Assalamualaikum.
Hujung minggu aku sejak Syawal menjelma sehingga dah berlalu pun dipenuhi dengan jemputan kenduri kahwin. Alhamdulillah, perut aku masih slim seperti biasa. Keadaan ini menimbulkan rasa cemburu di hati para gadis kerana rata-rata aku lihat pinggan mereka hanya diisi kuih-muih.
Hari ini aku akan pergi lagi memburu nasi minyak di Taman Melati, Kuala Lumpur. Kenapa aku tak upload gambar kahwin kawan-kawan aku yang kahwin?
Tujuan aku adalah nasi minyak. Bukan bergambar dengan pengantin sangat pun. Kalau nak upload gambar pinggan nasi minyak aku, aku rasa sangat bersalah dan tak adil pada saudara seIslamku di Somalia khususnya.
Mereka bergelut untuk mencari sesuap makanan, tapi aku bergelut untuk habiskan suapan terakhir akibat overloaded yang sering berlaku di bahagian perut aku. Sekali lagi aku bersyukur. Overloaded itu tidak menghasilkan sebarang bentuk bonjol atau gelembung di perut menandakan aku tidak buncit. Tidak!
Namun, hati manusia ini seperti tahi telinga. Ada yang cair, ada yang keras. Tak tetap.
Dulu aku pergi hanya untuk memburu nasi minyak. Namun, hasil daripada buruan aku itu dah buat hati aku lain macam. Bukan akibat aku banyak makan hati ayam atau lembu lalu hati aku jadi seperti ayam atau lembu. Tahu hati ayam macam mana? Tahu hati lembu bagaimana?
Hati ayam sangat sensitif. Lihat sahaja bila dia berjaya bertelur, habis reban itu retak dinding kayunya apabila dia berkokok memancarkan kegirangannya berjaya bertelur. Sensitif gila kalau kena baling selipar. Mahu dikejarnya hatta 14km sekalipun.
Hati lembu sangat keras. Lihat sahaja bagaimana dia disebat atau dilibas berkali-kali. Tenang sahaja meragut rumput tanpa mempedulikan tuannya yang dah patah tangan kerana asyik melibas lembu yang hati keras itu.
Hati aku tak sensitif sangat. Tak keras sangat. Tengah-tengah.
Itu pasal kejap-kejap aku rasa nak juga berkahwin. Kejap-kejap aku rasa tak puas hidup bujang. Tapi alhamdulillah, hati lembu itu lebih keras. Keras untuk masih lagi membujang.
Wei jejaka, kau baru 22 tahun bro? Januari depan baru 23 tahun. Awal lagi tu. Honda hybrid pun kau tak beli lagi. Relax...
______________________________
Tahniah kepada kawan-kawan yang dah berkahwin. Tahniah juga kepada yang bertunang. Berhati-hati kepada yang sedang bercouple. Bergembiralah kepada yang masih single. Macam aku.
p/s: kadang-kadang buat-buat gembira pun ada. Siot betul entri aku ni. Kantoilah aku dah lama rasa kesepian. kah kah kah...

2 comments:
single best
kahwin lagi best
Post a Comment