Saturday, 26 May 2012

serak basah

Assalamualaikum..


Series aku cakap, aku memang suka nyanyi. Walaupun aku tahu suara aku memang bangang tahap gaban teruk dia punya bunyi bila nyanyi, aku masih akan nyanyi. For sure lah aku akan nyanyi kat tempat paling ramai orang perasan suara dia lagi sedap daripada Ziana Zain, jamban. Kahkahkah!

Sejarah aku dalam bidang nyanyian amatlah sadis lagi mengerikan jika diimbas kembali.

Aku pernah gagal audition mewakili kelas pertandingan nasyid antara kelas semasa sekolah rendah. Nak wakil kelas pun tak lepas. Alangkah malang aku waktu itu. Tengok kawan-kawan pakai baju melayu bersongkok bersampin bagai nyanyi atas pentas. Aku rasa series down waktu tu.

Aku teruskan mencuba ketika sekolah menengah. Aku dipanggil untuk menjalani latihan marhaban. Baru form1 dah ada senior panggil. Kau yang duduk asrama pasti merasai perasaan bangga bila senior kau panggil kau sebab kau berbakat dalam bidang nyanyian.

Aku yang mudah bangga diri sendiri ni tersenyum-senyum ketika nak tidur. Umpama dapat duit sejuta ringgit secara mengejut dan tidur tersenyum-senyum. Macam tu lah buruknya rupa aku ketika nak tidur masa itu. Aku mula membayangkan masa depan aku dalam bidang marhaban akan pergi jauh setelah gagal dalam industri nasyid.

Langit tidak selalunya cerah. Pagi esok masa latihan nak bersambung, tanpa memikirkan perasaaan aku yang mula mencorak masa depan sebagai ahli marhaban, senior tu reject aku tanpa berfikir panjang. Aku dah nampak yang masa depan aku dalam bidang seni suara ni memang malap. Semalap lampu yang dah terbakar tapi nak jugak pasang. Lama-lama meletup, shot satu rumah.

Tindakan mereject aku tanpa berfikir itu menunjukkan suara aku memang tiada nilai pada sisi mereka. Aku hanya memandang mereka dengan penuh dendam. Aku akan buktikan aku mampu pergi jauh dalam bidang seni suara. Tempat aku masih lagi jamban. Dari aku form1 sampai form5, dari aku duduk dorm tigkat bawah, sampai aku naik tingkat3, semua jamban pernah aku cuba untuk mengasah suara aku yang memang bangang lagi mengerikan bunyinya ini.

Namun, setelah beberapa lama aku nyanyi dalam jamban, ada beberapa orang mengatakan suara aku ini kalau diguna pada lagu yang betul, memang boleh pergi jauh. Aku sebagai mangsa penipuan selama lebih 6 tahun hanya tersenyum hambar.

Namun, setelah diterangkan dan dijelaskan secara profesional, aku boleh terima pandangan mereka. Dah memang aku sangap nak menyanyi. Kahkahkah! Ada pulak yang kata suara aku ni ada bunyi serak-serak basah. Orang-orang ini adalah mereka yang terlibat dengan nasyid secara profesional dan juga terlibat dalam pelajaran suara secara profesional.

Sekarang ni aku ambil kelas vokal secara percuma. Kahkahkah. Mengikut cikgu yang ajar aku vokal ni, low key aku memang syaitan sekali bunyinya. Kiranya kalau aku nyanyi pakai key rendah, semut dalam tanah akan keluar berbondong-bondong dan gigit keting aku supaya aku berhenti menyanyi.

Jenis suara aku sesuai untuk lagu-lagu yang tak pakai low key. Aku kena belajar macam mana nak kawal suara supaya boleh bawak high note dengan betul. Suara dah ada, cuma bangang je bunyinya sebab tak pernah belajar.

See? It's never late to learn. Umur aku dah 23 tahun dan aku baru bertemu seorang cikgu yang sanggup nak ajar aku sebab dia kata aku boleh pergi dalam bidang seni suara. Aku rasa dia sebenarnya tak sanggup dengar suara syaitan aku berkumandang. Sebab tu dia ajar aku biar suara aku bunyi macam suara orang sikit. Tak banyak pun sikit jadilah.

Kahkahkah!

_____________________________

Esok kelas vokal aku start dengan lagu ni. Sebab cikgu aku kata suara aku sesuai lagu-lagu style camni.



Bayangkanlah suara aku macam mana. Serak-serak basah beb. 

Test test test.



p/s:  Petang tadi aku dah try bawak lagu ni. Cikgu aku kata ok. Maklumlah, baru nak belajar. Kira bolehlah bak kata cikgu aku. Tipu dia, maka tipulah aku. Kahkahkah..



3 comments:

Anonymous said...

hahaha thniah dh boleh nynyi moga terus sukses erkkkk :P

Anonymous said...

Azim, keteng tu apa?

Ok yg ni kompem aku leh rasa aura puyus2 tu. :D

jejaka senja said...

@ anon1: nyanyi pun terbabas lagi. kahkah.

@anon2: keting tu tulang kaki bahagian depan. dah lama aku poyo. baru sekarang ko rasa? kahkah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...