Friday, 31 December 2010

45 minit sebelum tahun 2011

Assalamualaikum.

Malaysia dah 7jam sambut tahun baru. Sini lambat 8jam dari Malaysia. 1jam lagi baru sambut. Aku sambut tahun baru dekat rumah je. Aku sambut depan laptop.

Oh. Entri aku sebelum ni ada siapa yang muntah? Aku yakin tiada. Sebab tiada siapa yang baca pun blog aku ni.

Aku dah gunting rambut. Pendek. Cuma bukan macam askar. Mahu beku otak aku. Sini sejuk. Tak digalakkan untuk berambut terlalu pendek.

Dulu aku botak. Macam dalam gambar bawah ni.


Paling kanan, sebelah baju merah, berjubah putih.


Kepala aku yang mana ntah..


Aku dah takkan botak macam ni lagi. Kelumumur aku dah macam salji.

Sekarang rambut aku pacak. Tiada gambar.

Countdown for new year.

Adios.

3G (Gambar Geli Gila)

Assalamualaikum.

Sila makan pil mabuk. Atau nak rasa agak moden, boleh juga makan panadol actifast.

Kalau anda berpemikiran nenek-nenek si bongkok tiga, yang tak suka pil-pil moden, boleh hisap benda masam seperti ketiak mamak limau atau oren.

Aku yakin anda akan rasa kurang senang, mual apabila melihat gambar-gambar yang akan dipaparkan di bawah.



1)
Julai 2008. Paling geli. Bagi akulah. Korang??


2)
Dee kata macam Farid Kamil. Apa kata anda?


3)
Agak ramai kata gambar ni ada iras Farid Kamil. Ergghh!!



4)
Angin memang bagi effect yang superb.





5)
Pandangan tajam. Hak putuih!!!



Semua gambar ni masa 2008. Aku nak potong rambut sebenarnya. Sempena tahun baru. Aku dah lama tak potong. Last potong Julai 2010 dulu. Sekarang dah agak panjang.

Selamat tahun baru

Sekian.

Kecelaruan identiti

Assalamualaikum.

Malam ni hujan. Aku cuak esok pagi hujan. Oh, jangan cuak. Hujan itu rahmat Ilahi. Memang rahmat. Memang nikmat. Tak pergi kelas tu kira kufur nikmat tak?

( Kalau perasan, pendahuluan aku selalunya takde kaitan dengan perenggan seterusnya. Kalau perasanlah. Aku memang perasan sendiri sebab ni blog aku..)

Situasi 1:

Seorang lelaki kelihatan serius. Matanya memang redup. Tapi tajam. Muka ketat. Kentut padat. Baju sendat. Kaki seluar tak berlipat. Jalan cepat. Cakap tepat. Makan ketupat. Dapat semua sumbat. Orang yang tengok muka dia rasa nak bagi pelempang kilat.

Situasi 2:

Seorang lelaki tiba-tiba melompat ke atas katil. Terjerit-jerit seperti bulu kakinya direntap kasar. Dua ekor lipas yang tadi sedang berkawad di dalam almari miliknya, kini mula menjalani latihan tempur di bawah katil lelaki itu. Dengan nafas yang penuh di dada, lelaki itu mengambil kasut sukan aroma cencalok dan membaling ke arah lipas-lipas itu tadi. Tiada solat jenazah dijalankan apatah lagi tahlil.

Situasi 3:

Seorang lelaki sedang rancak berborak dengan rakan-raka-rakannya.

" Lai lai katong....". .... " Mera maaaaannn, jom cari air, ye ban daaannn..."

Cakap macam esok dia nazar tak nak cakap seminit. Jumpa orang tu, topik ni. Jumpa orang ni, topik tu. Jenis mulut pakai bateri energizer rechargeable.

Situasi 4:

Seorang lelaki cakap sambil tangan kanannya menepuk bahu rakannya yang lain. Tangan kiri pula diangkat separas bahu tapi pergelangan tangan agak jatuh ke bawah. Ala-ala bodyguard patah. Duduk makan pun bersimpuh. Bila terasa geli, tiba-tiba terlompat sambil kedua-dua kaki memijak-mijak lantai dalam keadaan lari setempat. Kadang-kala tangannya secara otomatik bergerak seolah-olah sedang lap cermin  muka.
___________________________________________

Lelaki yang berada dalam empat situasi tu semua adalah aku.

Apahal rasa pelik? Normallah tu. Seorang manusia memiliki lebih daripada satu perwatakan walaupun semuanya bercanggah. Memilih watak dengan orang sekeliling? Mungkin. Takkan kau nak jadi talk-active padahal kawan kau lupa mana dia letak kunci mulut dia?

Aku bukanlah celaru identiti. Kejap serius, kejap peramah, kejap MACAM arbok (MACAM itu dibesarkan sebagai penegasan bahawa aku bukan seorang arbok). Cuma aku agak kurang kawalan diri.

Pernah dengar lagu Drama King - Meet Uncle Husin feat Black??

" Keperibadianmu berubah menurut nafsu.."

Apahal rasa entri aku ni macam serius? Ha ha ha.



p/s: Aku memang agak bernafsu terhadap entri ini..

Tuesday, 28 December 2010

Fee-zich

Assalamualaikum..

November 2010.

Pintu terkuak perlahan. Aku melangkah sopan. Dah lambat buat gaya lambat. Satu senyuman seindah suria aku lemparkan kepada pensyarah. Dengan satu gerakan kepala, pensyarah menyambung penerangan. Aku bergegas duduk. Betul-betul tengah kelas.

Fizik.Ya!! Sampai sekarang aku rasa ajaib. Linguistik Arab ada subjek Fizik. Mana nak jumpa? Kat Kenitra ada. Pensyarah terang padu, bertubi-tubi. Aku dah hilang fokus. Mulalah aku terkenang teori-teori yang aku pulun masa form 4&5 dulu.

Inersia.

Graviti.

Prinsip Newton yang sampai tiga kalau tak salah aku.

Jisim.

.................. entah apa-apa lagi.

Belajar fizik dalam bahasa Arab memang style. Nak hadam apa pensyarah cakap satu hal, nak faham konsep fizik hal lain.

" Tor kata tor kata.."

" Gomba jimba gomba jimba.."

" Speha spuun puuun adoi..."

Laju. Kalimah yang keluar dari mulut pensyarah memang laju. Laju sikit lagi macam kereta Polis Malaysia iring kereta Najib. Tak kira dah sesak ke tak. Pakai redah je sebab Rosmah dah call banyak kali. Mintak teman tengok Siti Kelembai.

" Azim, baca balik apa saya cakap tadi. Saya nak dengar. Yang lain dengar," mata redup pensyarah aku balas dengan pandangan meyakinkan.

" Tor kata tor kata.."


" Gomba jimba gomba jimba.."


" Speha spuun puuun adoi..."

Sebijik bulat-bulat aku jawab. Pensyarah senyum. Aku tahu dia puas hati. Budak lain bagi sokongan yang bergantung kepada cuaca.
______________________________________

Nasib baik aku tak salin lagu Hanyut. Ingat nak salin jugak lagu Drama King. Memang aku lega. Aku salin 85%. Pensyarah tanya aku jawab kemas. Dia punya lega macam datang kedai taufu fah tengok tinggal satu yang memang sah kena berebut dengan tuan punya kedai. Silap-silap dia letak harga tiga kali ganda.



p/s: Subjek fizik ni aku tak pernah tidur dalam kelas masa form 4&5. Kalau tak kena baling pen, aku sibuk buat eksperimen. Bila masa nak tidur?

Sunday, 26 December 2010

Surau At-Taqwa

Assalamualaikum..

Ogos 2009.

Kelihatan seorang lelaki berdiri di hadapan. Suaranya kuat, lantang. Tapi agak ke laut juga suaranya itu. Pakai redah mana boleh. Sesekali kepalanya terangkat-angkat dan terdongak-dongak ke atas. Lagaknya seperti sedang menghayati sesuatu.

Beberapa minit berlalu...

Dia berpaling ke belakang. Melihat ke arah sekumpulan lelaki. Kebanyakan mereka lebih berusia dan lebih tua daripadanya. Ada yang duduk bersila. Ada juga yang duduk silang kaki. Cikgu aku kata duduk cara Cina kalah judi. Kipas bergerak kencang menghasilkan angin yang tak berapa nak nyaman.

Lelaki itu mula berkata-kata..

" Tulat kita akan mula berpuasa. Jadi saya harap anda semua dapat membetulkan saf solat selepas ini. Saya perhatikan saf tidak rapat. Kita akan solat terawih lusa. Jadi perbaikilah saf anda.."

Lelaki-lelaki yang berusia yang layak mendapat panggilan pakcik tak jadi bangun. Ada yang duduk semula. Ada juga yang terus balik. Mungkin lupa nak tutup lampu kereta. Takut bateri kong.

" Jika anda berdiri, tak payah kangkang luas sangat. Cukup sekadar ada ruang antara dua tapak kaki. Jika anda diri lebar sangat, nanti masuk rakaat kedua, mesti anda akan berdiri ikut luas kaki anda semasa sujud.."

Pakcik-pakcik tu dah mula angkat kepala. Yang bersandar kat dinding terus tegakkan badan. Yang sandar kat tiang buat muka cool, kipas atas kepala.

" Kaki anda semasa sujud, tak seluas masa berdiri rakaat pertama. Jadi, bila naik rakaat kedua, saf dah terputus. Jadi renggang sebab kaki dah tak kangkang luas..."

Semua pakcik mula bersuara. Ada yang tersenyum. Ada pula semacam tak boleh terima. Sedang lelaki itu melihat respons pakcik-pakcik selepas teguran itu, ada suara lantang menjelma...

" Alah budak. Kau punya kecik. Bolehlah diri rapat-rapat. Kami punya besar-besar. Camne nak diri rapat-rapat? Tak khusyuk nanti.."

Ya, akhirnya lelaki itu mengalah. Pakcik-pakcik itu tersenyum puas. Namun, amalan bersalaman tidak pernah terhenti. Sambil salam, lelaki itu terus diusik.

___________________________________________

Lelaki itu adalah aku. Di surau At-Taqwa. Aku jadi imam solat Isyak malam tu. Malam tu aku baca Surah Arrahman. Aku agak naik Syeikh Faizal Tahir malam tu. Tapi suara ke muara Sungai Klang jugak.

Pakcik tu? Aku nak je balas balik. Tapi fikir aku kat surau. Kalau tak, memang aku layan jawapan pakcik tu. Sebab tu aku mengalah. Menghormati surau dan juga pakcik itu. Ada peluang kita sembang kat mapley ye pakcik??

Ikut hati aku. Nak je jawab balik,

" Alah pakcik. Arab punya lagi besar. Boleh je rapat-rapat. Khusyuk je saya tengok. Pakcik ni yang ada masalah nak khusyuk. Ke ada masalah lain???"

Tuesday, 21 December 2010

Motif..

Assalamualaikum.

Hujan renyai mencurah kini. Tapi kini dah reda. Sejuk. Stokin dah start bau tapai. Esok lusa ada harapan bau tempe basi.

Oh, aku dapat mesej. Sila rujuk gambar di bawah.


Kawan aku yang aku censored kat gambar tu, A.R. Zain yang bagitau. Kenapa aku censored? Sebab mesti korang search kan? Ha Ha Ha. <--- ini bunyi gelak paling keji sebab ingatkan gelak ikhlas.

