Azan Asar berkumandang.
Aku dengar azan itu sayup-sayup padahal jarak rumah aku dengan masjid hanyalah 50m. Hari kedua puasa di sini memang lesu. Nak tidur lepas tarawih takut terlepas sahur. Nak tidur lama-lama lepas Subuh tak kena gaya pulak bulan Ramadhan ni.
Jadi, lepas Zuhur aku tumbang terhumban ke atas katil. Baca al-quran bersandar di dinding dalam keadaan mengantuk dan lapar di atas katil adalah sangat silap. Tak sedar bila tiba-tiba kau terbuat alquran itu seperti penutup mata untuk tidur di dalam kapal terbang.
Alaa, yang orang buat letak di mata supaya nampak gelap je tu. Tahu tak?
Sambung cerita.
Lepas kucup alquran yang tak sengaja aku buat tutup mata itu, aku lemparkan pandangan ke luar tingkap. Aku meluruskan kaki dan meregangkan otot dan urat. Aku masih mamai.
Tiba-tiba seorang gadis bertudung krim dan berjubah pastel melintas di hadapan aku. Aku yakin itu bukan jelmaan syaitan. Mamai aku hilang serta-merta. Aku terus capai jubah dan bergegas ke masjid.
Gadis itu berada beberapa langkah di hadapan aku. Aku terus mengejar gadis itu. Bukan dalam keadaan berlari. Gila apa? Nanti dia perasan. Aku berjalan dengan cepat sampai aku tak sedar aku pakai selipar terbalik.
bersambung...
bersambung...
4 comments:
ko ta habes2 cite pasal pompuan.bosan lah.
ko ni mcm tahap mmg nak kawen sgt.sian
sori la bro/sis. sempena ramadhan ni, tema aku adalah masjid dan gadis solehah.
bukan la kemaruk nak kawen. tak payah kesian kat aku pon takpe.
tak sabar nak tunggu sambungannya....
Post a Comment