Assalamualaikum.
2009 @ KLIA
Aku sampai ke KLIA bersama keluarga tercinta. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Mata-mata manusia yang aku sayangi masing-masing lebam. Aku tahu mereka mengantuk. Aku sayu. Aku melihat orang-orang yang ke hulur ke hilir di dalam KLIA. Mata mereka juga banyak yang lebam. Ada yang dah macam kena penumbuk Sapok Biki pun ada. Yang lebam macam kena baling bola golf pun ada. Macam-macam jenis lebam.
Aku tiba ke KLIA ini bukanlah untuk menunggu kepulangan sesiapa. Bukan juga untuk melihat flash mob. Ketika itu flash mob bukan satu budaya atau trend yang into dalam jiwa anak muda seperti aku. Bukan juga untuk sekadar bersiar-siar. Kejadah apakah aku nak bersiar-siar di tempat yang tak menjual makanan seperti kepah masak lemak cili api?
Malam itu aku harus pulang semula ke Morocco untuk menghabiskan baki pengajian. Ayat aku ini sangatlah sopannya. Entah apa yang aku fikir ketika ini pun aku tak tahu. Bercuti di Malaysia memang akan melemaukan semangat untuk pulang semula ke Morocco. Ketika itu Datin Rosmah belum nak up lagi macam sekarang. Itu pasal aku malas nak tinggalkan Malaysia. Sekarang ni, aku nak pulang ke Malaysia bukan sebab Datin Rosmah. Bukan.
Aku nak pulang sebab aku ada keluarga yang perlu aku balas jasa mereka. Ada keluarga yang perlu aku taburkan bakti aku sebagai anak sulung. Bukan anak sulung sahaja perlu balas jasa. Itu kenyataan yang bangang. Cuma ada satu perasaan yang hanya anak sulung sahaja faham betapa mereka itu adalah insan yang dilahirkan sebagai anak sulung.
Sambung balik.
Aku balik ke Morocco bukan keseorangan. Aku bersama seorang kawan lelaki dan beberapa orang gadis. Gadis? Bolehlah. Takkan nak panggil makcik pulak? Walaupun mungkin sesetengah daripada gadis itu telah mempunyai anak buah dan layak dipanggil makcik, tapi aku tak tergamak nak memanggil mereka makcik. Aku melangkah mendekati mereka penuh sopan. Langkah aku atur penuh kemas. Depan mak ayah gadis-gadis, takkan nak melompat-lompat seperti kanggaru pulak?
Aku pandang kotak-kotak dan beg-beg gadis-gadis di atas troli mereka. Aku mula berasa tidak sedap hati. Kotak-kotak dan beg-beg mereka umpama mereka akan beranak-pinak di bumi Morocco untuk tujuh keturunan. Ada juga kotak yang bagi aku besarnya boleh memuatkan 18 buah tong gas. Aku cuma berharap bukan tong gas yang sebenar berada di dalam kotak itu.
Aku memaniskan muka yang tak pernahnya nak manis. Bersalaman dengan penjaga gadis-gadis. Aku bernasib baik kerana ada seorang lagi kawan lelaki yang akan pulang bersama-sama aku. Dia yang lebih banyak berinteraksi dengan gadis-gadis. Aku sekadar melihat dari jauh. Lebih tepat, sebenarnya aku melihat troli gadis-gadis. Aku sangat musykil. Adakah mereka benar-benar ingin beranak-pinak di Morocco?
Check in by group.
Istilah ini diguna pakai jika kita akan menaiki flight secara berkumpulan, DENGAN HARAPAN kita akan mendapat berat bagasi extra. Aku awal-awal dah tak nampak apa-apa harapan. Namun, melihatkan anak mata gadis-gadis, mereka tersangatlah optimisnya bagasi mereka akan lepas. Aku membiarkan mereka check in dahulu. Jangan dibunuh semangat optimis mereka itu.
Gadis pertama = 38kg.
Gadis kedua = 35kg
Gadis ketiga = 40kg.
........
........
........
Aku tak ingat berapa orang gadis yang balik sekali dengan aku ketika itu. Secara puratanya, berat bagasi mereka memang betul-betul power. Berat maximum 30kg. Sebab itu aku katakan mereka sangat optimis bagasi mereka akan lepas walaupun dah sah-sah lebih berat dengan kadar yang agak extreme.
Maka berlakulah adegan curahan air mata dan rayuan agar bagasi mereka lepas. Ada pula seorang lelaki yang aku kira abang kepada salah seorang gadis itu cuba berbincang dengan pegawai penerbangan. Aku hanya mampu tersenyum. Terlebih optimis mungkin. Gaya macam dapat, tapi akhirnya memang tak lepas juga bagasi gadis-gadis optimis ini.
Tiba-tiba ada seorang makcik, ini betul-betul makcik, bertegur sapa dengan aku.
Makcik: Assalamualaikum.
Aku: Waalaikumussalam.
Makcik: Kamu balik Morocco sekali ke dengan diorang?
Aku: Taklah makcik. Flight saya ke Finland. (dalam hati je aku jawab camni)
Ye makcik.
Makcik: Barang kamu mana?
Aku: Ni. (sambil menunjukkan sebuah beg hitam beroda dua)
Makcik: Ni je?
Aku: Ye makcik. (sambil angguk dan garu kening)
Makcik: Budak lelaki memang sempoi kan? Bawa barang tak banyak pun.
Aku: Bukan sebab saya sempoi. Sebab saya dah tahu memang akan jadi macam ni pun kalau balik dengan gadis-gadis. Saya bawak 20kg je. Lagi 10kg ni untuk kes-kes macam ni lah makcik.
Makcik: Hehe.
Aku: Apa hehe hehe?
_____________________________
Selamat pulang kepada sahabat-sahabat Morocco aku yang dah tamatkan pengajian. Doakanlah aku pun dapat tamatkan pengajian seperti anda semua.
Kalau bawak balik barang tu, beragak-agaklah. Agak-agak banyak sangat tu, hantarlah pakai kargo Ustaz Faizal atau Kak Syirot. Aku bukan Saya bukan promot, saya bukan dapat komisyen pun. Cuma untuk kesenangan anda juga di masa hadapan.
p/s: Alf mabrouk alaikum.. =)
1 comment:
haha. kenangan balik Malaysia 2009.
saye punye beg 38kg. last2 jadi 22kg je. kalau boleh mydin dan sewaktu dengannya mahu di bawa ke Maghribi.
Post a Comment