Agak-agak korang, apa motif dia bagitau aku akan pemergiannya ke tempat baru? Untuk makluman, Aljadida itu sangat jauh. Umpama Johor nak ke Kedah.



p/s: Aku dah lama tak jumpa Dunia. Entah apa khabar dia sekarang? Lebih tepat, entah camne rupa dia sekarang?? Maksud aku, dah pakai tudung ke belum..

Sunday, 19 December 2010

Actually...

Assalamualaikum.

Ahad kali ini indah. Aku bangun lambat. 10am. Tiada discussion. Heaven. Boleh blog-walking.

" Kau ni penyabarlah. Kalau aku lah, ish! Dah lama aku ikat botol kicap dekat janggut dia," kata Manan (bukan nama sebenar), sambil menuang kicap ke dalam dulang.

" Kenapa kau tak marah je tadi? Dapat kat aku, aku jentik ubat stepler dalam lubang hidung dia," Fadli (bukan nama sebenar) mengamuk akibat terstepler jari sendiri.

" Kau still bagi muka even dia dah kencing kau?" Leman (bukan nama sebenar) terkejut sambil gugur kumis nipis.

" Kau boleh relax je? Kau ni takde perasaan ke haa?" Jaslim (bukan nama sebenar) menuding lentik jari telunjuk, tepat ke hidungku, sambil tangan kiri kat pinggang.

Dan ada lagi beberapa situasi yang aku tak larat nak tulis.

Mungkin sebab aku bukan seorang beremosi. Aku bukan seorang yang react dengan perasaan aku.
Contoh: Aku marah. Aku tak tunjuk aku marah.

Aku suka kat orang tu. Aku tak cakap. Apa? Ingat laki takde yang pemalu ke?

Aku suka kek coklat. Aku tak tunjuk. Ok. Ni tipu. Aku pernah tipu kata dah habis padahal aku dah potong separuh and sorok bawah sinki.

Ada kawan aku kata aku ni bahaya. Jenis yang meletup kalau tak kena gaya. Jangan risau. Aku memang banyak kali meletup ikut saluran yang betul. Aku ikut prosedur semulajadi. Kadang padu, kadang kencang, kadang longlai. Ah, panjang pulak! Senang cite aku kentut. Yang selalu jadi mangsa letupan gas metana itu adalah shidan vavavoom.

Actually, aku bukan seorang penyabar. Aku muda. Darah menggelegak. Panas baran. Cuma, aku tidak bertindakbalas dengan perasaan aku.


p/s: Aku ada hipothesis. Lagi lama aku tak marah, lagi power aku 'meletup'. Sabar adalah berkadar langsung dengan 'letup'. Boleh terima??

Saturday, 18 December 2010

Jari

Assalamualaikum.


Berasap. Berwap. Musim sejuk memang mencabar. Lebih-lebih lagi kalau Subuh. Hanya iman yang tebal je mampu merangsang badan untuk keluar dari selimut sebelum pukul 6am.


Teh berpudina. Hanya sedap dan mampu dinikmati sepenuh syahwat jika diminum ketika panas. Jika sejuk, umpama minum air water-coloured. Camne aku tahu rasa air water-coloured? Sebab aku pernah terminum masa darjah 2.


Minum ramai-ramai sambil borak di ruang tamu memang class. Lebih-lebih lagi sekarang, aku sudah dikira warga emas di kalangan pelajar. Umpama seorang tua yang bercerita di bawah pokok mangga sambil dikelilingi anak-anak kecil yang belum mumayiz.

"Pak pung pak mustape.."

" Dum tak tak dum tak.."

Tengah-tengah rancak bersembang, tiba-tiba,

" Eh, kenapa jari kelingking tu?" Latif (nama samaran) menukar topik 360 darjah. Matanya tepat merenung jari kelingking aku.

Semua lima pasang mata yang lain turut menjeling tajam ke arah pergelangan tangan kanan aku.

" Jungkit. Lentiknya jari kelingking kau," Husin (nama samaran juga) memecah kesunyian. Bak kata orang Melayu, ' Macam malaikat lalu'. Oh Melayu. Memang kaya dengan mitos. Sampai sekarang aku tak tahu malaikat apa yang lalu kalau tiba-tiba senyap.

Gelas teh yang panas itu masih statik. Tergantung di udara. Aku keliru.

Nak minum atau tukar cara aku pegang gelas. Akhirnya aku minum jugak sebab tengah panas. Jari kelingking aku masih melentik.

Sebaik sahaja aku letak gelas di atas meja, semua mula praktik cara pegang gelas sebagai seorang jantan. Memang tiada seorang pun pegang gelas jari kelingking melentik. Macam aku.

Ada yang mula memandang serong terhadap aku. Ada cakap-cakap kurang enak mula tersebar.

Cis!!

Aku jejaka sejati la. Maskulin tulen. Janganlah sebab jari aku terjungkit macam Azwan Ali amboi3x, aku dicop sebagai golongan itu.



p/s: Sekarang aku masih pegang gelas macam tu. Walaupun kadang-kadang aku cuba pegang macam seorang lelaki, tapi jari itu secara otomatik melentik sendiri.

Thursday, 16 December 2010

Just deal with it

Assalamualaikum.

Malam ini aku tamak. Dua entri dalam masa tak sampai 1 jam. Oh, malam ini aku pakai stokin baru. Putih. Aku target sebulan baru tukar jadi warna yang menyakitkan pandangan mata.

" Just do it.." <----- Ini tagline Nike. Tiada kaitan dengan entri kali ini.

Ramai yang sedar, walaupun ada yang tak sedar. Bukan semua manusia di dunia ini suka dengan diri kita.

Tak boleh nak expect semua orang yang kita kenal suka dengan kita.

Ada yang kita nampak macam ok, padahal dia dalam golongan yang tak berapa nak boleh terima diri kita. Ataupun, dia boleh terima kita, cuma tak boleh terima gaya kita.

Soal penerimaan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat. Mungkin juga memakan masa yang lama untuk proses penerimaan itu, walaupun ada sesetengah keadaan, just in the blink of eyes.

Ini adalah fakta. Apakah fakta itu?

Aku ulangi. Bukan semua manusia di dunia ini suka dengan diri kita.

Termasuk aku.

So, just deal with it...

Gelaranmu...

Assalamualaikum.

Kenyang. Baru habis dinner. Pinggan ada kat kaki aku sekarang ni. Air sejuk. Rasa malas nak basuh.

Tak boleh. Nanti Qaseh Aizora dan Rina Sharmila datang. (  shidan obses hiasan lampu  yang bagi nama untuk tikus yang bersiar-siar dalam bilik kami). Paling masyuk kalau dia naik katil. Elok basuh je selimut dengan air 1000 kuntum bunga.

Anda pernah digelar dengan suatu panggilan? Atau orang kata macam-macam pada anda? Kalau yang masuk ke koklea telinga itu sedap didengar, itu dipanggil pujian atau bodekan. Hina lagi, satu perlian yang langsung tak disedari

Aku?

Pernah. Banyak. Macam-macam.

Aku terima. Aku senyap.

Bukan sebab aku amalkan, " Ada aku kesah ke nok???". Tak. Aku juga tidak menggerakkan jari kelingking kiriku seperti seorang arbok. Lagi pula, kadang-kala jari aku itu sedang bekerja sebagai sukarela Alam Flora.

Aku lebih gemar memerhati dan mengkaji kenapa gelaran itu wujud. Lihat dari pelbagai sudut.

Kadang-kala anda melihat seseorang itu berbuat silap pada mata anda, tetapi tidak pada mata orang lain. Fahamilah bahawa mata anda dan mata mereka tidak sama. Mata aku warna coklat. Bagaimana pula dengan mata anda?

Menghukum atau menggelarkan orang itu memang mudah.

Kau ni..  Kau itu..  Dia itu..  Dia ini..

Sampai kadang-kala, kita abaikan latar belakang, masalah, dan sejarah orang yang kita gelar macam-macam itu. Kenapa dia begitu?

Mungkin boleh nak kata, " Alah, alasan. Kalau dah macam tu, memang macam tu jugak lah.."

Sedarlah. ALLAH jadikan cap jari manusia itu semua berbeza. Supaya manusia sedar, takkan ada satu manusia pun menyerupai manusia lain. Even mereka itu kembar seiras atau pelanduk dua rupa.

Setiap apa yang pernah berlaku dalam hidup ini, pasti akan memberi kesan kepada sikap dan perilaku seorang manusia itu.

Menghukum seseorang atas sejarah lampaunya, bagi aku, tak patut. Cukup sekadar toleransi dan terima,

" Mengapa dia begitu?"

tanpa perlu sebarang justifikasi. Jika perlu juga justifikasi, bertanyalah secara terus kepada empunya badan. Tanpa sebarang spekulasi sendiri.

Akhir kata, walau anda melihat seseorang itu buruk atau ada cacat-cela pada mata anda, siapalah anda sebenarnya untuk menggelar atau menghukum seseorang???

Monday, 13 December 2010

Ahad yang berfaedah

Assalamualaikum.

Disember 2010.

Terik. Tapi sejuk. Masih mampu membuatkan aku terketap-ketap gigi. Jadual kelas berubah. Aku ada kelas setiap hari kecuali Ahad. Ahad pun tak cuti sebenarnya. Ada perbincangan dengan kawan-kawan.

Ya!! Masa aku sangat terisi setiap Ahad. Mula 10am - 6pm. 8jam bhai!! Tak pernah Ahad aku jadi sebegitu berfaedah macam sekarang. Housemate lain sedap menjadi popia atas katil (sila bayangkan manusia itu inti dan selimut tebal dan lembut itu kulit popia), aku dengan penuh senyuman keji di pagi hAhad melangkah ke tempat perbincangan, Maqha Qasr al-Badi3, (Cafe Istana Lama).

Kasim, Bujumaah, dan Malika. Inilah kawan dalam study group aku. Kadang-kadang Syarif datang. Sekarang baru aku rasa suasana study-group yang sebenar. Dulu ada je study-group tapi tak betul-betul pure. Pure camne? Pure sebab 8jam. Kalah perbentangan bajet negara yang pernah Najib pengerusikan.

Dalam 8jam tu, 6jam betul-betul dinamakan study-group. Lagi 2jam? Ya! Kami makan, borak, layan tv.Aku tak pernah keluar duit walau satu sen pun. Ada rasa segan tapi aku layankan je. Nak buat camne? Memang aku dilayan seperti seorang adik.

Oh, lupa nak bagitau. Aku lelaki yang paling pendek dan muda dalam kelas. Tapi ada lagi perempuan yang lagi pendek dari aku. Takpe, tinggi aku memang normal bagi seorang jejaka Melayu.

Terbaru, kami tonton boxing. Morocco vs America. Teka siapa kalah?

Kalau fikir Morocco kalah, salah. America yang kalah. Bukan sebab knock-out atau mata kemenangan, tapi sebab masa perlawanan tu, Amerika tu angkat Morocco atas tali. Entah camne Morocco tu tak balance badan, then jatuh ke bawah.

Tengkuk Morocco tu bengkak. Then, America tu turun bawah then peluk Morocco tu. America tu quit sebab Morocco tu tak boleh lawan dah. Pengadil kira America tu kalah.

Yang best, kawan-kawan study group aku komen boxing tu kalah Hasbullah Awang atau Tabah Osman.

"Pung pang pak pung".

