Thursday, 13 October 2011

Budak lelaki berbaju biru (part 1)

Assalamualaikum.


Malam itu taman permainan kawasan perumahan aku meriah. Jamuan raya diadakan. Hujan renyai-renyai yang disangka akan lebat berhenti perlahan-lahan setelah aku menyanyikan lagu Asfan - Terhenti di sini. Aku ingat nak sambung nyanyi lagu Hazama - Cinta Teragung, namun aku batalkan niat takut malam itu panas lain macam.

Kerusi-kerusi sudah semakin penuh. Ada dua kerusi kosong. Ngam-ngam untuk mak dan aku. Ayah aku pergi dengan geng-geng dia. Sesuai dengan umur. Aku berada dalam kelompok tengah-tengah, tak muda sangat, tak tua sangat.

Tiba-tiba ada seorang makcik India duduk sebelah aku. Dia punya speaking serius macam tengah berpidato. Aku punya speaking serius macam berpantun. Memang tak boleh masuk. Aku tinggalkan mak aku yang speakingnya serius macam cikgu sekolah.

Aku duduk dekat bangku kosong. Merenung langit. Kelihatan burung gagak sedang target bontot dia nak berak atas kepala aku. Kurang ajar. Dasar hitam, tapi taik putih. Aku ambil batu dan jentik sepadu mungkin. Tepat tersumbat di tekaknya. Gaya terbang gagak itu memang serupa budak sekolah kena lempang dengan cikgu disiplin sebab main getah dalam kelas.

Akhirnya burung itu jatuh menyembah Bumi dan terseret ke dalam longkang. Tanpa disedari, terdapat seekor kucing yang sedang terbaring di dalam longkang akibat gastrik. Elok sahaja kucing itu sendawa, burung itu terus termasuk ke dalam mulut kucing itu pula.

Setelah menelan burung itu sambil menangis kesyukuran, aku lihat kucing itu terus sujud syukur di bawah pokok di sebelah tebing longkang.

Tiba-tiba ada seorang budak kecil panjat bangku yang aku duduk dan terus duduk di sebelah aku. Aku memandang budak lelaki itu sambil tersenyum. Riak wajahnya seakan-akan mahu menangis. Ah sudah...

(bersambung)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...