Friday, 20 May 2011

Minum air

Assalamualaikum.


Aku baru lepas solat. Selepas salam, aku nampak budak-budak kecil Arab berlari-lari dalam masjid. Memang betul-betul macam stadium mereka buat. Ada yang berlari sambil gelak-gelak. Ada pula yang lari lepas tu sengaja jatuh sebab karpet masjid tebal.

Siap ada yang lompat-lompat dari satu saf ke satu saf. Ada gaya Ahmad Zaki, atlet lompat jauh Malaysia suatu ketika dulu. Yang buat aku rasa nak jentik dahi adalah ada yang main golek-golek macam kayu balak.

Disebabkan geram dengan gelagat mereka yang tak reti hormat masjid, aku jalan perlahan-lahan.

Yang golek-golek tadi aku buat-buat terpijak perut. Memang empuk aku naik guna dua belah kaki. Lembut lain macam. Menggelupur jugak aku tengok budak tu pegang perut.

Yang main lompat-lompat aku hayun siku dekat ubun-ubun. Meletup juga lah bunyi tulang siku aku balun. Budak tu jalan pun dah macam lepas buat jam askar 33 pusingan.

Yang main lari-lari aku buat-buat tersadung kaki. Melambung jugalah budak tu. Tak jauh. Terseret 3m saja. Lutut kiri kanan merah menyala.

Pakcik-pakcik Arab yang nampak aku buat macam tu kerumun aku. Tak tanya apa, terus dia lempang muka aku. Aku tunduk. Dia terlempang muka pakcik Arab yang berdiri sebelah aku.

Pakcik yang kena lempang tadi tak puas hati, dia hayun penumbuk ke arah aku. Aku kalih muka ke kiri. Terkena pulak pakcik mula-mula yang nak lempang aku tu.

Dah bergaduh pulak pakcik berdua tu.

Ok, aku tipu.

Mana ada aku buat begitu kepada kanak-kanak Arab. Nak buat apa pun kalau mereka dah memang degil macam keldai? Biarkan je lah.

Sebenarnya lepas solat, aku biasa minum air. Air percuma yang disediakan dalam masjid. Panas terik sekarang ni memang kena minum air banyak.

Aku penuhkan air dalam sebiji gelas. Aku terus duduk sambil minum air. Itu pun aku minum 5 teguk. Minum seteguk nampak sangat gelojohnya.

Dah habis minum, aku letak gelas. Aku terus gerak nak keluar masjid.

Tiba-tiba ada pakcik Arab tarik tangan aku. Sudah. Ni betul-betul nak gaduh ke?
_____________________

Pakcik: Enta Maghribi?

Aku: La. Masyi Maghribi. Ana Malizi.

Pakcik: Subhanallah. Enta ahsanurrijal. Tumarisu sunnah nabawiyah.

Bla... bla.. blaa...
____________________

Rupanya pakcik tu perhatikan cara aku minum. Dia cakap tak ramai orang dalam masjid tu yang minum duduk. Kalau ada yang duduk pun, tak ramai yang minum gaya nabi. Teguk sikit-sikit. Semua minum macam sedut pakai belalai gajah.

Dia punya gembira tengok gaya aku minum memang tak boleh blah. Habis semua hadis dan ayat alquran keluar. Aku yang kembung perut dengan air anggukkan je.

Sebab dah tak tahan perut kembung sangat, aku pun salam pakcik tu lalu terus balik.
_____________________

Kalaulah pakcik tu tahu aku punya blog ini tak bercorak agama, tak tahulah apa dia cakap. Harap dia tak pandang serong kepada pelajar agama yang tak tulis pasal agama dalam blog dia.

Petang tu pun aku pakai jubah sebab seluar aku semua basuh. Biasa aku pakai jeans and kemeja.

Bagi aku, benda-benda ikhlas ni lagi ada nilai daripada benda-benda baik yang kau buat-buat demi nak orang nampak kau baik.




p/s: Mulut aku ada ulcer sebab kurang minum air..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...