Aku gelak je. Even Morocco menang, diorang tak gembira sangat. Sebab menang cara begitu. Jangan tak tahu. Malika dan kawan perempuan dia (aku tak tau nama) tengok match tu macam gadis Melayu tengok Dafi menyanyi. Seronok lain macam. Memang jiwa Inspektor Aleeza dalam Gerak Khas. Relax je tengok darah bersemburan atas gelanggang, mata biru macam kena cop mohor, bibir lagi bengkak dari Lisa Surihani.

Mereka memang baik. Aku syukur diorang tak macam sesetengah student yang jual ikan (selfish). Nak ikan segar sendiri tapi bagi yang dah busuk kat orang lain. Diorang tak begitu. Diorang memang baik.

Barakallahu fikum!!!

Thursday, 9 December 2010

Kerna yogurt itu

Assalamualaikum..

Mei 2010.

Panas. Berangin. Berdebu. Pasir-pasir berterbangan mengaburi pandangan. Nasib baik aku pakai spec hitam. Jenama Ray-Dan. Ye. Diulangi. Ray-Dan. Patutlah murah.

Berhabuk kaki aku. Pakai sandle je. Sandle ni beli masa form5. Tahan sampai tahun akhir ijazah. Mantap. Sekarang pun aku simpan lagi. Buat pakai musim panas 2011 nanti insyaallah.

" Krukk. Preeeuuutt.."

Perut aku dah bunyi. Lapar gile. Aku bergegas menuju dewan makan di asrama pelajar lelaki. 10 minit dari universiti. Ramai student berduyun-duyun. Muka semua dah bentuk roti. Mata masing-masing berair kelaparan. Mulut terkumat-kamit dah siap baca doa. Padahal lebih 100 tapak lagi baru sampai dewan makan.

" Abdul Azim. Intazirni! ( Tunggu aku)".

Dunia Jibi. Gadis Arab yang murah dengan senyuman manis. Bukan senyuman kelat, senyuman sinis, mahupun senyuman Prof . Sir Tap Hatimanak. Rendah daripada aku. Kulit putih. Selalu pakai topi dan kasut Converse.

" Ambillah. Aku tak minum lagi. Aku baru je buka tadi nak minum. Tiba-tiba aku nampak kau. Aku nak bagi ni. Ambillah," Dunia hulur satu botol yogurt kat aku.

" Eh, takpe. Aku nak pergi dewan makan ni. Kat sana nanti aku ambil," aku seganlah nak ambil.

" Mana ada. Ni yang terakhir. Aku dari dewan makan la ni. Dah habis," dia masih tak turun tangan.

" Terima kasih," akhirnya aku ambil jugak. Ramai pulak yang menonton adegan percuma drama arahan Amat Ideram tengahari itu.

Dunia senyum gembira. Aku balas senyumannya. Dia pun berlalu pergi. Dia mendepakan tangan sambil memusing-musingkan badannya. Kelihatan dia sangat gembira aku menerima pemberiannya itu. Oh, ini khayalanku saja.

Aku terus menapak ke dewan makan. Memang sah dah habis yogurt tu. Yang tinggal botol kosong dalam tong sampah. Sambil makan, aku tersenyum sorang-sorang macam budak menang tikam 20sen.

Aku tak minum yogurt tu sampai malam. Banyak kemungkinan aku fikir. Bukan tak minum pasal nak buat kenangan. Aku bukan orang jenis tu. Even dah habis yogurt tu pun, aku terus buang. Takde pulak rajin tiba-tiba kreatif nak buat tabung. Konon menghargai. Maaf. Itu bukan aku.

Last, aku minum jugak. Aku tak terfikir pun ada jampian atau kesan sampingan kalau minum yogurt tu. Malam tu aku tidur, tak langsung mimpi dia. Kira, dia memang ikhlas bagi yogurt tu kat aku. Maybe sebab dia nak balas jasa aku.

Aku fikir positif. Aku pernah pinjamkan nota yang aku pinjam dari kak hafizah. Bukan nota aku pun. Kalau dia tahu, tak tahulah dia nak bagi ke tak yogurt tu. Korang agak-agak dia memang nak bagi tak??


p/s: Dunia ni tak pakai tudung. Tapi sopan berbanding Amina. Ini yang aku respek dia. Apalah nasib aku? Gadis Arab yang MACAM sangkut kat aku, semua free-hair. Ada kaitan dengan rambut yang aku simpan panjang ke?

Mari naik bas

Selamat menonton.




Semoga semua penumpang dan pemandu bas di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya sentiasa berada dalam keadaan baik. Selamat pergi dan sampai.

Monday, 6 December 2010

derita karim dan majid

Assalamualaikum.

November 2010.

Majid riang berjalan. Gembira. Hatinya girang. Karim di sebelah turut sama berkongsi perasaan. Suasana yang sejuk tidak begitu dirasakan. Permukaan bumi yang tidak rata dan cahaya yang agak suram tidak mencacatkan pergerakan mereka. Mereka berbual dan bertukar pendapat.

Majid: Murah rezeki kita hari ni. Banyak daripada biasa. Musim sejuk macam ni memang bertambah rezeki kita.

Karim: Mamat ni jenis bersepah. Tak reti nak kemas ke nak sapu ke. Tapi elok jugak. Ni la rezeki kita.

Majid: Kau tengok lah tu. Bukan setakat tak kemas, aku rasa tak selamat je nak jalan ni. Takut ada musuh atau siapa-siapa yang tak diingini.

Karim: Ha'ah. Betul. Minggu lepas aku dengar Si Maryam tu kena bunuh dengan orang mana entah. Badan hitam legam. Ada pulak aku dengar mati kena tusuk dengan lelaki berbadan coklat.

Majid: Kenapa ada bau lain macam ni? Tak sehat persekitaran kat sini. Hari-hari macam ni boleh kena lelah.

Karim: Kau bawak tak gas asma? Aku tak larat nak angkat kalau kau pengsan nanti.

Majid: Takpe. Aku ok. Aku dah biasa. Cuma kali ni lain sikit. Tak macam dulu.

Karim: Biasalah. Bumi dah uzur. Manusia terlalu kejar kemajuan sampai abaikan alam sekitar.

Majid: Tu la. Zaman aku kecik dulu, tak serabut macam sekarang. Kau tengok sekarang. Banyak bangunan baru. Aku yakin pemaju dilantik ni tak bagus. Susun lintang-pukang.

Karim: Memang. Tak terurus bandar ni aku tengok. Macam mana la pelukis landskap buat kerja ni.

Majid: Sekarang ni dah lah musim sejuk. Aku tak larat nak jalan lama. Cukuplah rezeki kita hari ni.

Karim: Jomlah balik. Aku pon dah tak larat ni.

Majid: Eh, salji turun. Lari cepat. Datang mana pulak salji ni?

Karim: Cepat Jed. Banyak gila salji ni. Takut tertimbus pulak kita.

Majid: Lariiiiiiiiiii!!!!
________________________________________________________

Gatal betul rambut aku. Memang kena syampu selalu ni. Dah tak boleh seminggu sekali. Kelumumur dah macam puzzle kat rambut aku ni haa. Sekali garu berterbangan bebas ke udara. Tengok bantal penuh kelumumur.

Aku tepuk bantal, kelumumur jatuh kat lantai. Haa, eloklah tu. Tikar bilik ni warna gelap, dah macam pendidikan seni tikar tu jadi. Boleh pulak buat corak kelumumur aku tu atas tikar. Kadang-kadang tengok ada semut yang lalu. Kesian semut tu.

Aku baru je kemas tempat aku minggu lepas. Sepah balik. Tak istiqamah langsung. Bersepah dengan habuk roti. Kuat betul aku makan roti sekarang ni. Habis dah satu jem coklat. Aku letak je botol jem coklat tu bawah meja. Ada lagi satu jem oren.

Oh, aku dah beli syampu baru. 3 botol terus sebab diskaun. Syampu ni aku letak bawah katil. Syampu ada pati limau purut. Hilanglah jugak kelumumur kat rambut aku. Kalau tak syampu, garu kepala banyak dapat kelumumur. Kumpul boleh jugak buat bedak kutipura.

Sunday, 5 December 2010

Aku telah ditag

Assalamualaikum.

Aku telah ditag oleh dila89. Dia ni kawan sekolah rendah agama seksyen19 Shah Alam dulu. Aku tak berapa kenal sangat dia. Tapi dia kenal aku. Sebab aku kelas hujung. Kelas budak nakal siapa tak kenal. Tapi sekarang dah macam rapat sebab dia ni agak friendly.

Ni dah macam cerita pasal Dila89. Cukup2.

Sila sebutkan 25 perkara pasal diri anda. <----- ni la benda dia tag aku suruh buat.

1. Aku kurus.

2. Aku suka bersukan.

3. Aku anak sulung.

4. Aku suka warna putih.

5. Aku kuat mimpi lepas Subuh.

6. Aku bawak kereta agak tak betul.

7. Kasut aku saiz 8.

8. Aku selalu hilang cincin.

9. Muka aku ada iras Farid Kamil. (bukan syok sendiri. tapi hasil komen orang ramai)

10. Aku suka dengar lagu.

11. Aku suka layan anime (Bleach)

12. Aku bukan seorang yang beremosi.

13. Aku seorang yang homesick.

14. Aku pemalu.

15. Aku start pakai spec form3.

16. Aku obses tepuk nyamuk and lalat.

17. Aku cepat lapar.

18. Katil aku selalu bersepah.

19. Aku suka kemeja kotak2 and jalur2.

20. Aku ada henpon SE W995.

21. Aku pakai syampu yang ada pati limau purut.

22. Aku tak hafal alquran.

23. Aku fan Man Utd.

24. Minat baca novel Ramlee Awang Murshid.

25. Aku ada kisah luka dan duka.

Terima kasih Dila89 sebab tag aku.

Monday, 29 November 2010

Jangan main hujan

Assalamualaikum..

Aku keluar universiti. Hujan renyai. Aku start nyanyi. Angin kuat. Masuk lagu kedua, hujan makin lebat. Lupa! Suara aku memang ke laut. Tu yang air laut cari aku. Datang sekali dengan air hujan. Patut makin lebat. Kena cepat sampai rumah. Hari ni turn aku masak.

Basah. Kuyup. Air menitis. Perah hood sweater. Air masih menitis. Pakai kasut DCshoecausa ingat kalis air. Kaki kecut. Kalau letak ikan laga dalam kasut pun boleh bersih kuku kaki aku. Hilang semua cagu dekat celah-celah kuku.

Aku lari tengah hujan. Tak sampai 200m dah pancit. Aku dah tak macam dulu. Fitness down mendadak. Macam populariti artis kat Malaysia. 70% short-term. Lepas tu jadi duta produk. Tak laku lagi, bukak kedai. Tak laku lagi, buat MLM. Tak laku lagi, saja buat kontroversi. Kasi up balik. Apa kaitan dengan fitness aku? Maybe aku boleh fit macam dulu kalau rajin exercise. Exercise tu kan macam kontroversi. PANASSSkan badan!!

Oh, tadi aku melayang kejap. Ini betul-betul punya melayang. Angin memang kencang. Pokok siap boleh buat back-flip 100darjah. Badan ringan. Tak jauh aku terbang tadi. Setengah meter je rasanya. Memang akungka angin tu punya kuat. Tak silap aku, dah 2x aku melayang. 1st, 2007 dulu. 2nd, petang tadi.

