Friday, 12 August 2011

asar ramadhan kedua (final)

Bahagian akhir


Aku rasa amat terkejut dan takut. Perbuatan aku mungkin telah dihidu oleh bapa atau abang atau pakcik atau atuk gadis itu. Lebih malang lagi kalau yang menepuk bahu aku adalah suami gadis itu.

Aku menoleh perlahan-lahan. Air liur nak telan pun dah tak guna. Bukan hilang haus pun.

" Enta tunggu siapa kat sini?" sahabat aku bertanya.

" Takde siapa pun. Baru sampai dari Rabat. Ambil angin kejap. Penat." Aku jawab ringkas.

" Oh. Ana balik dulu la ye? Nak masak untuk berbuka." Sebagai suami mithali, dia ada tokoh.

" Jomlah. Saya pun nak balik sekali." Aku putus asa.

Aku berjalan bersama-sama sahabat aku yang lebih tua dan telah memiliki dua orang anak perempuan pulang ke rumah. Lebih baik aku pergi daripada terus menanti gadis itu yang aku tak pasti telah pulang atau masih beribadat di dalam masjid. Aku tak sanggup untuk berterus terang yang aku sedang menanti seorang gadis.

Pedih. 

Tatkala aku melangkah pulang, aku langsung tidak menoleh ke belakang. Biarlah gadis itu beribadah lebih di dalam masjid. Biarlah aku pulang tanpa melihat wajah solehah seorang muslimat yang bertaqwa.

Sampai ke hari ini, aku masih menunggu kehadirannya melintasi rumah aku pada waktu Asar yang menjadi pemangkin untuk aku datang awal ke masjid. Masih ada 3 minggu lagi sebelum raya. Masihkah ada peluang untuk aku bersemuka dengannya lagi selepas ini?

Haktuih.



p/s: Aku tak jumpa lagi dia waktu Asar setakat ini.

4 comments:

ingin tahu said...

apa kaitan raya dgn ppn tu?

jejaka senja said...

ada kaitan ke? macam takde.

ingin tahu said...

" Masih ada 3 minggu lagi sebelum raya. Masihkah ada peluang untuk aku bersemuka dengannya lagi selepas ini? "

Gaya ayat ni seolah-olah akan ada sesuatu b'laku kpd si penulis atau ppn tu..sbb tu tya psl kaitan raya dgn ppn tu..:)

jejaka senja said...

dah terjawab dekat entri terbaru. ahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...