Tengahari Jumaat ketika itu terik. Aku kayuh basikal laju-laju balik dari universiti. 4-5 kereta aku potong tanpa rasa gentar. Kucing dan anjing melintas aku gilis ekor mana-mana yang berlagak hebat. Gadis-gadis universiti yang jalan terkedek-kedek aku lintas sambil meninggalkan kesan tayar pada kasut tumit tinggi mereka.
Kepala dah berasap dipanah sinaran mentari yang memancar garang. Tekak kering. Badan berpeluh. Nasib baik aku tabur bedak Carrie Junior banyak-banyak dalam baju. Dia punya banyak macam makcik-makcik tabur dedak bagi ayam makan dalam reban. Bau blueberry mematikan bau peluh jantan yang amat maskulin.
Aku sampai rumah dengan mengah. Sambil tunggu giliran bilik air, aku ketip kuku. Ambil sunnah hari Jumaat. Kuku kaki agak buruk. Pecah-pecah. Tak rata. Sopek-sopek. Tambah pula dengan debu-debu tanah ketika mengayuh basikal tadi, kaki aku seperti kaki patung-patung di Madame Tussaud yang tak dicuci.
Setelah siap mandi sunat Jumaat, dengan penuh rasa keimanan yang memuncak tinggi, aku sarungkan jubah yang aku baru beli sebulan lepas. Lepas sembur minyak wangi sikit-sikit, aku pun melangkah keluar.
Disebabkan cahaya matahari yang terlampau terik berada betul-betul tegak di atas kepala dan mataku menjadi silau, aku terpalingkan wajahku ke sebelah kanan.
Seorang gadis berjubah hitam dan bertudung biru gelap sedang berjalan ke arah masjid. Untuk sampai ke masjid, gadis itu perlu melintasi rumah aku.
Cuaca panas terik aku rasakan perlahan-lahan menjadi nyaman dengan gugurnya daun-daun sakura mengiringi langkah gadis itu. Air mukanya membawa sejuta ketenangan yang mendinginkan kehangatan sinaran mentari.
Aku memperlahankan gerakan tanganku ketika membuka pagar rumahku. Selalu aku buka pagar tak sampai 3 saat, tapi tengahari itu aku buka pagar selama 1 minit.
Tatkala pagar sudah terbuka, gadis itu masih belum melintasi pagar rumah aku. Aku buat-buat betulkan selipar di kaki. Lepas selipar kiri, gadis itu tak sampai lagi. Aku betukan pula selipar kanan. Pun tak sampai lagi.
Aku hairan. Mana pula gadis itu?
Elok sahaja aku melangkah keluar dari pagar, gadis itu muncul dari kanan aku. Hampir berlanggar. Masing-masing terkejut.
Aku kaget. Masa seolah-olah terhenti.
Dia tersenyum nipis lalu beredar sambil ditemani ibunya.
Aku?
Aku tak tidur langsung semasa khutbah Jumaat. Penangan senyuman seorang gadis yang memancarkan aura solehah yang padu dan jitu memang kuat.
_______________________________
Benda-benda begini tak elok. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tunggu seorang gadis melintasi aku padahal tengah panas gila tengahari itu.
Orang-orang baik dan soleh solehah ini aku rasa memang orang akan tunggu walaupun terseksa masa menunggu tu. Rasa berbaloi walaupun terseksa sebab rasa lega dan tenang dengan orang soleh solehah ni.
p/s: Jahat macam mana pun aku ni, aku mengaku aku kalah dengan perempuan solehah.
2 comments:
assalamualaikum...
agaknya, ape ciri2 perempuan solehah yg boleh mengalahkan tuan pnya blog ni?
:D
waalaikumussalam..
cukup dia seorang yang baik dan pandai masak. ehehe!
Post a Comment