Dah besar main hujan, ingat kecik dulu kene marah dengan ayah. Baru sekarang aku tahu, tak elok main hujan. Bau stokin lembab memang akungka. Tambah lagi dengan bau kasut perap. Pasang Ambipure dekat 4 penjuru rumah pun, tak tentu jugak ada bau Ambipure. Silap-silap bau Armpit-pure.

Saturday, 27 November 2010

Takkanlah...

Assalamualaikum..

November 2007.

Penuh. Sesak. Hingar-bingar. Masuk kelas dengan budak Arab ni serupa masuk Tadika Kemas. Boleh main lepuk-lepuk, tampar-tampar. Oh, masa ni aku degree. Aku duduk hujung. Depan belakang Arab. Sebelah aku Melayu.

" Pung pang pung pang.."

" Tor kata tor kata.."

" Ketipak ketipung mayang sari, puteri bestari........"

Kelas habis.

Aku macam biasa. Siap satu lirik lagu. Dapat salin nota 10 minit. Baki lagi 80 minit melayang. Ok lah tu. Tak sampai seminggu masuk kelas. Ok lah tu.

Aminah. Rendah sikit daripada aku. Tulisan tak lah lawa tapi bolehlah nak baca. Aku pinjam nota dia. Panjang. Rasa-rasa 99% dia fokus masa kelas tadi. Nak harap nota budak lain, kalah tulisan Sanskrit dekat dinding gua Kelam. 1 % hilang sebab aku nampak dia touch-up muka dia tengah kelas tadi.


" Kau dah kahwin ke?" Aminah kaget.


" Belum. Aku baru 18 tahun," jujur itu penting.


" Tapi kau pakai cincin. 2 pulak tu," Aminah semakin ingin tahu.


" Oh, aku ada awek. Sorang je. Bukan dua," aku mempamerkan nilai jejaka yang setia.
( PERHATIAN: Dulu je. Sekarang aku single. Bukan promote. Cuma taknak ada salah faham)

" Oh, macam tu," sepi.

Aminah sambung syarah nota dia. Oh, dia akan syarah balik apa ustaz ajar kat aku. Tapi, kali ini, lesu. Lemah. Longlai. Perlahan.

Esok. Kelas Sosio-masyarakat Maghribi.

" Pak pung pung pak..."

" Tateh eh eh tateh.."

" Jinggale jing jing jinggale jing jing.."

Kelas habis.

Aminah hilang. Dia terus balik. Aku tak sempat kejar. Nak salin nota sah tak dapat. Nak pinjam nota Aminah dah jauh. Aku pulak siap lirik lagu Aisyah, Tiada lagi tangisan. Di sebalik ratusan pelajar yang berebut keluar dari dewan kuliah, dia meloloskan diri. Oh, mungkin dia ada hal. Terpaksa balik awal.

Esok. Sama.

Lusa. Pun sama.

Tulat. Sama lagi.

Minggu depan. Masih begitu.

Takkanlah gadis Arab berhidung mancung jatuh hati pada seorang jejaka Melayu berhidung kembang??

 Kali terakhir aku sekelas dengan dia, aku nampak ada gambar seorang lelaki dalam dompet dia. Baguslah. Aku tak pernah terpikir ke arah itu.


p/s: Aminah tak bertudung. Aku tak berkopiah. Eloklah tu. Tapi gadis Arab tak reti masak lomak cili api. Den reject awal-awal.

Friday, 26 November 2010

sifir mudah

Assalamualaikum.

1 hari = 3

1 minggu = 21

1 bulan = 90

1 tahun = 1080

Ini macam kalau konsisten, maka, sebagai rakyat Malaysia di Morocco, aku telah melaksanakan kempen ' Basmi Nyamuk'.

p/s: At least, setiap kali sebelum aku berwudhuk, akan ada nyamuk yang bercerai nyawa dari jasad akibat tepukan tanganku yang tiada ragu.

Wednesday, 24 November 2010

Dia dah 15 tahun

gambar raya aidilfitri 1431H

Nickname dia kat rumah ayum. Tapi aku tak pernah panggil dia dengan satu nama yang tetap. Macam-macam nama aku panggil dia. Yang takde maksud. Atau ada tapi aku tak tau. Tapi sume dia sahut je. Sebab agak-agak macam pelik je apa aku sebut tu, dia pahamlah aku tengah panggil dia. Salah satu adalah Inggun.

Skonch. Aspalit. Azumba. And so on.. ada lagi tapi aku tak ingat. Ahaha.

Happy besday ayum. Hari ni umur ko genap 15 tahun. Jangan jadi macam abang ko yang sengal ini. Hehehe.

puaka

Assalamualaikum.

Sejuk. Menggigil sampai terketap-ketap gigi. Orang kurus memang camni. Bak kata rumet aku, ' Tulang bersalut kulit'. Kat Malaysia pun aku prefer drive bukak tingkap, off air-cond. Ayah aku tak bagi. Kereta berhabuk. Tapi aku lagi suka angin. Tak mengantuk drive.

Ye. Apa kaitan dengan tajuk entry kali ini? P.U.A.K.A.

Bukan pasal Puaka Niyang Rapik. Cerita Melayu suka buat pasal tahyul2 ni. Memanglah ada alam ghaib. Perlu ke didramakan? Sampai budak tadika pun terpengaruh. Nak pergi tandas waktu Zuhur pun cuak sebab terbayang Liyana Jasmay punya kepala usha dari lubang jamban. PEKEJADAH kan??

Ini pasal bilik puaka dalam rumah baru aku ni. Pergh!!! Tak boleh lawan dia punya puaka. Dahlah tak masuk cahaya matahari. Bayanglah. Dah Zuhur pun macam baru syuruk. Tau2 dah Maghrib. Masa aku type ni pun, rumet aku yang dua orang lagi tengah terbongkang lagi atas katil. Padahal dah nak Zuhur ni.

Puaka giler. Macam tak boleh nak bangun dia punya puaka. Kene pulak lampu bilik ni selalu masalah. Kalau tak hidup, lagi horror. Gelap. Sejuk. Yang betul-betul kuat iman je dapat bangun pagi. Bangun pagi ye? Bukan bangun Subuh. Bangun Subuh wajib. Lepas Subuh tu yang menguji iman. Selalu aku tak kuat iman. Bantai masuk sleeping bag, sambung tidur.

Lagi satu puaka adalah katil kawan aku. Ini satu hal punya puaka gak tu. Baring kejap je pun. Nak rehatkan badan. Celik mata dah gelap. Ingatkan baru 4 saat pejam mata. Ambik kau. 4jam aku bantai tidur. Nak kata katil empuk macam katil Good Night Ziana Zain, tak pulak. Tidur atas jerami padi lagi sedap kot.

Ada lagi satu puaka. Betul-betul puaka. Roti kat sini. Aku tak tahu kenapa macam tak boleh tak makan. Padahal dah melantak nasi 2 talam sorang-sorang pun, still gak kene makan roti. Roti sini dia punya tebal macam susun 3 keping roti canai. Puas beb! Lagi-lagi sapu coklat. Coklat? I am a choc-maniac. Hooyeaaahh!!

Pastu? Tertidur la. Apa lagi kan? Dah puaka yang bilik ni pulak yang amik shif.

Tapi, sampai saat ini, aku bersyukur kat ALLAH sebab tak pernah lagi jumpa The Real Puaka.

Atau sebab aku dah cukup puaka sampai puaka-puaka yang lain rasa down dengan aku?

Sunday, 21 November 2010

aku, kopiah dan songkok

Assalamualaikum.

1998. Jumaat. 12:30pm

Wangi. Mandi sunat Jumaat dekat 30 minit. Sabun badan bertubi-tubi. Kecik-kecik dulu aku rajin mandi. Sehari 2x mandi. Nak tidur malam pun kadang-kadang mandi. Alasan panas. Sekarang? Kalau takde hari Jumaat, kering-kontanglah bulu kaki aku tak disiram air.

"Azim, siap cepat.  Dah start mengaji tu kat masjid," ayah aku dah panggil.

Dulu masa kecik selalunya aku siap dulu. Sekarang? Balance. Kadang aku kalah. Kadang ayah kalah. Dulu, orang dah start ngaji aku dah keluar rumah. Sekarang? Selalu tak sempat sampai sebelum azan. Kelas. Ye, kelas aku Jumaat sampai tengahari.

" Songkok mana?" aku dah cuak.

Peluh mula merembes. Cis, bazir je air aku mandi tadi. Bau sabun dah hilang. Ganti bau daki. Dalam beg takde. Dalam almari takde. Atas meja takde. Bawah tangga takde. Dalam kereta takde. Mana??

Aku menangis. Ye. Sangat tak maskulin. Hilang songkok nangis. Aku mogok. Aku sembabkan wajah sememehku kat sofa. Ayah aku marah. Dia bagi kopiah putih aku reject. Aku taknak gi solat Jumaat tanpa songkok. Kopiah ni waktu aku darjah tiga nampak macam letak putu piring atas kepala. Tak hensem. Rosak rambut belah tengah aku.

Mak aku datang pujuk. Tak jalan gak. Aku lagi mengada-ngada. Rasa nak lempang je diri aku sendiri bila ingat aku punya gedik. Ayah aku dah fed up. Dia dah pergi masjid. Itulah kali pertama dalam hidup aku tak pergi solat Jumaat selepas aku berkhatan. Tahu dosa. Tapi mengada. Siot. Nyampah betul aku masa tu.

____________________________________________________________________


Naik sekolah menengah. Sampai form2 je aku maintain pakai songkok dalam kelas. Naik form3, serabut PMR. Masuk kelas je aku letak songkok dalam meja. Cikgu sporting. Memahami pelajar.

Masa aku kat asrama, tak pakai songkok dah untuk solat. Pakai kopiah der. Siap serban lagi. Pakai songkok masa solat nanti orang ingat aku ada darah Almarhum Tunku Abdul Rahman. Susah. Silap-silap ayah kene jadi pengerusi PIBG. Oh, aku agak tak senonoh kerna selalu hasut ayah tak payah datang mesyuarat PIBG.

_____________________________________________________________________


November 2010.

Sekarang? Jangankan kopiah, songkok masa raya pun aku tak pakai. Kadang-kadang pakailah kopiah masa solat. Tapi lagi banyak tak pakai daripada pakai.Aku lebih selesa free-hair. Dengan keadaan angin yang kuat di sini, agak mendamaikan apabila rambut kita beralun menari mengikut irama angin.

Aku seorang jejaka penuh cerita duka. Rambutku yang lurus ini tak perlu aku tutup kerna bukan aurat. Jangan dipersoal. Jangan berhelah. Tutup sahaja rambut anda wahai wanita makhluk ILAHI.

Seorang ustaz identitinya memakai kopiah atau songkok. Aku bukan golongan itu. Lebih tepat, masih belum tergolong lagi. Mungkin masa depan. Siapa tahu?? Yang pasti, sekarang aku masih pelajar. Belajar daripada kesilapan, pemerhatian dan pengalaman.

Saturday, 20 November 2010

auwww!!!

assalamualaikum.

musim sejuk 2009, Rabat.
lepas isyak.

Malam itu sejuk. Turn aku masak. Rabu. Aku masak sup rasanya. Sampai dikutuk dan diperli kerna itu yang aku selalu ulang. Takpe, janji habis. Air teh dah habis dihirup beramai-ramai. Slot bahan-membahan berlangsung hangat di ruang makan.

