Begitulah kehidupan Hasnae dan Yusuf selepas itu. Tiap-tiap hari mereka berbalas mesej. Kata ganti diri tidak lagi aku dan kau sebaliknya meggunakan nama, Yusuf dan Hasnae. Yusuf tidak mahu Hasnae memanggilnya Sop, bunyi kampung katanya. Mereka tidak pernah berjumpa sejak tamat SPM.
“ Esok result SPM keluar. Hasnae doa agar kita berdua berjaya dengan cemerlang. Jika result Hasnae lagi rendah, harap Yusuf janganlah berubah hati, ” Hasnae mengeluh.
“ Apalah yang Hasnae cakap ni?Yusuf bukan camtula. Yusuf sayang Hasnae dan yakin Hasnae akan lebih baik daripada Yusuf. Tidurlah ok? Selamat malam. Jangan risau,” Yusuf membalas sambil berdoa kejayaan mereka bersama. Perhubungan mereka tidak diketahui ramai kerana mereka bijak menyembunyikannya. Ahmad dan Salwa telah diberi amaran awal-awal lagi supaya tidak menghebohkannya.
Hari yang dinantikan pun tiba. Keputusan SPM keluar.
Hasnae Bt Hasan, 11A1.
Yusuf bin Yunus ,9A .
Salwa Bt Salim ,12A.
Ahmad Bin Alif ,10A1.
“ Kan Yusuf dah kata, result Hasnae mesti lagi gempak daripada Yusuf. Tahniahla korang. Aku gak yang kantoi sikit. Tapi ok la. Aku ingat dapat 5A je,” semua ketawa kegembiraan . Yusuf dan Hasnae mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama-sama.
“ Lepas ni Hasnae nak sambung belajar mana?” Yusuf menjeling ke arah kekasih hatinya yang amat dirinduinya.
“ Hasnae nak sambung ke luar negara, nak jadi arkitek . Hasnae harap terpilih,” bersinar-sinar mata Hasnae menyatakan hajat hatinya kepada lelaki pertama dalam hidupnya. Mereka semua sibuk menunggu tawaran daripada universiti.
Setelah 1bulan menanti, Hasnae mendapat panggilan daripada MARA mengatakan dia telah terpilih untuk melanjutkan ke Jepun dalam bidang kejuruteraan. Berita baik itu disampaikan kepada Yusuf.
“ Hasnae terpilih. Alhamdulillah. Thanks tolong doakan Hasnae. Lepas ni Hasnae dah sibuk dengan kursus. Lagi 2 minggu Hasnae akan mendaftar,” Hasnae sangat gembira ketika bercerita.
“ Alhamdulillah. Yusuf terpilih untuk sambung dalam bidang Pengajian Hadis dan Ulum Alquran di Nilam Puri, UM ,” walaupun ada getar dalam bicaranya, sedaya mungkin Yusuf berlagak riang ketika berborak kali pertama di telefon bersama Hasnae.
“ Yusuf , Hasnae harap Yusuf dapat setia dengan Hasnae. Kita akan berpisah selama 6 tahun . Hasnae nak Yusuf tahu, Yusuf dah banyak ubah hidup Hasnae. Sama-samalah kita doa moga jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat kita. Ingat tau, jangan nak gatal-gatal kat UM tu. Ambil bidang agama, biar perangai baik sikit,” Hasnae cuba berjenaka bagi menutup kesedihan di hatinya. Dia sudah puas menangis semalaman.
Kini, tibalah masa Hasnae berangkat ke Jepun. Dia akan meninggalkan keluarga tercinta, tanah air, rumah, dan yang takkan dilupakan, Yusuf, lelaki pertama dalam hidupnya.
“ Yusuf akan doakan Hasnae selalu sihat. Belajar rajin-rajin. Selagi mana Hasnae percayakan Yusuf, selama tulah Yusuf akan percaya dan setia terhadap Hasnae. Yusuf tunggu sampai Hasnae habis belajar dan bekerja. Lepas itu insyaallah kita kahwin,” tanpa disedari kata-kata Yusuf tadi didengari oleh ibu bapa Hasnae.
“ Kamu pun belajar betul-betul Sop. Baru pakcik dan makcik yakin nak serahkan Hasnae kat kamu,” merona merah muka mereka berdua. Dengan linangan air mata, Hasnae meninggalkan mereka semua dan menuju ke arah kumpulan pelajar yang akan berangkat ke Jepun. Lambaian tangan Hasnae dibalas Yusuf dengan senyuman.
bersambung..
No comments:
Post a Comment