Wednesday, 4 March 2009

kenapa jadi begini?




assalamualaikum..

sori.. entri kali ni aku tak jumpa lagu yang sesuai utk dipetik..
kenapa aku tak jumpa? sebab aku terkejut sampai tak dapat nak cari lirik sesuai. hahaha..

korang semua dah tengok video kat atas? ada terfikir camne aku dapat video ni?
a) memang hobi aku tengok video camni
b) ada orang bagi link
c) ngah surf tiba2 jumpa
d) related video

jawapan: D ( video tu adalah dari blog luqmanazhar. video yg best and touching )

kat sini bukan aku nak jatuhkan martabatkan pompuan. sebab aku membesar di kelilingi pompuan. tokmak, opah yg jaga aku masa nakal dulu. mak aku yg sabar dgn aku. adik pompuan aku yg tnsion dpt abang yg sengal cam aku ni. mak angkat aku yg hari2 bergelut dgn aku, tarik aku dari pokok sebab xnak pergi tadika.

entri kali ni bukan aku nk wujudkan double standard antara laki dan pompuan.

yes, pompuan memang fitrahnya beremosi tinggi tapi adakah itu tiket untuk mereka berperangai seperti video kat atas?

aku ada adik pompuan. dan aku sangat takut kalo dia jadi pompuan cam kata atas tu. aku ada kawan2 pompuan aku. aku takut giler kalo diorang pun jadi cam pompuan kat atas tu.

aku yakin adik aku takkan jadi camtu untuk jangka masa pendek ni tapi untuk 5-10 tahun akan datang? kawan2 pompuan aku, ada segelintir dah tersasar sikit but taklah seteruk video ni. juz hope diorang akan sedar dan jadi macam korang yg innocent dulu2.

oops, nampak macam aku berat sebelah utk menangkn laki. bukan! aku cuma tak boleh terima tengok pompuan cam kat atas tu. maybe sebab aku tak biasa mencarut, sangat jarang keluarkn kata2 kesat even mulut aku takde insurans gak.

sape yang salah dalam hal ni? diri pompuan tu sndiri? kawan pompuan dia kat sebelah yg buat bodo je? penumpang lain yg tengokkan aje? salah laki yg pompuan tu tengah borak? salah aku? salah korang? salah parents dia? salah siapa?

muhasabah diri kita sendiri. video ni adalah satu daripada beribu-ribu lagi pompuan yg sama spesis dgn minah ni. tak mustahil akan kena tempias kat kita gak nnti. mencegah lebih baik dari mengubati.

sekian, salam muhasabah.

(* ada yg bole trima keadaan dalam video tadi?)

~ maafkan kerna ku tak pernah, terlintas utk menulis padamu..~

8 comments:

Anonymous said...

Katanya ada dua orang perempuan, yang kuterlihat, hanya seorang perempuan dan seekor singa belang lapan belas kacukan allycats rambut ala-ala om gere-gere menangis lagak iblis mengilai takde iman.

Sebenarnya, dalam buku sejarah dia bukan orang malaysia tu, ada dalam buku sejarah stpm, tak silap nama dia kartini binti kundi hidup pada kurun ke 14 waktu penduduk Manggala mengawal kawasan besar negeri semenanjung. Mereka memang telah terdidik baik-baik supaya dibuang kemaluan. Jadi tak hairanlah dorang menjerit sana-sini menunjukkan kemaluan yang telah lama tertanam dek adat dan budaya raja mereka azazil pendekar api yang tercela.

Kar Kar Karut marut!

Anonymous said...

isk3...pesal plak ngn b acheq neh, merepek sorang2..kekek~

adui..terok gile perangai..dasat2..persoalan utama dan popular: "Salah Siapa??"
1. Diri sendiri
2. Institusi kekeluargaan
3. Sekolah tempat dia belajar dulu
4. Baju yang dia pakai
5. Sebab rambut dia warna itam
6. sebab2 lain..tambahla sndrik

adakah jemari dituding 100% kpd golongan agama?

jom muhasabah..

Irene O. L. Chong said...

Akhirnya dapat jua aku tengok apa yang ada dalam vedio tu... eemmm... komen aku...
dari sudut pandangan aku wanita tu mempunyai tahap EQ yang rendah... dia tidak mampu untuk mengawal emosi dirinya sendiri... dan salah siapakah ini??? semestinya bagi aku ini salah dirinya sendiri... emosi kan kawalan diri sendiri...
sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal, fikiran dan kemampuan yang pelbagai kita haruslah bijak mengawal emosi diri sendiri... kerana mulut, badan binasa... berfikirlah sebelum bertindak.

aNa-FanA- said...

hm..terlalu dasyat...
Hargailah diri sebagai wanita...
kerana sesungguhnya wanita itu memang dijadikan cantik..

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak
dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya".

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh".

Anonymous said...

terpana sekejap..
terkejut sgt2.. na3uzubillah..
moga kita semua dijauhkan dr sifat mazmumah..
dan ditanamkan sifat mahmudah..

Mmg perempuan memiliki 9 nafsu 1 akal..dan lelaki sebaliknya..tp itu bukan tiket kita utk bertindak di luar kawalan..sbb itu akal yg nipis perlu diringi dgn iman dan ilmu..Jangan berpkir pendek..apa yg Dia dah jadikan cukup sempurna..hargailah dirimu wanita..itu semua dah cukup bagus utk kita..cuma kdg2 kita yg tak uruskan dengan betul, kekuatan kita bergantung pd tahap yakin kita pada Nya..yakin pd Dia..ensyaAllah..

MooSHE said...

astaghfirullah..
meremang bulu roma tgk video tuh..
huuu..
nauzubillahi min zalik..

wani mangat said...

we..malunye jerit2 dlm train.haishh..ape lagila vdeo budak luqman tu kasi ko lg..haha

Anonymous said...

malunya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...