Aku ikat sampah. Dengan kain pelikat hijau dan baju tebal askar jalur-jalur halus, aku keluar rumah. Dingin. Rambut panjangku menutup sebahagian dahiku. Angin agak garang, meniup tanpa rasa jemu. Tangan kiri pegang sampah, tangan kanan pegang kain. Jika tak dipegang, bulu kaki pun boleh beralun sama.

Aku melepasi sekumpulan anak muda. Berasap. Asap nafas yang sejuk bercampur asap rokok. Ah, aku benci asap rokok. Tiada kempen 'Katakan tak nak pada rokok' di sini. Sambil berlari-lari anak, dan sambil mengepit kain pelikat, pergerakanku tangkas umpama cicak nak makan spagethi.

" Uit, uit. Chuumpp, chuummp.."

Kumpulan anak muda itu membuat bunyi tikus mondok yang terbelah ekor akibat bermain paku. Huduh sungguh bunyi itu. Oh tidak!!!!

Aku telah digoda, dingorat, tapi tidak dicabuli hak asasiku sebagai pendatang di negara orang. Aku teruskan langkahku dan melakukan hayunan tangan yang mantap. Plastik sampah itu tepat masuk ke tong sampah tanpa sebarang sisa bersepahan. Namun, bau masih degil melingkari suasana malam yang dingin itu.

Bunyi siulan ngeri itu terhenti tatkala aku berpaling. Dengan janggut yang tersangkut pada zip jaket, kumpulan anak muda itu tergamam. Ya! Dengan potongan badan 35, 28, dan 34, ditambah pula dengan rambut lurus yang panjang di tengkuk, sesiapa sahaja yang melihatku dari belakang mungkin menganggap aku seorang gadis sunti yang merayau di tengah malam.

Kumpulan anak muda itu tadi tergelak. Aku tersenyum sinis. Mana mungkin mereka terpikat pada aku yang berjanggut tak terurus. Mana mungkin juga aku menyukai mereka.

Ketika aku melintasi mereka, aku dengan sengaja menyelak kainku. Rokok di mulut mereka jatuh ke tanah. Ada pula yang jatuh ke kaki tapi tidak sedar. Baru mereka tahu kaki anak Melayu pun berotot kekar. Betis seorang pemuda Melayu pun boleh fight Arab.

Sejak itu, aku tidak lagi menyimpan rambut panjang. Serik. Tapi, bunyi ini masih lagi meniti di bibir delimaku yang mekar...

AUWWWWWWWWW!!!


Panjang lagi sikit daripada yang ini.

Wednesday, 10 November 2010

70% sahaja yang begitu

Assalamualaikum.

Aku dah kembali bernafas di bumi Maghribi@Morocco. Ada perubahan fizikal.

Universiti lama aku dah dinaik taraf. Not bad. Dah tak boleh kutuk. Dulu kalo ada lawatan ke universiti, sure kene kutuk. 1st ranking dalam negara. Tapi tak semenggah. Takpe. Aku tetap bangga.

Hosmet lama aku dah pindah rumah baru. Besar. Lawa. Puas hati. Oh, duit pun 'puas' jugak. Dekat dengan masjid. Nasib baik tak payah menapak jauh.

Ada juga perubahan mental. Yelah. Dah fizikal, mental la pulak kan.

Tahap kesabaran aku dengan pak2 Arab dah menipis. Tak tau tipis mana tapi yang aku sedar, memang dah tak macam dulu punya sabar. Start sampai airport, dia dah buat hal. Bukan dengan aku. Tapi dengan pelajar baru yang aku bawak.

Dia boleh blah gitu je dari kaunter sebab member2 kat kaunter lain dah takde. Dia dah tension kene tinggal sorang2, dia pun tinggalkan kaunter gitu je. Padahal ada lagi 2 orang pelajar baru tengah beratur. Dah kalau baru 1st time masuk Morocco mestilah pakai visa.

Dia nak samakan jugak aku macam pelajar baru. Tak nak bagi lepas sebab takde PR card. Dia punya pening mengalahkan safee sali yang memerah otak nak lepas kawalan shukor adan. Last2 terpaksa bukak kaunter baru sebab pakcik pening ni pergi tanpa senyuman perpisahan.

Tadi aku pergi pejabat nak periksa kemasukan. Aku cuma nak periksa. Bukan nak ambil. 1st aku masuk, dia suruh tunggu 30minit. Aku tunggu 45minit. 30minit diorang tu aku dah paham. 2nd time aku masuk, dia kata tak boleh nak check lagi. Tapi tengah main fesbuk, bukak web hiburan apa ntah. Cukup. Dah sejam aku kat situ.

Dulu mungkin aku boleh tunggu 2-3jam. Sekarang? Pergh! Arab ni memang menguji kesabaran pemuda berdarah Melayu. Aku dah tanya awal2. Kalau ada nama aku, aku akan tunggu. Kalau tak, aku nak balik. Jawapan tetap sama. Tunggu sikit lagi.

Oh, baru aku tahu. Mungkin pepatah Melayu itu diambil sempena perangai Arab.

" Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.."

Bukit apa kat sini? Bukit dalam kepala diorang yang tinggi sangat tu yang dah tak nampak orang lain. Bukit yang terbina dalam hati dan kepala aku yang rasa nak sumbat diorang dalam bukit tu dan tanam hidup-hidup.

Oh, bukan semua begitu. 70% je. JE!!!

Wednesday, 20 October 2010

kronologi dikejar anggota polis

Hari: Selasa, Tarikh: 19 Oktober 2010. Masa: 1130-1150.
lokasi: selepas bangunan MBSA menghala ke Federal Highway.

Myvi silver meluncur tenang melepasi bangunan MBSA. Kelajuan sederhana. 60km/j. Tiba-tiba sebuah motosikal muncul dari sebelah  kanan jalan. Perlahan. Aku mengurangkan kelajuan kereta.

Sebuah van putih dan sebuah pacuan empat roda memintas aku dan motosikal itu dari sebelah kiri jalan. Satu keadaan yang menjelaskan betapa perlahannya myvi aku dan motosikal itu. Selepas melihat side mirror bagi memastikan tiada lagi kenderaan ingin memintas dari sebelah kiri, aku pon memintas motor itu dan menekan hon yang panjang.


Aku terlihat penunggangnya sedang menggunakan henpon. Sebaik sahaja aku melepasi motosikal itu, baru aku sedar aku telah menghon seorang anggota polis. Kelajuan myviku meningkat setelah dapat memotong anggota polis itu.

Tidak sampai 20saat, anggota polis itu telah berada di sebelah kanan tingkapku dan menjerit-jerit. Ketika itu beliau tidak lagi memegang henpon di tangan kirinya. Oh, anggota polis itu berpakaian biru. Dan ada lencana di bahunya. Aku tak pasti apa pangkat beliau tapi beliau kelihatan sangat marah. Aku ingin menurunkan tingkap keretaku bagi mendengar dengan lebih jelas suara beliau. Mama segera menegah kerana jam 1200 ada appointment di SJMC.

Aku telah tiba di simpang menghala ke KL ketika itu. Aku terus membelok kereta ke kiri dan anggota polis itu terlajak ke hadapan. Mama berkata, " Jangan layan orang macam tu. Buat pening kepala je.." Terima kasih kepada mama yang menghalang niatku untuk berdebat dengan anggota polis itu. Syukur juga kepada Ilahi kerna aku telah sampai ke simpang menghala ke KL ketika anggota polis itu memahariku dari sebelah kanan.

Persoalan di sini, bagaimana beliau boleh berada di sebelahku dalam  tempoh yang singkat walhal sebentar tadi beliau sangat slow menunggang motosikalnya di sebelah kanan? Boleh pulak beliau menunggang dengan laju. Aku tak pastilah kalau anggota polis memang ada peraturan yang mewajibkan mereka menunggang motosikal dengan perlahan di lorong yang laju.

Lagi, apakah orang awam tidak dibenarkan menghon anggota polis kerana boleh didakwa kerana mengganggu tugas mereka? Yelah, gangguan bunyi dan gangguan emosi semasa bertugas. Bukankah menunggang motosikal itu masih berada dalam lingkungan waktu kerja?

Lagi, jika perbuatan aku salah, iaitu hon anggota polis, apakah cara-cara yang diluluskan oleh kerajaan berkenaan perkara sebegini?

Kepada pembaca blog ini, kalau anda ada sebarang pengetahuan tentang perkara ini, silalah berkongsi cadangan dan idea anda. Saya sangat mengalu-alukan. Terima kasih.

Tuesday, 19 October 2010

babak ajaib

assalamualaikum.

sambil2 downlond bleach, aku rasa nak type plak. ni anime kegemaran aku lepas slam dunk. watak anime paling meninggalkan kesan dalam hidup aku adalah sakuragi hanamichi. slam dunk. seorang remaja berambut oren yang penuh tenaga dan semangat.

ye, apa jadah tajuk entri aku gitu. aku dok umah ni, banyak lepak ngan mak aku je. nak panggil aku anak mak? panggil la. mama suka layan cite indon. cerita 'cinta dan anugerah'. ala, yg ada ashraf sinclair berlakon tu. waktu siaran 5:30pm-6:30pm. isnin- jumaat, tv9. waktu ni aku akan online. malas nak join. oh, program yang aku tengok ngan mama sama2 adalah siti kelembai. cool!!!

rupanya, mak aku bukan sekadar tengok. dia analisis jugak rupanya. babak yang dia akan gelak kalo babak kameraman fokus kat muka pelakon. then, pelakon tu akan beliakkan mata sebesar boleh. macam nak pecahkan guiness book of record. besar yop. tu babak yang macam terkejut. jumpa pakwe lama yang baru keluar dari longkang sumbat. or dapat jutaan rupiah dari ekzos kete. or controlled car langgar ibu jari kaki.

masa ni camera movement akan jadi slow. fokus giler2 kat muka pelakon tu. sure nampak liang kulit tanpa parut jerawat. dah rasa habis zoom, mata akan jadi besar secara slow-motion. jadah apa semua drama indon gitu. betol gak apa mak aku analisis tu. apa motif? kalo bermotif sekalipon, tak kreatif bagi aku. sama je sume. aku layan gak cite2 melayu. nasebek takde babak2 gitu. kalo ada pon, beliak ala kadar. indon hiperbola. semangat melampau2.

bolehkah sifat dan sikap sesuatu bangsa itu dinilai melalui beliakan mata? kaji, selidik...

Thursday, 30 September 2010

sen-tea-mental

Assalamualaikum.

Lepas ni entri akan berkurang. bil elektrik rumah naik. ye, aku tahu. memang sebab aku selalu online.

Tadi Kancil aku hon Badak Sumbu aka Toyota Fortuner. Gila kau. Tayar dia je dah besar pintu Kancil aku. Tapi bodoh piang punya Badak. Jalan one way kau bantai jugak.

" Rules are made to be broken.."

Haa, memanglah. Tapi tengok keadaan lah. Dah kalau sampai eksiden. Tulang kau sume aku patahkan. Kau bajet kau drive Badak aku takut? Kancil tu haiwan yang pintar tau??

Dah2. Entri ni bukan sambungan entri lepas.

Haa, aku tahu. Korang semua mesti ada sumthing atau benda yang korang sayang giler. Bak kata Tok Batin rumah panjang orang asli Bukit Bandaraya U11, " Atok pasyti. Syemua barang ada nilai tersendiri. Pricelessy. Lagi2 kalau ada syentimental value.."

Aku takdelah barang yang ada nilai sentimental. Tapi aku ada beberapa barang yang aku rasa dah old season. Memang barai kalau korang tengok. Kira kalau hantar kat badan kebajikan untuk saudara Muslim di Gaza, memang korang kene cop la. " Barang nak buang baru nak bagi badan kebajikan.."

