Assalamualaikum.
Surat berantai adalah salah satu bentuk khurafat alaf baru yang mengatakan bahawa mana-mana individu yang menerima surat dan tidak mnyebarkan atau menyampaikan surat itu kepada 20 atau lebih atau kurang individu lain, maka dia akan ditimpa malapetaka atau musibah (musibat???) dalam masa 3 hari.
Budak-budak dulu aku percaya benda bangang ni sebab waktu aku dapat sms yang macam surat berantai ni, lagi 5 hari kemudian aku akan ada jamuan makan kat rumah kawan aku. Aku dah beli seluar jeans baru semata-mata jamuan ni, takkan aku nak mati sebab tak forward sms tu kat 20 orang kawan yang lain.
Dalam keadaan yang nak 'mati' tu, aku still masih boleh memilih 20 orang kawan aku. Disebabkan aku pakai maxis waktu tu, of course aku forward 20 sms kat 20 nombor maxis je. Haha. Bangang. Dah nak mati pun boleh berkira lagi.
Lepas aku dah tahu surat berantai ni macam scam, aku syak scam yang dicipta oleh syarikat Maxis ataupun Celcom, Digi aku tak syak sebab dia tak famous zaman 2004 dulu, aku pun buat bodoh je setiap kali dapat sms berantai. Mula-mula dulu rajin jugaklah nak terangkan kat kawan-kawan aku yang still forward sms berantai ni. Dah sampai 20 orang forward benda sama, aku pun ambil keputusan tukar nombor.
Padahal aku tukar nombor bukan sebab sms berantai pun. Padahal boleh je delete sms tu, then settle lah. Biasalah belia remaja dulu. Suka tukar-tukar nombor handphone. Jika anda fikir aku tukar-tukar nombor handphone sebab aku playboy, boleh tadah muka korang kat depan aku supaya aku boleh jentik biji asam boy padu-padu kat dahi korang.
Belia remaja bangang-bangang dulu, bajet gaduh-gaduh dengan awek, pastu tukar nombor. Bongok tak? Cakaplah korang tak pernah buat, memang penipulah. Haha. Gaduh je tukar nombor. Yang susah ayah aku lah. Memanjang je aku tukar nombor, pastu aku tak update dengan dia. Setiap kali aku balik rumah lambat, dia call tak dapat. Sampai rumah, kena marah. Padanlah muka.
Bongok kedua adalah kawan-kawan aku, kawan-kawan dia jugak. Dah kalau aku bagi nombor aku kat kawan aku, mestilah dia tahu jugak. Dia relax je tak tukar nombor, aku je yang bangang tukar-tukar nombor. Tu menunjukkan lelaki ni lambat matang. Otak dia pada usia muda adalah makan, tidur dan main. Jika tiba-tiba wujud seorang gadis dalam hidupnya pada usia yang belum matang, perempuan itu sebenarnya telah mengacau rantai kitaran hidup lelaki itu. Hahaha.
_______________________________
Aku tak update langsung bulan September. Seriously aku memang ada perkara yang tak settle lagi sampai sekarang.
Aku nak mengarut pasal benda lain sebenarnya, entah macam mana boleh end up jadi cerita lain. Namun pun mengarut. Haha.
p/s: sedang menunggu....
_______________________________
Aku tak update langsung bulan September. Seriously aku memang ada perkara yang tak settle lagi sampai sekarang.
Aku nak mengarut pasal benda lain sebenarnya, entah macam mana boleh end up jadi cerita lain. Namun pun mengarut. Haha.
p/s: sedang menunggu....
No comments:
Post a Comment