Assalamualaikum.
Lega.
Bukan bersin, bukan juga kentut.
Melangkah masuk ke dalam tramway (lrt atau monorail di Malaysia) yang berpendingin hawa (aircond). Rasa bahang yang menghangitkan bau badan perlahan-lahan hilang diganti dengan suhu yang menyamankan. Aku duduk sambil bersandar keletihan. Peluh yang mengalir deras aku sapu dan aku percik ke lantai. Semut-semut yang berkawad di lantai mati kelemasan dilanda banjir peluh.
Stesen Maktabah Wataniah (perpsustakaan negara).
Sekumpulan penumpang masuk. Ada yang berdiri. Ada yang duduk. Ada yang tak dapat tempat duduk tapi tak nak berdiri, pergi bergayut dekat pemegang. Jenis bekas atlet gimnastik gamaknya. Ada seorang makcik tak sempat masuk, tersepit di pintu. Seorang lelaki datang menarik tangan makcik itu. Tangan makcik itu tercabut. Rupa-rupanya itu tangan palsu. Makcik itu terjatuh keluar.
Tayar tramway di sebelah kiri seakan terlanggar sesuatu. Aku menoleh keluar. Makcik itu telah digilis oleh tramway. Kedua-dua kakinya putus dari lutut sampai ke pergelangan kaki. Tumit kakinya masih bersambung. Rupa-rupanya makcik itu adalah sejenis cyborg prototype yang sedang menjalani eksperimen.
Begitulah drama ringkas yang aku saksikan melalui handphone Sony Ericsson W995.
Dalam kalangan kumpulan penumpang yang masuk tadi, dua orang gadis telah menarik enam biji mata yang melekat di muka tiga orang lelaki. Aku, Badrul, dan Halim.
Tayar tramway di sebelah kiri seakan terlanggar sesuatu. Aku menoleh keluar. Makcik itu telah digilis oleh tramway. Kedua-dua kakinya putus dari lutut sampai ke pergelangan kaki. Tumit kakinya masih bersambung. Rupa-rupanya makcik itu adalah sejenis cyborg prototype yang sedang menjalani eksperimen.
Begitulah drama ringkas yang aku saksikan melalui handphone Sony Ericsson W995.
Dalam kalangan kumpulan penumpang yang masuk tadi, dua orang gadis telah menarik enam biji mata yang melekat di muka tiga orang lelaki. Aku, Badrul, dan Halim.
Badrul, seorang kawan yang perutnya berlapis duduk di hadapan aku. Halim, seorang kawan yang bermuka photogenic duduk di sebelah Badrul.
Seorang gadis berkaca mata Gucci dan bertudung hitam. Mukanya putih, tinggi sederhana. Seorang lagi gadis bertudung kain lampin. Aku tak tahu apa nama jenis kain itu tapi aku lihat memang ramai gadis Morocco yang memakai tudung jenis kain lampin ini. Tinggi standard aku, kurus dan berwajah putih.
Jarak mereka duduk dari tempat kami duduk lebih kurang 5m. Memang jelas dan clear. Destinasi terakhir adalah Stesen Hayy Jamie (Kolej Asrama). Maknanya tinggal 2 stesen sahaja lagi.
Badrul: Cun gila yang tudung hitam tu. Flawless gila kulit.
Halim: Hurm, hurm. Setuju.
Aku: ................
Badrul: Kau nampak tak yang tudung hitam tu?
Aku: Aku lagi berkenan yang tudung lampin tu.
Halim: Sangat hina nama tudung yang kau namakan itu. Umpama layaknya menadah najis bayi berumur kurang 2 tahun.
Badrul: Biasa je. Hitam tu lagi cun.
Aku: Mata kita lain. Yang cantik pada mata kau belum sampai tahap indah pada mata aku.
- Stesen Irfan
Sekumpulan penumpang keluar berpusu-pusu. Gadis bertudung lampin telah keluar. Aku hanya pandang sekilas lalu. Jika anda fikir aku jaga pandangan, patut dari mula lagi aku tak start mengusha. Salah. Sebenarnya cuaca di luar sangat terik. Silau. Kalau nak difikir secara lebih beriman dan bertaqwa, kalau setakat terik dan panas di luar tidak tertanggung, apalagi panas neraka.
Namun, nafsu itu yang diturutkan. Maka, tertewaslah aku.
- Stesen Hayy Jamie.
Semua penumpang keluar. Badrul lebih dahulu keluar untuk mendekati gadis bertudung hitam. Aku bangun penuh kemalasan lagi kedurjanaan memikirkan terik panas yang harus aku tempuhi. Halim seperti fitrah kejadiannya sejak lahir, tenang dan bersahaja.
Aku melangkah keluar. Badrul seperti biasa sahaja. Tidak seperti kebiasaannya yang selalu akan terlebih aktif melihat gadis cantik. Aku mencari gadis bertudung hitam. Jumpa. Dia sedang menyeberangi jalan menuju ke sebuah food court.
" Ada sebab kenapa mata aku tak tertarik kepada gadis itu wahai Badrul," aku memeluk Badrul penuh kasihan.
_______________________________
Gadis bertudung hitam itu jalan sambil memegang pinggang. Perutnya membulat ke hadapan membawa satu nyawa penyambung umat masa depan.
Halim bernasib baik kerana ketenangannya dapat mengaburi kekesalannya walaupun aku tahu dia juga turut berasa kecewa.
Aku memang begini. Sejak tersalah memendam hati terhadap kawan sekelas di universiti, aku jadi lebih peka terhadap situasi sebegini.
p/s: Safae, semoga anakmu secomel wajahmu.
1 comment:
tersalah memendam hati?
Post a Comment