1st- Beg sekolah Nike warna kuning. Beg ni aku beli time form3. 2004. Beg tu still wujud. Aku bawak gi Morocco. Sekarang dah 2010. Korang ada ke beg sekolah bawak masuk universiti? Malu kan? Yelah, dah masuk univ, pakai beg sekolah. Kurang2 pakai sliding beg. Aku peduli apa? Still boleh guna, aku gunalah. At least, dengan beg tu adalah penebat untuk aku tak nampak tua.

2nd- Baju dalam. Wei, ni bukan baju yang perempuan pakai nak jadi slim. Apa jadah entah. Aku tengok dah macam sarung durian. Kenapa tak sarung nangka? Sebab yang pakai baju dalam slim tu aku rasa badan bentuk durian. Marah ke baca kak? Takde pompuan baca blog aku ni rasanya.  Sambung cite. Baju dalam aku tu aku pakai dari form1. Ada je lagi sampai sekarang. Warna putih lagi. Oh, aku suka kaler putih.

3rd- Kasut. Aku ada kasut putih. Putih lagi. Kasut ni aku beli masa form4. Zaman hiphop dulu. So, aku beli kasut DCshoecausa. Kasut ni kira top la dulu. Sape pakai konfem orang tahu. "Oh, budak ni hopperz..". Masa tu zaman Ruffedge tengah up. Faizal Tahir masa tu baru nak masuk OIAM. Nak jadi cite, even kasut tu sekarang dah jadi kasut Phua Chu Kang, aku still simpan. Bukan ada sentimental value pon. Aku pakai kasut ni untuk bersukan. Futsal, takraw, volleyball, joging. Bau takde. Ajaib. Kasut ni kalah setahun dengan beg Nike kuning.

4th-......

5th- ...... and so on..

Actually ada lagi. Tapi aku tak berapa ingat bila aku beli. Tu yang malas nak cite. Aku tak suka reka cite. Tak pure Tok Batin kata.

So, actually aku nak cakap, selagi boleh guna tu, gunalah semaksimum mungkin. Bukan kedekut atau bahasa singkatnya kedek. Atau aku suka guna stek. Bukan sama sekali. Ini mengajar kita untuk berjimat dan tahu menghargai sesuatu.

Maka, kalau ada sumthing yang korang tengok dah old-season giler, maka fahamilah bahawa pemilik barang itu mungkin menyimpan nilai sentimental yang ada pada barang itu. Tapi, bukan aku. Aku jenis guna sampai barai. ..

Wednesday, 29 September 2010

Kancil itu..

assalamualaikum.

Mana salam 1 Malaysia? Aku dah malas. Entri selepas ini mungkin dah tiada slogan itu.

Hari ni aku drive lagi. Hari-hari aku drive rasanya. Mama tak sehat. So, akulah yang jadi supir. Tadi Mama menjerit. Aku bawak Kancil macamlah aku bawak Honda Type-R. Ada lubang tengah jalan. Mana MBSA? Mana JKR? Korang ingat tu jalan raya tu tapak ujian memandu kereta kebal ke? Kalau tayar 4x4 pon boleh sangkut, ni pulak tayar Kancil yang macam kaki semut tu.

Oh, lupa nak cerita. Mama jerit sebab aku elak lubang tu macam aku sorang je tengah drive masa tu. Padahal waktu puncak. Lagi satu, lubang tu betul-betul kat simpang lepas bulatan. Mungkin dah ramai jadi mangsa lubang misteri itu. Cuba bayang kalau malam, lagi naya. Buatlah kerja wahai pihak yang bertanggungjawab.

Lagi satu bengong. Aku peduli apa kau jiran ke tak. Nasib baik je aku bawak mak aku dalam kereta. Kalau tak aku dah kejar kau tadi. Lagi satu nasib baik jugak. Aku drive Kancil. Kalau Myvi mintak maaflah aku nak bagi lepas.

Kau dah tahu bawak Kancil macam aku, tak payah lah nak potong atas bukit. Kau tu orang tua. Aku ni belia negara. Kau dah tau ada bulldozer depan kau, stay je la kat belakang. Yang kau potong atas bukit pejadahnya? Aku yang nak turun dari bukit nasib baik peka. Kalau kau nak try kancil siapa lagi durable, bukan dengan Kancil aku tu. Kau try la dengan Kancil lain.


Fokus ketika memandu itu penting. Lagi2 dalam kes macam ni. So, aku apalagi. Dengan alasan yang sangat kukuh, aku pun tekanlah hon. Sebab aku ni tak suka hon orang. Ni dah Kancil tak sedar diri depan Kancil aku, aku tekanlah hon. Maka, terhasillah bunyi ini,:


' ................'

'________'

Tu lah bunyi hon Kancil aku. Macam bunyi ulat gonggok bersin. Penah dengar tak?? Kalau tak pernah dengar, takpelah. Aku pon tak tau macam mana bunyi dia. Point dia kat sini, AKU TAK PUAS HATI BUNYI HON KANCIL. Tak menggemparkan alam pon. Aku jerit lagi kuat rasanya. Rasa tak berbaloi tekan hon. Lepas ni, lepas aku balik habis la kot, aku nak beli kereta yang hon dia macam hon kapal kargo.

Itu baru dinamakan hon. Sekali tekan, boleh pecah side mirror Kancil pakcik tu. Kau nak kata aku kurang ajar, aku boleh kata kau tak belajar bawak kereta. Kau nak kata aku biadap, aku boleh kata kau takde adab masa drive. Pasal kau tak sabar je boleh terjadi kemalangan yang boleh dielak kalau kau sabar. Ingat pakcik, umur kita mungkin beza 30 tahun. Tak bermakna aku kene hormat kau kalau kau dah buat hal macam tadi.

" Yang muda disayangi, yang tua dihormati."

Haa, ye lah tu. Aku tak sure pon kau sayang aku. Kalau kau sayang aku, kau tak drive macam bodoh pagi tadi. Aku jadi emo pasal aku bawak mak aku dalam kereta tu. Kalau aku sorang takpe. Disebabkan aku tak sure ko sayang aku ke tak, maka aku sure yang sekarang ni aku dah tak hormat kau.

Sayangilah yang muda agar kehormatan itu terpelihara wahai sang tua.




 

Tuesday, 28 September 2010

beza, memang berbeza

assalamualaikum. salam 1 Malaysia.

puas. kenyang memang indah. lagi-lagi mak masak. tak tambah tak sah. nasi dalam pinggan penuh. paling kurang 3x. bukan macam nasi lemak dalam kafe KPJ selangor. tak pun macam gerai makan kat KL (lokasi tepat bukan nak dirahsiakan, sebab sume lebih kurang jer). tak sempat nak kelip mata dah habis dulu. ciput gile. tak macam kafe A dekat matrix londang dulu. nasi doreng dia aku rembat pagi tahan sampai petang.

ini macam hari-hari ada chance kejar acap and the geng. tapi berapa lama aku boleh macam ni? dah nak balik. hari-hari makan 3 pinggan. fulled. cukup bulan tali pinggang pon dah tukar lubang. selalu lubang kat tengah. ini boleh jadi lubang kat hujung.

oh, ini bukan cerita pasal makanan. ini pasal pemerhatian aku selama ni. selalu dengar. selalu baca. memang selalu.

" saya bukan tak nak pakai tudung. benda2 elok ni kenalah ikhlas. buat apa ikut orang kan? saya akan pakai satu hari nanti tapi bukan sekarang. ikhlas tu belum tiba.."


" hati saya belum terbukak untuk pergi haji. seru tak sampai lagi. insyaallah saya akan pergi bila dah ada seru.."


" buat apa solat nak tunjuk2 kat orang. takkan saya solat saya nak panggil orang? saya akan solat. bukan sekarang. saya sibuk"


" saya memang kerja macam ni. bukan saya suka-suka nak sentuh perempuan. saya sendiri dah kawen. bukan saya berzina. saya buat depan orang ramai. bukan berkhalwat. jangan cakap kalau tak tau hukum-hakam.."

hello brader, aluu sister. aku dengar nak nangis pon ada. nak gelak pon ada. takkan tiba2 nangis kot. tengok ayat-ayat cinta pon tak nangis, setakat dengar jawapan 'IKHLAS' ni lagi la aku nak 'menangis'.

beza melayu dengan bukan melayu:
baju kurung & baju melayu vs cheongsam, kurta, sari, dhoti and so on. etc.

chop, aku bukan rasis. contoh perbezaan antara kaum. perbezaan juga satu kekuatan.

 beza muslim and non-muslim: 
solat vs buat pekak dengar azan.
tudung vs free hair
seluar pendek vs seluar panjang
haji vs melancong
poligami vs zina
.......................................................


ya, 1 Malaysia lebih kepada perpaduan kaum. tapi aku bukan nak borak pasal kaum. aku nak borak pasal Islam. beza Islam dan bukan Islam.

beza Muslim and non-mulim. Kabur. Samar. Blur. sebab apa? sebab penganut Islam dah tak macam betul-betul dalam Islam. Serupa macam yang non-Muslim.

bayangkan satu situasi. seekor alien dari planet Nameck turun bersama ketuanya, Piko. Mereka ada assignment setelah belajar mengenai Islam. dan terjadi dialog berikut.

------------------------------------------------------------

Piko: Kamu Muslim?

Pakjim: Ya, saya Muslim. Ini isteri saya. rosnah, izati, maslina, dan rafiqah.

Piko: Kenapa 3 isteri kamu ni lain? yang sorang ni lain?

Pakjim: Takde yang lainlah. Semua sama. diorang pon Muslim macam saya jugak.

Denden: Ketua Piko, tadi Ketua ajar saya Muslimah itu bertudung. Dan Islam hanya membenarkan perkahwinan seagama sahaja. Tapi pakcik ni kata isteri dia semua muslimah. tapi ada yang tak bertudung.

Piko: Sabar. kita tanya pakcik ni. Ada antara isteri pakcik ni yang non-Muslim ker?

Pakjim: Mereka semua Muslimah. Cuma tak mengamalkan gaya hidup Islam.

Denden: Sebab pakcik pon pakai seluar pendek. sebab itulah 3 yang lain tu tak bertudung. yang bertudung tu saya tengok dada tak tutup. tersembul jugak. Ketua Piko, benarkah teori saya ni?
-------------------------------------------------------------

Pakjim memaut bahu semua isterinya dan terus berlalu. Adakala dia terbersin kerna rambut rosnah masuk ke dalam lubang hidungnya. Adakala kaknya tersadung kerna rambut izati menutupi mukanya. Adakala dia menggeletik kerna rambut rafiqah termasuk telinga. Adakala mukanya tersembam lembut seperti span apabila terlanggar dada maslina.

Hidung Pikor kembang. Anak didiknya sudah matang. unggas, nyamuk dan lalat mati tersangkut di hidungnya. Bulu-bulu manja yang berjuntai di gua gelap itu mengandungi racun kesan pertarungan sengit antara dirinya dengan fliza dan majinbu.

Aku bercerita situasi di Malaysia. Nampak remeh kan isu tudung dan seluar pendek? Tapi bayangkan alien itu adalah anak kecil Muslim yang baru nak mengenal dunia, bertanya tentang Islam. jika jawapan yang disajikan berbentuk perbezaan ini, makin ramailah kawan-kawan anak kecil ini yang tak bernasib baik. Tersadai di pagar masjid, mati digigit anjing. tak nampak kaitan? fikirlah dengan lebih kritis.

