadi.

 “ Akulah yang angkat kau kalau pengsan. Siapa lagi? Bro.Zaf pun dah amanahkan aku jaga kau,” Yusuf mengangkat tangan sambil tersengih memandang musuh ketatnya itu. Hasnae mengambil sebatang kayu dan menghayun ke arah mukaYusuf. Dengan langkah silat yang tersemat di dada, Yusuf mengelak dan merampas kayu dari tangan Hasnae.

“ Woi, kau nak bunuh aku ke ha? Nak aku mati kat hutan ni? Kalau pukul perut takpe lagi. Kalau kau hentak muka aku, aku tak mati, habislah kekacakan aku ni.Haha…,” Yusuf membaling jauh-jauh kayu itu. Hasnae terkejut dengan tindakannya sebentar tadi. Dia ingin meminta maaf tapi mulutnya terkunci dek egonya dan kebenciannya yang membara terhadap lelaki mulut lepas itu .

Salwa melihat dari jauh sambil menggeleng kepala Yusuf berlalu mengejar kumpulannya. Hasnae menjerit tiba-tiba. Dia berlari ke arah Yusuf dan memeluknya dari belakang. Seekor monyet sedang berpaut di bahunya. Yusuf segera menarik Hasnae ke dalam dakapannya dan menolak monyet itu jatuh ke tanah. Monyet itu bergelut dengan Yusuf. Berdarah-darah muka Yusuf dicakar monyet itu. Yusuf menendang monyet itu hingga monyet itu jatuh ke dalam gaung. Bro.Zaf terus mendapatkan mereka berdua. Semua pelajar berlari ke arah mereka. Hasnae diam seribu bahasa. Dia tergamam melihat Yusuf yang berlumuran darah di mukanya akibat cakaran monyet tadi. Cikgu Latifah meminta para pelajarnya bertenang.

 “OK semua. Lepas ni jangan ada sorang pun berpecah dari kumpulan. Tengok apa dah jadi? Jangan terpisah. Faham?” Bro.Zaf tegas kali ini. Berlainan wataknya sebelum ekspidisi bermula.

“ Ala, dah tak hensem aku ni. Habis calar-balar wajah Korea aku ni,” Ahmad mengambil ioidin dari peti kecemasan dan merawat rakan karibnya itu. Ahmad menekan kapas lebih kuat apabila Yusuf sempat lagi buat lawak bodohnya itu. Salwa memaksa Hasnae meminta maaf tapi lidhnya terkelu.

 “ Aku tak hentak pun muka kau dah jadi tak hensem. Aku pun berdaulat tau. Monyet tu sayang aku. Sebab tu dia cakar kau,” terkejut Salwa mendengar kata-kata Hasnae sebentar tadi.

 “ Hasnae, kau ni dah melampau tau tak? Kalau mati Yusuf jatuh gaung tadi, memang aku tolak kau skali jatuh dengan dia. Yusuf dah tolong bukan nak ucap terima kasih, yang kau kutuk lagi tu kenapa?” habis tumpah iodin ke muka Yusuf dek kemarahan Ahmad tadi.

 “OK pe? Ada gak orang teman aku kat dalam gaung tu. Lagipun, aku ingat Hasnae tu bau monyet la. Sebab tu monyet tu sayang dan peluk dia tadi.Haha..,” Yusuf terhenti ketawa kerana mulutnya sakit akibat digigit monyet tadi. Salwa menarik Hasnae dan memarahinya. Geram sungguh dengan Hasnae. Lain disuruh, lain dibuatnya. Hasnae pun tak mengerti akan dirinya. Memang asalnya dia nak minta maaf tapi lain pula yang meluncur dari mulutnya.


bersambung..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...