Sunday, 17 April 2011

Lelaki - Kami Hebat

Assalamualaikum.


Pagi Ahad yang nyaman ini, aku bangun pagi dengan tekak yang perit. Suara memang seksi seksa nak keluar. Tersekat-sekat dekat halkum. Sebagai lelaki yang sihat tubuh badan, proses penyahtinjaan sebaik bangkit dari tidur adalah tanda-tanda anda lelaki yang mengamalkan gizi pemakanan yang betul.

Aku sangat tak paham dengan mana-mana lelaki yang memiliki keinginan untuk menukar jantina kepada perempuan. Alasan yang paling celaka pernah aku dengar,

" Tuhan letakkan roh kami dalam jasad yang salah.."

Kalau Tuhan tu salah letak roh, dah lama tunggang-langgang dunia ni bengong. Kau bayang badan manusia roh siput? Atau badan buaya roh rama-rama? Atau pun badan pokok bonsai roh zirafah?

Sebagai lelaki, aku dapat merasakan beberapa kehebatan yang kami miliki.

1- Tahan bebel.

Ya! Aku antara lelaki yang tahan dibebel dan dibebel dan dibebel. Siapa yang membebel? Sudah tentu staf universiti yang terdiri daripada perempuan. Dibebel oleh tuan rumah yang juga perempuan. Dibebel oleh guru pembimbing sewaktu di sekolah.

Itu baru aku tahu? Lelaki lain sama hebat. Dibebel oleh jurujual perempuan dan akhirnya tak beli apa pun. Dibebel oleh teman wanita hingga akhirnya teman wanita itu yang membebel kepada dirinya sendiri.



Wah, perempuan bebel dengan diri sendiri disebabkan lelaki adalah perkara yang harus diberikan tepukan gemuruh.

2- Tahan menunggu.

Ya! Tiada perempuan yang mampu tunggu selama mana yang lelaki buat. Kami mampu menunggu perempuan membuat keputusan walaupun bagi kami, keputusan itu boleh dibuat sepantas kilat.

Menunggu perempuan bertemu dengan beg tangan yang betul-betul-betul diminati. Untuk menunggu beg tangan itu ditemui, habis 1/4 jumlah kalori dalam badan kami.

Menunggu perempuan membuat keputusan jika kami berkata begini, " Sudikah kau menjadi teman hidupku?" Kalau seminggu tahan lagi. Kalau dah sampai 2 bulan menunggu, bukankah kami memang hebat?

3- Tahan marah.

Ya! Memarahi perempuan adalah perkara yang sangat tidak macho untuk kami lakukan. Tidakkah perempuan sedar betapa menahan marah mereka itu ibarat menunggu pintu tandas R&R yang penuh terbuka? Mereka tak sedar itu. Tak sedar.

Jadi, apabila kami senyap atau tidak menghubungi anda, maka anda telah membuat satu tuduhan atau fitnah yang menyatakan kami memliki gadis lain selain anda? Sudah 2x anda membuat kami marah. Namun, kami masih mampu menahan marah.



Tidak cukup hebat lagikah kami?
____________________________

Sebenarnya banyak lagi kehebatan kami sebagai lelaki yang aku ingin senaraikan. Tahan lapar tunggu perempuan bersiap, tahan lenguh kaki tunggu perempuan betulkan tudung di dalam tandas awam, banyak lagi yang kami mampu tahan demi seorang perempuan.

Namun, tanpa perempuan, kami takkan sedar kehebatan kami. 

Takkan nak tunjuk hebat sesama lelaki. Oh, jauhilah aku daripada perbuatan tak senonoh itu.




p/s: Perempuan kalau baca ini, jangan tersentap. Anda berhak untuk membidas. 

4 comments:

Mohd Firdaus bin Shafie said...

ikut pemerhatian ak kt org sekeliling, laki mmg hebat dlm 3 point tu,tp valid sblm kawin la haha.pas kawin lame,xvalid dah.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe~

tahan gitu je ke lelaki?

alahai~

:p

erysweetie said...

heh. setuju ngn firdaus. tak valid dah lepas kawen =p

jejaka senja said...

@ doshar: valid je sampai isteri ke4. eh?

@ zara: banyak lagi tu. nak lagi ke? hihihi..

@ ery: kawen la dulu. baru tahu valid x valid.. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...