Muslim di Malaysia kena bersatu. Sama rupa paras. Sama pakaian. Sama identiti.

Perbezaan yang terjadi antara 3 perkara ini bukan 1 kekuatan, tapi 1 bencana untuk umat Islam di Malaysia.

dont disturb

assalamualaikum. salam 1 malaysia.

aku teman mama check up. tunggu dekat area A. bising. kecoh. hingar-bingar. budak lari-lari, baby melalak, mak budak gosip-gosip, nurse melaung-laung nama pesakit. aku nekad nak hulur kaki, biar tersadung budak yang lari-lari tu. batal. boleh sabar lagi.

aku bukak paper. utusan melayu. paper ni orang kata bias kerajaan. belasah. aku baca berita luar negara. 'Petempatan Yahudi di Tebing Gaza masih diteruskan'. Lahanat. Haram jadah punya penjajah. Oh, aku teringat. bila sebut orang Israel Yahudi, jangan lupa sambung,"'laknatullahi 'alaih".

aku teruskan bacaan. tiba-tiba seorang budak india lalu depan aku. kerusi kat area A tu disusun rapat depan belakang. 30cm cuma. muat-muat untuk kaki masuk. tapi kalau kaki acap tu aku tak sure. maybe kene tolak dulu. aku angkat paper. bagi laluan kat budak tu. persepsi aku, " ah, budak. bese lah. budak baru nak up.."

suddenly his mom said, " ayo boy. don't play there lah. you are disturbing that uncle. come here. or i'll slap you."

aku terus angkat paper. tutup muka. tak turun-turun paper tu. aku dah tua. yes. aku makin tua. and aku kene akui. wajah aku tua 3 tahun dari usia sebenarku. banyak lagi peristiwa yang menggambarkan umur aku lagi tua dari usia. cukuplah yang satu ini. mungkin ada lagi pada masa akan datang. siapa tahu? akan aku coretkan lagi.

memang manusia makin tua. ada ke yang makin muda? susuk mungkin. moden sikit, botox.

ingatlah, ajal maut itu pasti. cuma kita tak tahu bila. yang kita tahu, ajal itu datang, tak lewat sedetik, tak cepat sedetik..

Sunday, 26 September 2010

bukan dalam list

assalamualaikum. salam 1 Malaysia.

minggu ni memang packed. bizi kata budak2 tadika sekarang. kecik2 dah pandai speaking. aku tadika dulu skipping tau lah. bizi memenuhi jemputan open house. ada jugak rumah yang aku tak dapat serang. drive sorang2 memang boring. silap2 boleh pegang stereng pakai kaki kiri. (aku drive myvi auto).

aku ingat bila rajin memenuhi undangan open house, dapatlah aku penuhkan ruang kosong perut ni. serius aku cakap, jeles sungguh lihat acap, hasan, bakar, fit, luqman. dah macam orang kawen. ok, luqman dimaafkanlah. sebab dah tunang. kira sebelah kakilah dalam alam perkahwinan.

perut masing2 dah takde getah beb. kira kalau pakai baju saiz M, silap2 boleh tercabut butang baju tu. peha satu hal. bukan drummet dah, lebih kepada labu sayong aku tengok. tapi paling aku salute, tagan diorang. kalau rajin bumping macam bakar f5 dulu, (bakar ni wakil selangor pencak silat kebangsaan. tahun 2006, dia main kategori 60kg kalau tak salah), boleh fight sazali samad lah aku jamin.

aku tengah bergelut. bukan nak jadi macam diorang. aku cuma bergelut nak dapatkan berat badan ideal. bayangkan, tinggi 169cm, berat 55kg. paling kurang at least 60kg. memang betul2 bergelut. hari2 makan roti sapu mentega. bajet boleh berlemak badan. tak jalan jugak. badan aku ni kira memang papan lapis buat kedai runcit tepi jalan tu haa.

aku masih teringat kata2 kawan aku. seorang gadis:

" kalau aku kene buat list, nama kau bukan dalam senarai top10. sebab badan kau kurus sangat. even kau ni kategori hensem, tapi tak nampak gagah nak pertahankan seorang perempuan.."

bab hensem tu belakang kira. aku tak kisah. bab tak nampak gagah nak pertahankan seorang pompuan. pergh, itu satu statement yang menyebabkan aku selalu tergigit jari sewaktu makan, selalu terletak garam dalam milo dan macam2 lagi.

takpelah, aku mengerti. memang benar kata2 kawan aku tu. aku redha. ahahaha. ini bukan ayat pasrah. sebab aku teringat satu hadis ni. riwayat aku tak ingat tapi ini hadis sahih. mafhumnya:

" lelaki yang paling kuat adalah lelaki yang mampu menahan marah.."

ini jela yang paling kuat boleh aku buat. ehehehe.

apa-apa pun, aku bersyukur. badan aku kurus ni banyak gak kelebihan. aku boleh selit2 celah tiang masa sesak dalam komuter. aku boleh masuk dalam lubang sempit nak amik barang.

bersyukurlah dengan diri sendiri kerna diri kita kan ciptaan Allah yang terbaik..

Saturday, 25 September 2010

sudah...

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai


Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa
..

Friday, 24 September 2010

gerak hati

assalamualaikum. salam 1 Malaysia.

gerak hati. hati kita memang bergerak. kenapa hati bergerak? sebab nak bersihkan darah. bagaimana hati bergerak? searchlah kat internet. tapi pastikan anda tidak takut darah atau video yang meloyakan.jadilah rakyat Malaysia yang celit IT.

gerak hati. a.k.a instinct. satu fenomena yang selalu berlaku tanpa disedari. tapi aku lebih percaya itu ilham daripada Ilahi. aku lebih yakin itu pertolongan Allah. kadang-kala semua usaha telah dibuat, tapi masih tak jumpa penyelesaian, buntu cari keputusan.

ketika itu, instinct akan jadi jawapan. jadi kunci penyelesaian. even kadang2 nampak akan terhasil sesuatu yang tak baik, pasti ada hikmah yang tak pernah kita duga. menjangkaui fikiran insani.

sebagai hamba Ilahi, aku follow rancangan Dia sebaik mungkin. lebih baik kita lakukan yang baik2 sahaja.
sebab apa? ada tercatat pada Tag Blog aku..

Wednesday, 22 September 2010

lupa dan hanyut

"dan tapi dah ku sedari, segala perit kau lalui ku terlupa kau terluka..

dan tetapi telah aku sedari, segala perit yang kau lalui kerna diriku yang terus hanyut.."

Thursday, 16 September 2010

silap

assalamualaikum.

idea datang bertubi2. lebih tepat lagi, mood aku nak mengarut sangat tinggi di kala ini.banyak benda aku nak keluarkan daripada kepala aku seblom aku baring nak tidur.

silap. salah.

biasalah manusia. takde manusia yang tak penah tak buat salah silap. konfem ada.contoh: salah tengok signboadrd. salah sangka. salah teka. banyak la salah. malas aku nak type. sebab memang banyak salah silap kan?

bagi aku, kadang-kala kita perlu buat silap kecil supaya tak jadi silap besar. contoh: tak payah tegur seseorang yang kita kenal yang kita tak pasti kesan masa depan nanti macam mana. at first, memang nampak la sombong sebab tak tegur. bila fikir panjang, kena yakin dengan tindakan salah yang kita buat tu adalah untuk elakkan silap yang lagi besar pada masa akan datang. (ini kes aku. contoh dari diri aku. kalo sape2 yang baca blog ni x paham, bole tanya aku..)

bagi aku la, kena jugak kadang2 aku agak jahat (stacy angie) and kejam. berlaku sombong dan bongkak. kerek dan berlagak. bukan sebab aku dah malas buat baik or dah bosan buat amal jariah. tapi aku harap dgn kejahatan tu akan bukak mata orang lain benda aku buat ni jahat, jangan diikut. kadang bila buat jahat sorang2 x rasa salah. dah tengok ada orang lain buat salah, baru rasa bersalah.

actually x sampai maksud apa aku nak tulis kat atas tu. ahahahahaa. actually nak cakap, kalau tiba2 aku jadi sombong, adalah sebabnya tu. bawak2lah bertanya. berbincang. jadi matang. jangan suka buat spekulasi. (aku suka acap punya ayat. "jangan suka buat spekulasi").

dan kadang2 juga, apa yg orang buat kat kita, kita buat la balik kat orang tu. adil. memang baik kalo perbuatan jahat dibalas baik. tapi macam aku cakap tadi, ada keadaan perlukan keras dibalas keras, kasar dibalas kasar. what you give, you get back. senang cite kan?

fahamilah, hayatilah renungilah..

tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu
tentang mati kamu..

sembang myvi bjr 7081

assalamualaikum.

aku takde modal nak type pagi2 buta ni. aku baru balik konvoi raya. 2 hari. letih gile der. aku sorang drive. naik kebas kaki aku. bukan takde penumpang (arif and fit) offer nak drive, tapi kete bapak aku tu. papehal jadi, biar aku tanggung. so, better aku drive la aqn?
1st day: kelana jaya - gombak - lembah keramat - ulu yam
2nd day: jenjarom - puchong - subang perdana

banyak benda kitorang discuss and borak dalam kete sepanjang 2 hari. macam2 cite kuar. resam orang menrantau la kan? banyak story xtau. best gak bawak acap the boss dalam kete. banyak misteri nusantara terungkai dan terbongkar. daripada cite pasal syariah, bawak kepada bahasa arab. daripada allahyarhamah datuk sosilawati, bawak kepada isu penyatuan dua hati. daripada cite ustazah kain belah, bawak kepada khilaf harakah islahiyah. banyak isu. tak larat aku nak kupas.

aku pon jadi bahan gak dalam kete tu. tapi takde hal. aku ok jer. soalan biasa pasal sejarah silam. aku layankan aje. topik feveret adalah tunang dan kawen. aku pon tak terkecuali. terbabit sekali. ye la, ni la tajuk yg ada point nak bahan aku. (yang naik kete aku, aku bukan luah perasaan tak puas hati kene bahan dlm kete. takde kaitan ok??)

actually aku dah tak amik tau pon. aku ada banyak lagi benda lain nak settle. aku ada lagi masalah lain nak pikir. what past is past la kan der? takde plak aku nak jadi macam dani cite adamaya tu. sengal la jawabnye tu. hepi je aku tengok kawan2 aku da kawen and tunang. luqman and wani dah tunang. farahin da kawen.
yang akan menyusul aku tak pasti. (arep ada gaya kene jampi ngan sumandak sandakan. btol ka bah??)

skrg ni aku dah tak akan amik tahu pasal benda2 lepas. aku takkan melintaskan fikiran aku kat perkara2 lepas. la ni, aku nampak kawan2 kat sekeliling aku. aku lihat keluarga aku kat sekitar aku. aku dah tak nampak apa2 benda lain. jadi, sape2 yang ada dekat aku, samada korang famili or kawan2 aku. dekat di mata dan dekat di hati..

aku mantong sebenarnya malam ni. lalok giler. penat drive x hilang tapi x bole lelap.

