Malam itu agak menggelupur. Buka puasa kelam-kabut. Minum air seteguk, terus solat Maghrib, tak sampai 5minit dah salam. Betul-betul gelupur. Gelupur dia macam sedang berlawan ragbi. Peluh mengalir deras tanpa sekatan dan terus menuju ke hujung lidah. Kuih-muih yang manis terasa masin.
Aku menggelupur kerana ingin mengejar kereta api. Aku ingin ke Rabat.
Sunnah Nabi agar makan dalam keadaan tenang dan kunyah sebanyak 40x tak terdaya untuk aku ikuti dalam keadaan gelupur itu. Usahkan 20x, tak sampai 10x kunyah pun makanan sudah melalui kerongkong dan menuju ke perut.
Orang minum air ikut mulut, aku minum air ikut hidung. Holiaw! Air kiwi berwarna hijau masuk melalui lubang hidung dan turun ke tekak. Aku tak tahu air kiwi hijau itu berubah warna atau tidak ketika masuk ke tekak. Namun ada rasa seperti biji-biji melalui tekak aku.
Aku hanya bersangka baik itu adalah biji kiwi yang tidak hancur ketika proses membuat jus kiwi.
Habis sahaja aktiviti gelupur itu, aku terus bersiap menuju ke Rabat.
Elok sahaja aku melangkah keluar dari rumah, sekonyong-konyong angin bertiup dari sebelah kanan. Angin itu membuatkan mataku terpejam dan aku segera memalingkan wajahku ke kiri agar mataku tidak bertambah pedih. Air mata kepedihan mengalir perlahan dari mata kiriku.
Aku gosok mata kiriku dengan belakang tapak tangan kanan. Tiba-tiba mataku bertambah pedih. Aku tak perasan ada cili boh yang melekat di situ telah termasuk ke dalam mataku. Keadaan menjadi lebih gelupur.
Aku menepuk-nepuk lembut mata kiriku sehingga pedih itu hilang.
Tatkala aku membuka mataku, aku terlihat samar-samar sebatang susuk tubuh. Mataku yang berair itu tidak dapat menterjemah imej dengan jelas. Aku menyapu mataku dengan lengan baju melayuku.
bersambung..
No comments:
Post a Comment