Sunday, 1 November 2009

kata-kata itu sekadar suatu suara

" walau apapun jadi, kita tetap kawan baik sampai bila-bila"

Tak tau wujud lagi atau tak kebenaran kata-kata atas ni. masa berubah, begitu juga manusia. tiada manusia yang tak berubah. terimalah dengan hati terbuka bahawa manusia berubah seiring dengan masa.

Kata-kata hanya sekadar gelombang bunyi yang singgah di telinga dan diterjemah di otak. itu saja. tak lebih dari tu. dan kata-kata seorang manusia hanya sekadar gerakan lidah yang menghantar bunyi dari peti suara. hilang ditelan zaman.

Manusia akan bertemu manusia lain, dan manusia-manusia yang ditemui sebelum ini mungkin boleh luput dengan penemuan manusia-manusia baru. sila berlapang dada menerima hakikat ini..

Hormati prinsip hidup orang lain. setiap manusia tidak sama. jika orang itu ingin berubah, maka sokonglah mereka. beri bantuan. banyak bentuk bantuan dan sokongan yang boleh dihulurkan. jika bantuan itu agak berat dilakukan, mungkin itulah sebenarnya bantuan yang paling tepat dihulurkan.


3 comments:

anisahshamilah said...

yup..
semakin bertambah umur, semakin matang, semakin byk pemahaman, semakin dirasakan perlukan perubahan.

berlainan jenis orang bagaikan pelbagai warna pelangi bukan?

Anonymous said...

kadangkala Allah hilangkn skjp matahari.kemudian dia dtgkn pula guruh&kilat.puas kita mngis,m'cari dmana matahari?Rupanya Allah nk hadiahkn kta PELANGI..

nurfarahinabdularif said...

i know where that phrase come :)
moga sama2 kejar cinta ALLAH. moga Allah pertemukan anda dgn kawan baik di syurga. ALLAH akan berikan yg terbaik....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...