Thursday, 12 August 2010

hidup memang harus memilih

assalamualaikum.

dah berbulan aku tak update blog ni. sampai besday mak aku pon aku tak buat entry. takpe, tak sampai tahap anak derhaka. mudah-mudahan. besday mak aku 21 julai. besday yang ke 48.

hidup ini memang ada pilihan. terpulang kepada kita apa pilihan kita. aku memilih untuk tukar nama blog ni, tukar gambo aku yang poyo tu, dan tukar tagline blog ni. aku ada pilihan nak kekalkan. takde sape suruh, takde sape halang.

banyak pilihan dah kita buat dalam hidup ini. dah beribu. mungkin juga berjuta. ada yang kata silap memilih. menyesal. bagi aku, tiada istilah silap pilih, salah tunjuk. sebab bagi aku, itu semua pengalaman. jika kita pilih yang ini, kita takkan merasai yang itu. adakah dikira salah melepaskan itu dan menggenggam yang ini apabila kita ditimpa musibah atas pilihan kita??

yakinlah, Allah itu maha mengetahui yang terbaik untuk hamba2Nya. percayalah, tidak pernah ada kesilapan dalam memilih. yang ada hanya memilih untuk silap. apa itu memilih untuk silap? itulah memilih untuk tidak membuat pilihan. kerna ketika itu, kita tidak lagi hidup walaupun nafas masih bersalut di dada kita.

wassalam..

Tuesday, 13 April 2010

kroh.. zzz..

kroh. kroh. burr. burr..

bunyi apa tu? ehehe. bole jadi tu la bunyi yang korang hasilkan masa tido. nape aku tak tulis kita? sebab aku tido jarang berdengkur. ahaha!!

aku takde idea sebenarnya nak update blog. tapi takpela. bantai je la. buat blog tapi tak update buat apa? setengah orang cakap better tak payah tulis kalo juz entry sampah. sampah tak sampah, ni blog aku aku punya suka la kan? kah88!!!

kali ni aku nak cite pasal tidur. T-I-D-UR. semua orang tido. ada kes kat china, sakit dia tidur lama2. sekali tetido bole sampai seminggu tak bangun. ada plak kes imsomnia.(betul ke aku eja ni?)
ada plak kes suka tidur sebab kat biodata diri tulis, hobi: TIDUR. apa cer? nak wat guane kan?

aku rasa best lak nak cite kat sini. pengalaman2 aku tidur.

1st- masa ni aku darjah brape ntah. aku tidur atas katil macam biasa. bila aku nak bangun tidur je, aku tak boleh nak bangkit. kepala aku 2-3 kali terhantuk sesuatu. tak boleh nak duduk. aku dah start nak nangis. gelap. sunyi. panas. aku ingat aku dah mati. and aku ingat aku dah kat dalam kubur. pastu aku toleh ke kanan, ada cahaya. aku merangkak ke arah cahaya tu. aku nampak satu blok kayu yang tinggi. almari rupanyer. cis!! aku jatuh ke bawah katil masa tidur. dan aku tak sedar langsung. alhmadulillah, aku still hidup sampai sekarang.

2nd- masa tu aku gi camp. ustaz zamri aku yang baik hati bagi aku tido dalam kete dia. pastu, aku bangun la macam bese. then, lepas solat subuh, baru ustaz aku bukak citer. rupanya kete ustaz tu bergerak sendiri ke arah kubur. ahaha. ustaz aku cakap ingat nak biar je, tapi pikir ada budak dalam kete dia tu, dia cari la gak aku dan ketenye itu. ahaha. tepi kubur beb. ada bran???

3rd- masa ni aku kat asrama. malam tu aku training kawad. lepas tu aku tros tido sebab dah nak patah kaki hentak kuat2. penat giler. yang pernah join kawad tau la kan? ahaha. part yang best, aku plak tido paling awal malam tu. sekonyong-konyong tangan dan kaki aku gerak sendiri masa aku lena di atas katil. YES!! aku mengigau. kah5!! dah la gerak sendiri kaki tangan aku ni, mulut lak bole jawab command. ' skuad ke kanan lurus'. pagi esoknye baru la dormmate aku bukak cite. diorang x sampai hati nak rekod sebab tengok aku penuh emosi berkawad di atas katil. ahahahaaa!!

demikianlah cite aku kali ni. saja je merepek. dah lama tak update kan? ehehe. sekian.

p/s: amik wuduk seblom tido. baca doa tido.

Saturday, 20 February 2010

my dad my hero

assalamualaikum..

1st of all, aku nak ingatkan balik diri aku. why i created this blog? it's for my dad's besday. so, insyaallah aku akan update blog ni every 20/02. (tarikh2 lain pon update gak tapi ni kira tarikh wajib update. ahaha!!!)

post tahun lepas aku cite pasal persamaan aku ngan ayah aku. tahun ni aku nak cite pasal kata-kata seorang ayah kepada anaknya yang degil + nakal ini. 2 kes je kot sebab ni yang paling aku ingat. ahahaa!!

1st- dulu masa kat asrama. ayah aku datang mengejut. and takde sape kat bilik siaraya nak buat pengumuman sebab ngah prep masa tu. ayah aku relax je datang asrama. entah camne tiba2 aku tergerak hati nk kuar dari bilik and jengah ke bawah. yes!!! ayah aku ngah lambai2 aku kat bawah tu. ni ayat aku paling ingat, " ngan ko ni senang ayah nak telepati. pasni, baik2 sikit. apa ko buat senang je ayah nak tau.." hooooo, sangat ngeri ok statement ni. hihihi...

2nd- masa ni aku f4. dulu ada bookfair kat pwtc. ayah aku plak ada annual meeting kat pwtc. so, aku follow jela ayah aku naik kete. then sampai sana, aku jalan belakang ayah aku bukan sebab malu, (* sesetengah orang malu jalan sebelah parents. hangguk ko!!) tapi sebab mata aku melilau tengok buku membuatkan langkah aku jadi slow. tiba2 ada sorang promoter pompuan ni sambar tangan aku. da la aku pakai lengan pendek je masa tu. aku stop la. geli. gila apa pompuan ni.

ahaha!!! sampai part best. ayah aku terus je toleh padahal lama gak aku jalan belakang dia. sekarang baru dia toleh. ayah aku gi kat aku. pastu tengok pompuan tu still pegang tangan aku. aku da senyap sebab tau ayah aku ngah hot. ahaha. and this is his unforgetful statement, " aku ni bapak dia. apa hak ko nak pegang tangan dia ni? suka-suka pegang tangan anak orang. selagi aku hidup, aku takkan bagi mana-mana pompuan sentuh anak aku. malu sikit kat diri tu. awak tu islam, jaga adab dan maruah...."

pompuan tu tersipu-sipu. ahaha. ramai gak orang usha. tapi aku relax je. bangga weh ayah aku cakap camtu. ahaha. and sampai sekarang pon, aku tak tergedik2 nak pegang tangan anak dara orang. kah5!!! bukan sebab kata2 ayah aku tu, tapi sebab ayah aku da ajar dari kecik. ehehe!!

ok, tu je utntuk kali ni. EPY BESDAY AYAH. semoga umurmu diberkati. dirahmati ALLAH dunai and akhirat........... =)

Tuesday, 19 January 2010

semakin hampir ke titik noktah

Alhamdulillah. ALLAH bagi aku peluang hidup sampai 21 tahun. tapi aku banyak sia-siakan masa muda aku. masa aku dah tak banyak. umur meningkat, maknanya garisan penamat pun makin dekat. moga umur aku diberkati ILAHI.

Macam youtube. kita upload sampai line merah habis kat hujung. Then, kita tengok video dia. Tak kisahlah 25 saat ke. 5 minit ke. 55 minit ke. button bulat yang ada atas line merah tu akan tetap sampai ke hujung. (* kes pause atau ditarik byk kali kat part yg best tak diambil kira.=p)

21 tahun. aku dah boleh mengundi. boleh tak kalau tak undi? "undi adalah rahsia"... SANGAT!!!!!!!!! BOHONG. SPR (Syaitan Penipu Rakyat). Masalah utama yang harus diterima masyarakat hari ni adalah POLITIK. Bak kata Ustaz Qarqazan, " Apa-apa pun kat dunia ni sekarang akan bertunjangkan POLITIK". Itulah masalah umat Islam skarang. Tujuan, cita-cita, niat bukan kerna agama ISLAM, tetapi agama POLITIK.

Renung-renungkan dan selamat menjadi golongan tak ditipu.

Friday, 1 January 2010

bulan, bintang, aku, dia dan DIA

Bila aku tengok bintang, aku teringat dia dan DIA. dia kata bintang-bintang kat langit tu cantik. Tenang, damai, aman bila dongak ke langit malam. DIA taburkan bintang-bintang itu untuk aku, dia, dan mereka yang lain.

dia pernah ajak aku lihat bintang-bintang tika malam hari. Mana tau kami memandang bintang yang sama. Kerna berkelipan berjuta bintang di hamparan malam. Umpama mencari satu persamaan dalam berjuta perbezaan. Betulkah kami melihat bintang yang sama?

Tapi aku lupakan bulan. Bulan tetap di situ. Walau berjuta bintang silih berganti memagarinya, bulan tetap setia menyuluh insan di kala gelap. Tetap setia memantulkan cahaya matahari walaupun insan sering mengangkat bintang daripada bulan.

Aku terlihat bulan dan bintang. Aku teringat DIA. Kerna jika ku abaikan bulan, dia pasti menjelma di langit malam kerna dia suka lihat bintang. mungkin juga dia suka lihat bulan tapi dia belum pernah ajak aku lihat bulan.

Ya! Aku akui bintang itu cantik. Menyejukkan hati yang memandang. DIA begitu bijak dalam aturan alam. Nakhoda yang gundah di tengah lautan tenang melihat aturan bintang di langit. Insan yang resah di atas bumi damai merenung taburan bintang di langit.

Namun, bulan akan tetap aku soroti. Kerna tanpa bulan, bintang yang sendiri akan melakar wajah dia. Aku tak akan biarkan bintang bersendiri. Akan aku tagih bantuan DIA untuk mendampingkan bulan bersama bintang.

Bukan aku ingin memadam lakaran itu dengan kemunculan bulan. Tidak! Kerna aku tak kan pernah mampu berbuat begitu. Cukup sebagai penebat bagi memegang hatiku ini. Hatiku ini tak selalu kuat sepenuhnya sebagaimana bulan tidak selalu menjadi purnama. Sekali dalam sebulan. Itu bulan. Tapi hatiku??

Kini, kupohon DIA agar sentiasa menggandingkan bulan dan bintang agar aku bisa teguh mendongak ke atas walaupun dia pasti ada di langit itu kerna mungkin aku dan dia akan melihat bintang yang sama. Namun, kehadiran bulan cukup untuk memeluk hatiku sepertimana kuharapkan DIA menggenggam erat hatiku ini.

"Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang. Dan bulan apabila ia mengiringinya."
(AsSyams: 1-2)

"Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang."
(AlBuruj: 1)

**Bintang = aku, dia & DIA ; Bulan = (aku x DIA) + dia

kehilangan 2009

Senarai kehilangan benda-alah sepanjang 2009

1- cincin (aku da pakai 3 tahun cincin tu)

2- cincin adik aku

3- usb 4G kingstone (habis hilang semua esaimen aku)

4- glove hitam (hilang lepas aku lari kejar lori)

5- kemeja biru ayah aku punya


Aku da redha, pasrah. bila teringat balik, rasa bengang and geram tu ada. tapi cepat-cepat istighfar. DIA kalau nak uji kita tak semestinya sakit or gagal jer, sebarang bentuk kehilangan pon adalah ujianNYA. Maka, sama-samalah bersabar... =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...