Monday, 23 February 2009

ayah aku dah 48 tahun

" ko ni azim, mati-mati aku ingat isa ada adik bongsu last. rupa-rupanya ko anak dia," kata pakcik A.

" huk aloh, ambo ingat ambo mudo lagi. pande mukomu, supo muko ayahmu maso hok nakal dulu," kata pakcik K.

" muka kau ni, sebijik gile muka ayah kau masa muda-muda dulu," kata pakcik D.

" kau ni mesti anak en.isa kn? aku tahu dah. tengok muka jenis gini sah2 anak dia," kata student ipt ayahku.

aku wakil sekolah lumba lari. dia wakil selangor pringkat kebangsaan pecut 100m.

aku gol keeper daerah petaling. dia striker selangor bawah 15 tahun.

aku main tekong. dia main feeder.

aku ketua pengawas skola rendah. dia ketua pengawas skola rendah gak.

mata aku rabun belah kiri. dia pun rabun kiri lagi teruk dari kanan.

tapak kasut aku haus belah kiri. tapak kasut dia belah KIRI pun cepat haus.

dia garang. aku pun garang. (dulu kot, skang da bole cover). hehe..

dia accident motor, lutut dia koyak, kena jahit. aku main bola+takraw. lutut terhempas kat bumi+diterajang kencang bagai lututku ini sebiji bola. (*sama-sama sakit lutut)

dia lahir 20/02...aku lahir 19/01..

dia lahir subuh..aku lahir asar.. (* orang dulu kata, baby yang lahir subuh ni baik.. yang lahir asar ni nakal)

ayah aku baik tapi nakal..aku nakal tapi baik..wakakakkaa!!!

dia la ayah aku. aku anak ayah. even aku rapat ngan mak, tapi muka aku sama giler ngan ayah aku. hahaha.. (bangga wei). sebab adik-adik aku muka tak sama sangat. mak ke ayah ke. sederhana dan tengah-tengah. tapi aku? ayah dan aku muka kami hampir serupa.

kalo korang tengok aku kasar, sebab aku dah biasa camtu ngan ayah dan mak aku.

yang tak kenal aku, akan kata aku anak kurang ajar, derhaka ngan mak ayah. aku akui, memang aku kasar ngan diorang. tapi tu la aku sebenarnya. cara aku ngan diorang memang camtu.

tak pernah pulak diorang marah or nangis sebab aku kasar ngan diorang. cuma memang aku begini. (ni nak cite pasal ayah ke pasal aku?)

ayah aku kasar. aku pun kasar. sama-sama kasar. hahaha...aku anak ayah. ayah ayah aku. (paham la kn?)

kaki aku bengkak seliuh, ayah tak akan urut dulu. marah-marah dulu, tekan kuat-kuat biar aku menjerit bagi satu shah alam dengar, tarzan pun bole pencen dan pindah keluar dari hutan, baru dia urut.

ayah aku kemas. aku ni penyepah. ayah tetap ayah. aku tetap aku. hehehe..

satu je aku terkilan. aku tak wish besday dia on tyme. 20 feb. aku banyak tugasan. sampaikan aku terfikir, (*aku jarang terfikir, sekali terfikir, pergh, mmang gugur bulu mata lentik ni)..

' aku baru universiti da busy ckit, tak sempat nak wish kat ayah..nnti da ada keje, ada famili sendiri, camne pulak nanti tu?'

tapi aku akan usaha tak akan berulang lagi macam tu. sebab ayah aku tak macam tu. apa-apa jadi pun, dia akan bawak aku satu famili balik kampung paling malas pun 2 minggu sekali.

ayah suka ajak aku lumba lari. dia akan bagi aku 5m depan dia.
aku slalu kalah. last aku lumba dengan dia. masa balik open house jiran sebelum aku fly.
aku bajet aku dah menang. maklumlah lepas makan, sure perut berat.
dah 10m terakhir, ayah aku pecut aku gak. dan sampai hari ni, aku xpenah menang.
ayah dah bagi depan 5m pun aku still kalah lagi.
(*wakil skola vs wakil selangor. bole trima kekalahan ni. hahaha)

satu ayah aku pesan kat aku,

"...............................................................," kata ayahku.
*mana bole bagitau korang. hahahaha...

kepada sesapa yang baca blog aku ni.. bawah ni muka ayah aku..
(* dia x suka sangat bergambar. suka ambil gambar. aku pun suka bergambar, tak suka ambil gambar. hehehhe. sebab tu gambar dia tak banyak)


ayah aku kat terengganu.


ayah aku masa hantar aku fly

sama tak ngan muka aku? gamba atas lagi sama ke gambar bawah lagi sama?
ke korang nak aku letak gambar aku kat entry ni?
tak payah la. ni khas utk ayah aku.
bukan untuk muka selenger cam aku ni. kui9!!!

hehe.. ayah aku berisi. anak dia ni kurus kering cam papan. haha..

sekian dari anakmu yang jauh di perantauan. doakanla anakmu ini naik berat badan. badan anakmu ini banyak jin. makan nak pecah perut pun, kempeng gak. doa makan dah baca 7x. aku adalah anak ayah.




p/s: berbuat baiklah pada ibu ayah kita walau diorang tak buat baik pada kita. tugas kita layan mereka dengan baik. patuh kepada mereka selagi tak langgar syariat islam.

~itulah aku pada ayahku~
~namun aku tetap anak ayah~

1 comment:

cahayakegiranganku said...

salam azim..nnti smpaikn salam kat ayah awak yek...sy tak lupe tau..juz...hmm...awak pahamkn...nnti smpaikn salam sy yek azim..huhu...lame tak jumpe dorg...mane tau balik nih nak dtg umah awak ke kn...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...